Syura Tertekan Disalahkan Kerana Keruntuhan Rumah Tangga PETALING JAYA: Penyanyi Syura tertekan apabila masyarakat mempersalahkannya akibat kegagalan rumah tangga yang dibina selama 10 tahun bersama bekas suami Mohd Fadhly Md Yassin. Syura atau nama sebenarnya Zuraidah Badron,28, berkata, ramai yang mencemuhnya di media-media sosial dengan menuduh dia lupa daratan selepas kembali semula dalam industri hiburan. "Sudah tentu saya tertekan apabila ramai yang mempersalahkan saya dalam hal ini, terutama bila saya tidak hadir pada sebutan rujuk yang pertama lalu. "Mungkin juga ada yang kata saya lupa daratan dan ingin membuang keluarga selepas kembali semula ke industri ini. Perkara itu sedikit sebanyak membuatkan saya rasa sedih dan terhina," ujarnya kepada mStar Online, di sini, Selasa. Terdahulu pada Selasa Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur membenarkan bekas suami Syura, Mohd Fadhly, 33, menarik semula permohonan pengesahan lafaz rujuk yang telah dibuat secara lisan pada 10 November tahun lalu. Hakim Syarie, Abdul Halim Muhammad membenarkan keputusan itu selepas Mohd Fadhly menyatakan tidak mahu meneruskan kes tersebut selepas Syura selaku defendan enggan rujuk semula. Pasangan berkenaani disahkan bercerai talak satu pada September 2014. Saat-saat indah Syura bersama Mohd Fadhly. Dalam pada itu, Syura meminta masyarakat tidak terus memandang negatif terhadapnya tanpa mengetahui perkara sebenar yang berlaku. Malah katanya, keputusan untuk membawa haluan masing-masing adalah jalan terbaik yang telah difikirkan secara mendalam. "Mereka menghukum saya tanpa mengetahui apa yang berlaku dan saya tidak akan mendedahkan alasan dan punca perpisahan ini demi menjaga hati ramai orang. "Cukuplah mereka tahu ia adalah jalan terbaik untuk kami berdua dan ia sudah kami fikirkan semasak-masaknya," ujar Syura. Sementara itu, ditanya tentang keengganannya membina semula rumah tangga tersebut, Syura berkata, itu adalah keputusan nekadnya buat masa ini. Dia juga yakin mampu untuk menjalani kehidupannya sendiri dalam membesarkan tiga cahaya mata. "Buat masa ini belum bersedia untuk rujuk semula dan kes mahkamah tentang rujuk itu hanyalah untuk pengesahan sahaja kerana ia dilakukan dalam tempoh edah. Itu tidak bermaksud untuk rujuk pun. "Namun saya akui bekas suami ada berusaha untuk memujuk saya kembali. Buat masa ini biarlah saya hidup berdikari bersama ketiga-tiga anak saya," ujarnya. Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 29 Mac 2006 dan dikurniakan dua cahaya mata perempuan dan seorang lelaki.
|
8
Bagus |
2
Marah |
2
Terkejut |
8
Sedih |
4
Lawak |
19
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
lolen replied at 25-2-2015 11:56 AM
br 28 ke umur syura ni
kawen dah seploh thn
mudanya kawen...umuq 18
koko2 replied at 25-2-2015 12:06 PM
mana ada 10thn pun...just 8thn jer dia kawen kan..?
Mac 2006 - Sept 2014
lolen replied at 25-2-2015 11:56 AM
br 28 ke umur syura ni
kawen dah seploh thn
mudanya kawen...umuq 18
makton replied at 25-2-2015 12:24 PM
umur dia tu betul, sebab dia sebaya makton. hehehe...
tp bab umur perkahwinan tu tak pasti lak. ...
ADVERTISEMENT