CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Ladylista Hiburan Lihat artikel

Sepasang kembar lahir beza 2 bulan

27-2-2015 03:25 PM| Diterbitkan: CMFreporter| Dilihat: 2430| Komen: 3

LadyLista - Mereka pasangan kembar, namun kedua-duanya tidak lahir pada hari yang sama, sebaliknya berpisah selama hampir dua bulan dalam kes yang disifatkan doktor sebagai menakjubkan.

Bayi kembar ini dilahirkan oleh seorang wanita berusia 41 tahun. Bayi pertamanya dilahirkan pada bulan November 2014 manakala kembarnya pula lahir pada Januari 2015.

Meskipun bayi perempuan ini kembar, namun dilahirkan dalam dua bulan yang berbeza.

Kembar pertama dilahirkan secara normal dan ketika itu doktor menunggu kelahirkan bayi kembar kedua dalam masa beberapa minit.

Namun menakjubkan apabila kesakitan yang dialami wanita itu berhenti.

Akhirnya bayi kembar itu lahir pada bulan Januari melalui pembedahan Caesarean di hospital di Bucharest.

“Ia amat jarang berlaku namun ini semua kuasa Tuhan,’’ kata doktor yang terlibat dalam merawat ibu tersebut, Dr Adrian Sorin Crăciun.


Kembar itu dilahirkan dengan berat masing masing 900 gram dan kurang satu kilogram.

Mereka tinggal di hospital sehingga penghujung Januari dan apabila dibenarkan pulang, berat kembar itu sudah mencecah 2.2 kg dan 2.9 kg. 


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini

Komen Terbaru

Quote makton 3-3-2015 07:41 AM
Allahuakbar...
Quote ice98 2-3-2015 02:49 PM
kuasa ALLAH belaka....
Quote Kidal.Kasih 2-3-2015 10:08 AM
sgt2 jarang berlaku..semuanya kuasa Allah..but bby kembar ni comel sgt :-)

Lihat semua komen(3)

Sub-category


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 12:55 PM GMT+8 , Processed in 0.097972 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top