LadyLista - Semua tahu, Jepun sangat menepati masa sehinggakan mereka sanggup mencipta lampin pakai buang khusus untuk orang dewasa. Biasanya lampin dewasa ini untuk mereka yang kurang keupayaan dan selalu digunakan oleh golongan emas yang mengalami kesukaran bergerak namun Jepun membuang tanggapan tersebut. Alasannya mudah kerana mereka sentiasa hidup dalam kepantasan waktu.
Pelik seperti yang dilihat, orang dewasa di Jepun lebih rela memakai lampin yang sememangnya tidak selesa dari pergi ke tandas.Media Jepun melaporkan, peningkatan jualan lampin dewasa ini sememangnya popular di kalangan wanita Jepun yang beranggapan memakai lampin tersebut menjimatkan masa. Pasaran untuk lampin dewasa berkembang sekitar 6 - 10 peratus dalam setahun yang telah menyuntik 140 billion yen hanya untuk menepati citarasa orang Jepun. Melihat kepada perspektif demografi, lampin dewasa merupakan satu perniagaan yang menguntungkan kerana mereka mampu menjual 2.5 kali ganda daripada lampin bayi. Ini sekaligus meningkatkan profit margin untuk pasaran lampin dewasa.
Melihat kepada perkembangan semasa,statistik wanita Jepun yang bekerjaya menunjukkan lebih ramai wanita tidak mengemas bilik seperti yang seharusnya dan meninggalkan seluar dalam dimerata tempat di dalam rumah. Kaori Adachi,25, seorang agen hartanah telah menggunakan lampin dewasa setiap hari selama hampir 6 bulan. Dia lebih percaya kepada lampin dewasa dengan kuasa penyerapan yang lebih daripada menggunakan 'panty liner'.Dia kini boleh buang air kecil sambil bekerja. Namun, Adachi hanya memakai lampin tersebut jika dia mengenakan skirt kerana seluar akan menampakkan bentuk lampin dengan ketara. |
28
Bagus |
26
Marah |
29
Terkejut |
30
Sedih |
20
Lawak |
25
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT