View: 15605|Reply: 104
|
[Tempatan]
JAKIM nafi haramkan akaun The Rich Kids of Malaysia (RKOM). page #4
[Copy link]
|
|
Edited by R2D2 at 6-2-2015 09:53 PM
KUALA LUMPUR: Laman Instagram 'The Rich Kids Of Malaysia' yang meriah dengan 'tayangan' barangan mewah anak-anak golongan harwawan negara membuktikan rendahnya tahap keyakinan kumpulan berkenaan kepada masyarakat sekeliling.
Timbalan Pengarah Bahagian Pengurusan Psikologi Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Dr Abdul Jalil Hassan berkata, situasi itu sekali gus menunjukkan keadaan tidak normal pemilik laman berkenaan dengan dunia realiti.
"Mereka saling berlawan dan menunjukkan harga keluarga masing-masing. Ayah dia belikan dia Ferrari, selepas itu tanya ayah kawan dia belikan dia kereta apa pula.
"Ini kumpulan rendah keyakinan diri, tidak menghargai diri sendiri dan cuba mencari perhatian dengan cara yang tidak sesuai," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Dr Abdul Jalil mengulas isu laman Instagram 'The Rich Kids Of Malaysia' yang sehingga kini mengumpul lebih 10,000 pengikut dengan 140 gambar pengguna Instagram lain yang menunjukkan 'harta' masing-masing untuk tontonan umum.
Sebelum ini, laman Instagram seumpama itu turut dikenal pasti adalah daripada Iran yang menggunakan akaun 'The Rich Kids of Tehran’ namun tinjauan pada Ahad mendapati akaun itu sudah digodam.
Bagaimanapun Astro AWANI turut difahamkan gambar-gambar tersebut kemungkinannya diambil tanpa kebenaran oleh pemilik laman Instagram anak-anak golongan berada berkenaan.
Ujar Dr Abdul Jalil lagi, sikap yang ditunjukkan pemilik akaun berkenaan juga bakal menjadi ikutan lebih ramai golongan ramaja yang mempunyai 'masalah' sama.
"Remaja lain akan mengikut dan berbincang isu sama sekali gus menunjukkan 'harta' mereka mengikut status dan gaya hidup masing-masing," jelasnya.
Oleh itu katanya, ibu bapa yang berada di dalam kategori berkenaan harus sentiasa memantau kegiatan anak mereka dan memastikan tiada gambar menunjuk-nunjuk harta berleluasa di laman sosial.
"Lebihkan masa bersama anak-anak. Selain ia mengundang bahaya kerana boleh mengundang jenayah, ia juga bukan sikap yang baik.
"Ibu bapa ini tidak harus terlalu sibuk dengan perniagaan dan melimpahkan kesenangan begini kepada anak-anak...lebih elok jika mereka ini dilimpahkan dengan kasih sayang dan perhatian," katanya.
|
|
|
|
|
|
|
|
untungla jadi anak orang kaya2 |
|
|
|
|
|
|
|
ala yg x seberapa kaya pun gigih menunjuk2 (kdg terlebih2 lagi)..apa lagi yg memang kaya kan |
|
|
|
|
|
|
|
kalau g makan.. gigih check in n ambik gambar gambar makanan. cuba kalau pergi takat kedai kaki lima, nk ke upload gmbr?
|
|
|
|
|
|
|
|
x de kena mengena punya tahap keyakinan diri dengan budak2 tu perabih harta mak/bapak dia dgn menayang barang2 yg di di Insta |
|
|
|
|
|
|
|
Sepatutnya anak Spidey dan Puan @BotakChinPeng akan menjadi pewaris harta mak ayahnya yang berjumlah RM2 juta cash tetapi Puan Botakchinpeng tak sengaja terlahirkan 148 ekor anak labah-labah, ini bermakna setiap seekor anak kami cuma akan mendapat RM13513.51 sahaja.
Tapi bolehlah dorang jadikan duit muka beli kereta Perodua Myvi kelak.
|
|
|
|
|
|
|
|
bertuah pn botakchinpeng bersuamikan en spidey...
boleh la bayar muka mybih pun..mybih pun kete juga...labah2 je bukan gergasi nak naik kete besar2..
|
|
|
|
|
|
|
|
chinta89 replied at 1-2-2015 04:40 PM
kalau g makan.. gigih check in n ambik gambar gambar makanan. cuba kalau pergi takat kedai kaki li ...
Kalu masuk kedai yg konon up sikit..secret recipe ka starbak ka bukan main lg dia pnya huha huha...cam gigih sgt nk menunjuk kat org lalu lalang dia mkn kat situ...perasan hi class abis da tu...kekeke |
|
|
|
|
|
|
|
Kaya dunia xsemestinya kaya diakhirat. |
|
|
|
|
|
|
|
pernah dengar cerita tapi personally tak pernah terjumpa lagi kes sebegini....
aku pasti orang yang buat ni masa kecik2 susah merasa mewah...
|
|
|
|
|
|
|
|
Anak ank mcm ni ke yg akan mndoakn kesejahteraan mak bapak di alam barzakh nun...... |
|
|
|
|
|
|
|
jerukkedondong replied at 1-2-2015 06:26 PM
Anak ank mcm ni ke yg akan mndoakn kesejahteraan mak bapak di alam barzakh nun......
