LadyLista- Setelah hampir 8 tahun melayari bahtera sebagai suami isteri, akhirnya Zamarul Hisham membuat pengakuan yang mengejutkan apabila memberitahu media bahawa dia telah bercerai dengan Diana Rafar pada tanggal 15 Januari lalu.
Memandang penceraian itu merupakan kekilafan dirinya dan juga isterinya, Zamarul mengibaratkan penceraian ini sebagai satu cara memuhasabah diri. Dia juga mengaku dia masih menyayangi bekas isterinya dan terpancar jelas sinar untuk bersatu kembali dengan bekas isterinya. Zamarul tidak melihat rumah tangga mereka ditahap kegagalan namun melihat ia sebagai satu frasa untuk mereka belajar mengenai kesilapan masing-masing. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang anak lelaki bernama kashfi Haiqal. Kenyataan dari Diana (Bekas isteri Zamarul) Percaya bahawa andai jodohnya panjang dengan Zamarul Hisham pasti tak kemana. Ramai peminat mendoakan pasangan ini kembali seperti dahulu.
Kini,Diana menjalani kehidupannya seperti biasa. Rutin menjaga anak, perniagaan dan kerjaya sebagai anak seni sama seperti dahulu.. "Saya dan Zamarul tak pernah bermusuh apatah lagi berdendam antara kami. Sebenar tak perlu untuk saya jelaskan sebab bagi saya masalah antara kami terlalu peribadi dan rahsia saya dan Zamarul," kata ibu kepada Kashfi Haiqal itu. Menurut Diana lagi, ruang perpisahan itu sebaiknya menjadi peluang mereka bermuhasabah diri ke arah yang lebih baik selepas ini. "Saya bangga dengan kenyataan Zamarul yang matang dalam mengatasi situasi dan keadaan. "Apa pun dia tetap bapa kepada anak saya. Saya tidak sekali pun membenci atau gembira dengan apa yang terjadi," katanya. Ditanya apakah beliau masih menyayangi bekas suaminya itu seperti mana Zamarul menyayangi sehingga kini, Diana hanya membiarkan persoalan itu berlalu sepi. "Doakan kebahagiaan dan kesihatan kami baik, dengan izin Allah. Insya-Allah," katanya. |
ADVERTISEMENT