CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

Zamarul Buat Pengakuan Sudah Sah Bercerai

2-3-2015 09:50 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 3608| Komen: 0

Zamarul Buat Pengakuan Sudah Sah Bercerai


KUALA LUMPUR: Sekian lama menunggu dan berkomunikasi dengan Zamarul Hisham, akhirnya aktor berbakat besar itu bersetuju berjumpa bagi merungkaikan status sebenar rumah tangganya dengan Diana Rafar, 32.

Ia rentetan pengakuan eksklusif Diana sendiri pada 15 Januari lalu bahawa beliau memfailkan perceraian terhadap suaminya itu di sebuah mahkamah di Shah Alam.

Pasangan ini yang dikurniakan anak bernama Kashfi Haiqal.

BH Online dan Zamarul mengatur pertemuan di sebuah restoran di Kota Damansara malam Rabu lalu, ditemani anak hasil perkahwinan pertamanya (sebelum berkahwin dengan Diana), Izzat Haiqal.

Hampir tiga jam berada di situ, beliau berkongsi cerita sebenar.

Mengejutkan dan Panas! Pasangan ini rupa-rupanya sudah sah bercerai dengan talak satu pada 15 Januari lalu.

(Zamarul dan Diana diijabkabulkan pada 16 Mei 2009 di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam selepas lapan tahun bercinta)

Ikuti temu bual Zamarul kepada BH Online.

"Memang tiada apa yang perlu diselindungi lagi. Memang kami sudah sah bercerai Januari lalu. Cuma apa yang berlaku ada hikmah. Terlalu peribadi untuk bercerita setiap inci butiran. Saya tidak mahu mengaibkan orang atau menyalahkan sebelah pihak saja.

"Apatah lagi memenangkan diri sendiri untuk hal berbangkit. Cukup orang tahu kami bercerai pada tarikh itu. Mungkin masing-masing ada kekhilafan sendiri yang terlepas pandang...perlu diubah.

"Saya ibaratkan perceraian ini satu cara bermuhasabah diri. Insya-Allah berkat doa peminat yang sentiasa mendoakan kami ia umpama satu semangat. Komen positif yang diterima, Insya-Allah hubungan kami rasanya masih kuat lagi," katanya.

Cara Zamarul bercakap itu jelas menunjukkan sinar untuk beliau dan bekas isterinya kembali bersatu atau dalam erti kata lain ialah merujuk semula.

Jelas dari sinar matanya, Zamarul sebenarnya masih mahu membina semula rumah tangga mereka yang roboh itu agar bertaut semula.

"Saya tak melihat rumah tangga kami ini di tahap sudah melalui kegagalan. Ia bagi saya ibarat ujian untuk masing-masing belajar mengenai kesilapan. Saya mengaku ada buat silap. Macam saya cakap tadi, semua ini ada hikmah tersendiri.

"Ia barangkali menjadi ruang untuk mengeratkan hubungan saya dengan dia serta anak kami. Barangkali juga untuk menjadikan kehidupan kami sebagai suami isteri lebih indah lagi selepas ini tanpa perlu ada isu yang tidak patut wujud.

"Jika jodoh kami kuat dan dipanjangkan semula, Insya-Allah. Ini perkahwinan kedua saya selepas kegagalan perkahwinan pertama.

"Saya takut sebenarnya melalui fasa bercerai berai ini. Cukuplah yang kedua ini...tak mahu yang ketiga lagi," katanya.

Tambah Zamarul, di peringkat usianya sekarang hakikatnya tidak perlu lagi isu yang sebegini menyulitkan kehidupannya.

"Pening kepala saya memikirkan hal sebegini. Tapi benda sudah jadi, ia ujian untuk kita jadi lebih kuat. Usia saya ini lebih sesuai kepada aktiviti mendengar ceramah di surau atau melakukan penghijrahan diri.

"Sejujurnya saya agak terkejut apabila berlaku perceraian ini. Insya-Allah selagi saya boleh pertahankan perkahwinan kedua ini semula, saya akan lakukannya. Terlalu ramai peminat kami dan peminat anak kami sendiri termasuk rakan wartawan yang mendoakan yang terbaik.

"Apa yang terjadi membuka mata kami bahawasanya terlalu ramai yang menyayangi hubungan kami. Kalau ada berita gembira (merujuk semula) saya akan kongsi, tapi bukan sekarang. Diana pun selesa dengan situasi sekarang untuk bermuhasabah diri. Doakan kami," katanya.

Zamarul juga begitu terbuka apabila ditanya mengenai spekulasi keretakan rumah tangga mereka berpunca daripada kewujudan orang ketiga membabitkan seorang penyanyi lelaki era 90-an.

Zamarul juga memohon maaf kepada akhbar Harian Metro kerana terpaksa 'berbohong' memberikan kenyataan sebaliknya kerana tidak mahu mengeruhkan keadaan, sekali gus memanjangkan cerita berbangkit.

"Sebenarnya wujud orang ketiga ini secara kebetulan. Bagi saya hal ini mudah. Saya sendiri suka berkawan dan memberi kebebasan kepada isteri juga dalam hal berkawan. Berkawan ini membuka penting untuk mewujudkan rangkaian perniagaan dan kerjaya seninya.

"Cuma dalam erti kata berkawan. Ada kalanya kita tersalah percaturan bertemu kawan yang salah dan sebaliknya. Batas tetap ada batasannya. Jangan sampai melanggar batasan yang ditetapkan itu.

"Saya sejujurnya mengaku tak pernah berjumpa dia apatah lagi berurusan dengannya. Malahan saya tak pernah pun menghadiri majlis hari lahir anaknya. Iyalah masing-masing buat kesilapan cuma saya tak mahu menimbulkan spekulasi dan mengaibkan sesiapa," katanya.

Menurut Zamarul lagi, jika kenyataannya di akhbar itu yang terlalu positif (biarpun berbohong) memberi kesedaran kepada penyanyi era 90-an itu di atas kesilapannya, beliau terbuka dan bersedia untuk bertemu lelaki itu. Hingga saat ini mereka belum pernah bersemuka.

"Kita boleh jumpa bercakap secara lelaki dengan lelaki. Saya boleh jadi abang kepadanya dan mendengar versi cerita daripadanya. Saya kesal walaupun mempertahankannya dengan kenyataan menipu pembaca itu, dia masih tak muncul untuk bersemuka.

"Saya sudah memujuk hingga menjatuhkan diri saya sebagai Zamarul Hisham. Benda sudah berlalu. Jika dia rasa haru memperbetulkan apa yang perlu, jumpa saya dengan baik. Jika dia rasa berdiam diri itu lebih baik, terpulang kepadanya," katanya.

Ditanya apakah beliau masih menyayangi Diana, pintas Zamarul: "Siapa yang tak sayang isteri. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula hubungan suami isteri.

"Jika sayang itu sekadar percakapan semata-mata, mahu saya tulis pula perkataan sayang itu di merata tempat. Dia pun tahu saya terlalu sayangkan dia.

"Sebab itu, dia tahu saya masih berada di sini. Doakan kebahagiaan kami dan kesihatan. Rindu itu masih ada. Sayang memanglah masih sayang," katanya.

3

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
6

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (13 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 12:57 AM GMT+8 , Processed in 0.033000 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top