KL, 10 JUN 2013: Terkejut beruk juga apabila Murai Batu dikhabarkan bahawa pengacara, pelakon dan penyanyi popular, Dato' AC Mizal khabarnya bakal memiliki pesawat komersialnya sendiri tidak lama lagi. Walau bagaimanapun tiada yang mustahil dalam hidup ini. Kerana daripada pemerhatian Murai Batu terhadap Dato' AC Mizal, dia sememangnya seorang individu yang berwawasan tinggi dan berpandangan ke depan. Bayangkan daripada hanya dikenali sebagai salah seorang anggota kumpulan rap terkenal sekitar 90-an, kini pelbagai pencapaian demi pencapaian telah dikecapi oleh Dato' AC Mizal seperti tauke gelang dan juga pengerusi sebuah syarikat laman sosial. Murai Batu sememangnya bangga dengan semangat yang ada pada personaliti TV bumiputra itu, jadi tak hairanlah impian untuk Dato' AC Mizal untuk memiliki sebuah pesawat komersial. Tetapi persoalan yang Murai Batu ingin ketengahkan sekarang, mengapa pesawat komersial? Mungkin kalau Dato AC Mizal untuk memiliki pesawat peribadinya sendiri itu tidak mustahil. Tapi pesawat komersial? Ermm.... Mungkin juga Dato' AC Mizal ada alasannya sendiri mengapa pesawat komersial menjadi pilihan. Jadi selepas ini semakin ramai peminat yang akan menaiki penerbangan komersial milik Dato' AC Mizal ke destinasi pilihan. Tak sabar juga Murai Batu ingin mengetahui destinasi yang akan dijelajahi serta perkhidmatan yang ditawarkan pesawat komersial Dato' AC Mizal. Bagaimanapun, sejauh mana sahihnya khabar angin ini, itu Murai Batu dan pasukan portal murai.com.my akan siasat. Pastinya pembaca setia murai.com.my akan menjadi orang pertama untuk mengetahui hal ini.
|
ADVERTISEMENT