Kalau Ada Elaun Ratu Dangdut, Amelina Sanggup Bertarik Rambut!
PENGHUJUNG tahun lalu dunia seni tanah air dikejutkan dengan kemunculan semula ratu dangdut, Amelina selepas sekian lama dia menghilangkan diri apabila memutuskan untuk berundur kira-kira 15 tahun lalu. Perhatian sudah tentulah ditujukan kepada Amelina kerana banyak pihak mengakui, irama dangdut Malaysia ibarat hilang serinya setelah dia hilang dari industri. Bagaimanapun seorang lagi penyanyi dangdut negara, Ifa Raziah telah mengeluarkan kenyataan ‘berani mati’ apabila berkata,comeback yang dibuat Amelina kurang dirasai kerana enyanyi itu hanya menyanyikan lagu-lagu lamanya dan tidak mengeluarkan single baru. Kepada wartawan Mynewshub Ifa turut memaklumkan, dia enggan ambil pusing tentang isu tersebut kerana tidak meninggalkan impak baginya.
Memetik kenyataannya, “Tidak mengapalah dia nak muncul, muncul la, takde siapa menghalang pun. Takde dia ke, ada dia ke, sama sahaja, takde beza pun pada saya. “Saya masih boleh cari makan dengan irama dangdut, masih bertahan sampai hari ini kerana industri dangdut.”
Membalas kenyataan penyanyi lagu Gemerincing Rindu itu, Amelina mengambil jalan positif apabila enggan memanjangkannya. Ujarnya seperti yang disiarkan Astro Gempak, “Saya tidak ambil hati pun. Tak mengapa jika dia kata saya sudah tidak relevan. Saya tidak mahu panjangkan isu tersebut. “Dia berhak menyuarakan pandangannya… Lagipun, setiap individu mempunyai pandangan berbeza,” ujar Amelina.
Tambah ibu enam anak itu, dia muncul kembali dalam industri hanya atas dasar ingin menyara kehidupannya dan anak-anak yang masih bersekolah. “Saya kembali ke lapangan ini hanya untuk membesarkan anak-anak. Tak pernah terlintas untuk merebut gelaran ratu dangdut atau apa-apa ratu sekali pun. “Rebut-rebut pun bukan dapat apa…kalau ada elaun untuk gelaran Ratu Dangdut, saya rela tarik rambut,” ujarnya disusuli tawa. Ouch…memang kedengaran lucu namun sebenarnya terkandung sindiran tajam yang memang menusuk kalbu! |
pinkzara replied at 26-2-2015 09:56 AM
bagus la auntie amelina ni.
diva mmg tak layan gosip2 murah camni.
Ifa selamanya artis cap ayam.
pinkzara replied at 26-2-2015 01:56 AM
bagus la auntie amelina ni.
diva mmg tak layan gosip2 murah camni.
Ifa selamanya artis cap ayam.
ADVERTISEMENT