LadyLista - Walaupun ada penyanyi seangkatannya seakan tidak puas hati dengan kemunculan semula Amelina dalam memeriahkan dunia dangdut, Amelina tidak mengambil hati dan tidak mahu panjangkan isu ini. Menurut Amelina lagi, beliau membuat come back setelah 15 tahun bersara dalam industri ini kerana ingin menyara anak-anak yang masih bersekolah. “Saya kembali ke lapangan ini hanya untuk membesarkan anak-anak. Tak pernah terlintas untuk merebut gelaran ratu dangdut atau apa-apa ratu sekali pun. “Rebut-rebut pun bukan dapat apa…kalau ada elaun untuk gelaran Ratu Dangdut, saya rela tarik rambut,” ujarnya. Terdahulu, penyanyi Ifa Raziah mengeluarkan kenyataan berani apabila mengatakan kemunculan semula ratu dangdut itu tidak dirasai kerana hanya menyanyikan lagu lama tanpa mengeluarkan single baru.
Amelina atau nama sebenar Norazlina Amir Sharipuddin merupakan ibu tunggal dan mempunyai 6 orang anak hasil perkahwinan dengan bekas suami Reduan Mahamood pada tahun 1999.
|
ADVERTISEMENT