Jakim Nafi Haramkan Akaun The Rich Kids Of Malaysia (Rkom) Timbalan Pengarah Bahagian Pengurusan Psikologi Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Dr Abdul Jalil Hassan berkata, situasi itu sekali gus menunjukkan keadaan tidak normal pemilik laman berkenaan dengan dunia realiti. "Mereka saling berlawan dan menunjukkan harga keluarga masing-masing. Ayah dia belikan dia Ferrari, selepas itu tanya ayah kawan dia belikan dia kereta apa pula. "Ini kumpulan rendah keyakinan diri, tidak menghargai diri sendiri dan cuba mencari perhatian dengan cara yang tidak sesuai," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. Dr Abdul Jalil mengulas isu laman Instagram 'The Rich Kids Of Malaysia' yang sehingga kini mengumpul lebih 10,000 pengikut dengan 140 gambar pengguna Instagram lain yang menunjukkan 'harta' masing-masing untuk tontonan umum. Sebelum ini, laman Instagram seumpama itu turut dikenal pasti adalah daripada Iran yang menggunakan akaun 'The Rich Kids of Tehran’ namun tinjauan pada Ahad mendapati akaun itu sudah digodam. Bagaimanapun Astro AWANI turut difahamkan gambar-gambar tersebut kemungkinannya diambil tanpa kebenaran oleh pemilik laman Instagram anak-anak golongan berada berkenaan. Ujar Dr Abdul Jalil lagi, sikap yang ditunjukkan pemilik akaun berkenaan juga bakal menjadi ikutan lebih ramai golongan ramaja yang mempunyai 'masalah' sama. "Remaja lain akan mengikut dan berbincang isu sama sekali gus menunjukkan 'harta' mereka mengikut status dan gaya hidup masing-masing," jelasnya. Oleh itu katanya, ibu bapa yang berada di dalam kategori berkenaan harus sentiasa memantau kegiatan anak mereka dan memastikan tiada gambar menunjuk-nunjuk harta berleluasa di laman sosial. "Lebihkan masa bersama anak-anak. Selain ia mengundang bahaya kerana boleh mengundang jenayah, ia juga bukan sikap yang baik. "Ibu bapa ini tidak harus terlalu sibuk dengan perniagaan dan melimpahkan kesenangan begini kepada anak-anak...lebih elok jika mereka ini dilimpahkan dengan kasih sayang dan perhatian," katanya.
|
saladin780 replied at 1-2-2015 04:30 PM
ala yg x seberapa kaya pun gigih menunjuk2 (kdg terlebih2 lagi)..apa lagi yg memang kaya kan
mak_wa95 replied at 1-2-2015 04:27 PM
untungla jadi anak orang kaya2
spiderman80 replied at 1-2-2015 04:55 PM
Sepatutnya anak Spidey dan Puan @BotakChinPeng akan menjadi pewaris harta mak ayahnya yang berjum ...
chinta89 replied at 1-2-2015 04:40 PM
kalau g makan.. gigih check in n ambik gambar gambar makanan. cuba kalau pergi takat kedai kaki li ...
chinta89 replied at 1-2-2015 04:40 PM
kalau g makan.. gigih check in n ambik gambar gambar makanan. cuba kalau pergi takat kedai kaki li ...
jerukkedondong replied at 1-2-2015 06:26 PM
Anak ank mcm ni ke yg akan mndoakn kesejahteraan mak bapak di alam barzakh nun......
bungarose replied at 1-2-2015 05:42 PM
Kaya dunia xsemestinya kaya diakhirat.
saladin780 replied at 1-2-2015 05:15 PM
Kalu masuk kedai yg konon up sikit..secret recipe ka starbak ka bukan main lg dia pnya huha huha.. ...
saladin780 replied at 1-2-2015 05:15 PM
Kalu masuk kedai yg konon up sikit..secret recipe ka starbak ka bukan main lg dia pnya huha huha.. ...
ADVERTISEMENT