CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Ladylista Makanan Lihat artikel

8 kuih kelantan patut anda rasa

25-2-2015 12:40 PM| Diterbitkan: CMFreporter| Dilihat: 7551| Komen: 7

1.#Kuih Tahi Itik
Kuih tahi itik  merupakan sejenis kuih yang dibuat menggunakan telur dan disira panas dalam air gula. Ia dibentuk bertempek-tempek seperti tahi itik. Kuih tahi itik disediakan dengan menggunakan putih telur yang telah diasingkan dari kuning telur. Selepas itu putih telur yang telah diasingkan itu akan disira dengan dimasak dalam air gula pekat dan dituang sedikit demi sedikit bagi menghasilkan bentuk akhir. Biasanya kuih tahi itik tidak dibentuk dalam bentuk tertentu kerana ia pada kebiasaannya hanyalah kuih sampingan kepada penyediaan kuih lain.

2.#Kuih Jala Mas
Kuih jala mas merupakan sejenis hidangan kuih tradisional Melayu yang lemak manis dihasilkan dengan menggunakan kuning telur yang dimasak dalam air gula,sama seperti kuih mas sejemput, tetapi mempunyai cara penyediaan dan rupa yang berbeza. Kuih jala mas disediakan dengan kuning telur  yang diurai ke dalam air gula yang menggelegak. Selepas beberapa lama apabila masak, adunan itu diangkat dan kemudiannya ditompokkan pada bahagian kecil atau juga boleh diletak begitu sahaja dalam bekas. Kuih jala mas mempunyai bentuk yang berjurai seperti mi halus. Ia biasanya hanya disediakan untuk perayaan istimewa seperti peminangan atau perkahwinan. Ini disebabkan cara membuatnya yang cerewet dan hanya menggunakan kuning telur menyebabkan kos yang tinggi. Pada kebiasaannya telur itik digunakan kerana ia mempunyai saiz kuning telur yang lebih besar. Selain itu, ia biasanya dihasilkan bersama kuih tahi itik kerana untuk tidak membazir baki putih telur yang tidak digunakan.

3.#Kuih Lompat Tikam

Makanan Kelantan banyak dipengaruhi dengan rasa yang manis seperti kuih lompat tikam ini. Ia mempunyai dua lapisan iaitu lapisan tepung beras yang biasanya berwarna hijau di bahagian bawah dan lapisan santan yang berwarna putih di bahagian atas. Bahagian ini dibuat tawar kerana ia dimakan bersama air manisan atau gula kabung dan sesuai diminum bersama air putih.

4. #Kuih Bunga Tanjung
Kuih bunga tanjung begitu sinonim dengan Negeri Kelantan iaitu sejenis kuih yang dibuat menggunakan telur bercampur tepung dan disira dalam air gula. Ia dibentuk dengan menggunakan acuan dan dibentuk seperti titisan air yang berwarna kuning, tetapi boleh juga dibentuk dengan pelbagai bentuk lain mengikut citarasa pembuatnya.

5. #Kuih Asam Gumpal
Kuih asam gumpal merupakan sejenis hidangan kuih tradisional Melayu yang lemak manis dan dihasilkan dengan menggunakan sagu mata ikan atau sagu biji dengan inti dan dimasak dalam kuah santan.

Kuih asam gumpal disediakan dengan menggunakan sagu biji yang telah direbus dengan air yang dicampurkan dengan garam bagi membangkitkan rasa. Selepas itu sagu yang telah dimasak akan diisi dengan inti dan dijemput dengan tangan kepada bentuk akhir. Biasanya asam gumpal ini akan digumpal menjadi bulat sebesar satu gumpalan tangan. Ia kemudiannya akan dimasak dalam kuah santan sehingga pekat. Campuran gula merah, halia dan halba juga ditambah bagi menambahkan perisa.

6. #Pulut Bakar
Pulut bakar ini disediakan dengan beras pulut, santan pekat, gula pasir, bunga cengkih dan halba. Ia berbeza  dengan pulut panggang yang biasa dimakan di Pantai Barat.


7. #Kuih Akok
Kuih akok merujuk kepada sejenis kuih tradisi tradisional yang popular di Kelantan. Terdapat beberapa jenis kuih akok iaitu berbentuk bujur, mengikut acuan bahulu dan akok bunga yang dikenali juga sebagai akok Kemboja. Akok rasanya manis bertelur. Cara adunan dan pembakaran merupakan faktor yang menjadikan sesuatu kuih akok itu sedap.

Biasanya akok nisan berwarna gelap, sementara akok daun pandan dan akok Kemboja berwarna hijau pucat. Akok berlauk mempunyai bentuk tekstur berspan. Akok biasanya kurang digemari oleh golongan muda kerana ia agak manis. Akok sesuai untuk dijadikan sebagi makanan petang kerana ia mudah dihidangkan, tidak melerai dan rasanya sedap.

8. #Kuih Badak Berendam
Kuih badak berendam merupakan sejenis kuih tradisional yang  popular di Malaysia, terutama di Pantai Timur iaitu di Kelantan dan Terengganu. Kuih badak berendam terdiri daripada adunan tepung beras yang digentel bulat dengan inti kelapa bercampur manisan. Bahagian tepung ini dibuat tawar kerana ia mempunyai inti yang manis dan dimakan bersama santan kelapa bagi memberikan rasa lemak. Kuih badak berendam dimakan bersama dengan kuah santan kelapa.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini

Komen Terbaru

Quote aliff09 27-2-2015 01:23 AM
Haiyooo fakta x tepat derrrr.... Lompat tikam tu salah la cara ulasan....
Quote zaiima 26-2-2015 12:41 PM
aduhai..byk yg tak betul dalam penerangan kuih2 ni.. tahi itik tidak dibuat camtu..campuran putih telur, gula, minyak dan sedikit tepung dikacau dgn api yg kecil sehingga menjadi adunan yg tak melekat pd sudip..adunannya berderai dan seakan-akan telur semut. jika boleh dikepal spt gambar di atas bermakna penggunaan lebih tepung. biasanya hanya 4-5 sudu tepung utk 100 biji putih telur dan masa penyediaannya boleh mengjangkau ke 2 jam.

Tidak ada acuan di dalam pembuatan buah tanjung..adunan kun ...
Quote Suchi 25-2-2015 09:18 PM
dapnyaaaa nnt nk mkn semuanya
Quote jerukkedondong 25-2-2015 05:14 PM
Semua manis manis...emm/
Quote putput 25-2-2015 04:42 PM
semua sedap...terbaikkkkk
Quote iznanaziz 25-2-2015 03:58 PM
aku tak tahu pun kuih lompat tikam tu dari kelantan....

dalam jenis2 kuih kat sini, aku suka, kuih lompat tikam, kuih asam gumpal, kuih akok dan kuih badak berendam
Quote Munnalicious 25-2-2015 01:40 PM
Aku suka kuih akokkkkkkkkk

Lihat semua komen(7)

Sub-category


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 04:34 AM GMT+8 , Processed in 0.203297 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top