Adam Adli, jangan kacau periuk nasi kami - Caliph Buskers
KUALA LUMPUR: Aktivis, Adam Adli dan penyokong perhimpunan 'Kita Lawan' diberi amaran supaya tidak menggangu lokasi buskers membuat persembahan di sekitar pusat beli-belah, Sogo dengan perhimpunan haram yang hanya membawa ketakutan kepada masyarakat.
Anggota Caliph Buskers, Fendy berkata, sebarang perhimpunan haram yang dicadang diharap dibatalkan segera demi kelangsungan rezeki pemuzik jalanan di kawasan berkenaan. "Saya harap benda ini tidak berlanjutan. Bukan sahaja Caliph Buskers yang mencari rezeki di sana namun banyak lagi kumpulan buskers di sekitar Sogo. Orang ramai datang di sini bukan untuk melihat perhimpunan haram. "Kenapa mereka hendak menyekat periuk nasi pemuzik jalanan dengan perhimpunan sedemikian? Kalau ia menimbulkan kontroversi dan mengganggu keamanan, apa guna ia dianjurkan?" katanya ketika dihubungi di sini hari ini.Fendy mengulasperhimpunan menyokongDatuk Seri Anwar Ibrahim pada Sabtu yang diadakan di Sogo sebagai tanda solidariti untuk pembebasan Ketua Pembangkang itu. Antara yang memberikan ucapan pada perhimpunan itu adalah anak Anwar, Nurul Nuha. Pada perhimpunan itu, Nurul Nuha turut meminta orang ramai untuk sekali lagi berhimpun pada perhimpunan kemuncak bagi kempen ‘Kita Lawan' pada 7 Mac depan. Adam Adli yang turut berucap pada perhimpunan berkenaan menyeru anak-anak muda untuk tidak takut dalam perjuangan mereka. Dalam pada itu kata Fendy, masyarakat menjadikan kawasan sekitar SOGO selain Jalan Tuanku Abdul Rahman sebagai lokasi membeli-belah dan bukan berhimpun untuk menyatakan bantahan terhadap sesuatu isu. "Janganlah ganggu tempat orang ramai ini dan buskers lain mencari rezeki dari pagi sehingga malam di sekitar lokasi. Jangan timbulkan kontroversi di tempat tumpuan awam. "Tidak elok jika diadakan perhimpunan di sana. Orang hendak membeli-belah dan bergembira, bukan kecoh-kecoh seperti yang dilakukan mereka," jelasnya.
|
nurklfish replied at 25-2-2015 12:13 AM
komen dari presiden buskers club
SG Suara Gerrard with Syahz Meen and 3 others
blackred99 replied at 25-2-2015 01:47 PM
satu je aku ckp, siapa percaya berita dari wartawan astrok awani ni, mmg jiwanya lebih kepada politi ...
haruslah replied at 25-2-2015 01:49 PM
betolll kaki politik mmg buta hati
pantang kena tegur....
hzln replied at 25-2-2015 12:40 PM
demi tuan politiktak cukup dgn drebar teksi...tauke kedai kain...
orang buta pun ko bulih buat moda ...
ADVERTISEMENT