Apa kena mengena doakn mak bapak kat alam barzarkh dgn kekayaaan....
Cer singkap balik thread kat CI ni...byk anak-anak org miskin yg bunuh mak bapak...mgu lepas kes anak pkl mak sbb tak bg dia bertunang sedangkn maknya sara hidup dgn duit JKM..
Jarang lak jumpa anak org kaya bunuh mak bapak sbb nk duit...agaknya anak org miskin yg bunuh mak bapak tu lah yg mendoakn dorang kat kubur kann...kann...
. |
|
|
|
|
|
|
|
bungarose replied at 1-2-2015 05:42 PM
Kaya dunia xsemestinya kaya diakhirat.
Lagi sedih miskin kat donia, miskin kat akhirat..... |
|
|
|
|
|
|
|
Siannye. Stabak secret resepi pun mau vangga ke? Ini memang betul pprt sangat neh.
|
|
|
|
|
|
|
|
Selalunya aku hanya tersenyum sinis atau tergelak kecil adja tika hadap forum PPRT cina dap ini..
tetapi malam ini aku akui aku tergelak besaq bila masuk bebenang ini .
Alahai.... awat yang masok RKOM ini tahap PPRT berkerak ummak ke-3 jah ?
Aku lihat kalau yang betina tuu... tenyeh molot merah tebai-tebai, selfie bagi nampak celak tek sikit pastu fefeling kaya ?......... alahai dikk oiii sakit perot abang gelak nih.
Yang lawak sekali.. ada jua ummah pakai kain pelekat sambil buat BBQ...... tang mana yang "rich" nya dikk oii?
Kalau camtuh, aku pun nak tempek gambaq aku pi main snowbod kat Hakuba Ski Resort semalam lah ... baru nampak urban, oberci dan rich gitu kan.
Dikkk....lain kali nak lakukan ibadah poyo tu, pastikan sekurang-kurangnya ada kereta harga minimum 1 juta.
Lepas tu kalau nak lebih barokoh dan afdhol lagi, harus ada :
jet peribadi
binatang eksotik (singa, harimau bintang bagai)
kapal layaq
kad kredit kala hitam
ayaq kencin setan (untuk kapiaq)
Cuba dikk rujuk web nih ok.... http://richkidsofinstagram.tumblr.com/ |
|
|
|
|
|
|
|
org jarang merasa kaya memang gayat...semua nak tunjuk kat ig. |
|
|
|
|
|
|
|
RKOM tidak setuju dengan pendapat pakar psikologi
Pemilik akaun Instagram, the Rich Kids of Malaysia (RKOM) tidak bersetuju dengan pendapat yang diberikan pakar psikologi seperti yang dilaporkan Astro Awani sebelum ini.
Dalam temubual menerusi email, pemilik RKOM menjelaskan konsep penggunaan Instagram perlu difahami dari sudut yang lebih luas dan bukan semua komen terhadap akaun itu adalah negatif.
Baginya, Istagram adalah sebuah platform media sosial yang boleh dijadikan satu bentuk perniagaan dimana pemilik sesebuah akaun boleh menjana pendapatan dengan mempromosi produk pelanggan mereka.
RKOM juga berjanji akan menggunakan pengaruh media sosial itu untuk beramal jika ia mendapat 100,000 pengikut.
Tambahnya lagi, RKOM adalah untuk pengguna yang benar-benar memahami konsep akaun itu dan bersantai pada masa lapang.
Gambar yang dikongsi adalah hasil cadangan pengikut RKOM malah bukan semua yang menayang kemewahan di laman itu adalah dari golongan berada.
Jelasnya lagi, bukan semua gambar yang dicadangkan pengikut akan dipaparkan di akaun itu.
RKOM juga mengakui memuat naik gambar pengguna Instagram lain tanpa kebenaran pemilik gambar tetapi akan memadam gambar itu jika diminta pemilik tersebut.
Selain itu, RKOM juga menunjukkan bahawa kebanyakan rakyat di Malaysia masih mampu menjalani kehidupan mewah.
Orang ramai juga perlu sedar bahawa salah guna gambar dalam internet adalah risiko yang harus diambil penggunanya, lebih-lebih lagi yang menggunakan 'hashtag' tertentu dan tidak memahami syarat privasi.
Nama akaun RKOM juga seakan sama dengan konsep akaun Instagram yang popular dari Iran, the Rich Kids of Tehran.
Sebelum ini, Timbalan Pengarah Bahagian Pengurusan Psikologi Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Dr Abdul Jalil Hassan mengulas mengenai RKOM dengan menyatakan kewujudan akaun itu membuktikan rendahnya tahap keyakinan kumpulan berkenaan kepada masyarakat sekeliling dengan 'menayang' barang mewah mewah anak-anak golongan hartawan negara.
Dr Abdul Jalil menjelaskan situasi itu sekali gus menunjukkan keadaan tidak normal pemilik laman berkenaan dengan dunia realiti.
|
|
|
|
|
|
|
|
padahal mkn ape sgt je pun.. tayang 'berlagak' je lebih!
|
|
|
|
|
|
|
| |
|