CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

Mh370 Sengaja Diterbangkan Ke Arah Antartika

24-2-2015 01:08 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 5262| Komen: 13

Mh370 Sengaja Diterbangkan Ke Arah Antartika, Lapor Dokumentari Tvf



Pencarian terkini pesawat Malaysian Airlines MH370 ditetapkan berakhir pada Mei dan Pesuruhjaya ATSB Martin Dolan berkata beliau berharap pasukan akan menemui bangkai itu suatu hari nanti. – Gambar fail Reuters, 24 Februari, 2015.

Ketika ulang tahun pertama kehilangan misteri pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 bakal menjelang, program dokumentari National Geographic berkata pesawat itu sengaja diterbangkan ke arah Antartika.

Akhbar harian United Kingdom The Mirror melaporkan, pakar penerbangan yang disebut dalam dokumentari televisyen itu berkata penerbangan MH370 mengambil masa tiga pusingan sebelum ia hilang hubungan dengan pengawal trafik udara.

Pusingan pertama adalah ke kiri dan dua lagi membawa MH370 ke arah barat, kemudian ke arah selatan Antartika, menurut dokumentari yang disiarkan di UK pada 8 Mac, ulang tahun pertama kehilangan pesawat malang itu di Laut China Selatan.

Penerbangan MH370 hilang pada 8 Mac 2014, tidak lama selepas berlepas dari Kuala Lumpur dengan 239 orang di atas kapal untuk ke Beijing.

Hampir setahun kemudian, tidak satu pun bukti kehilangan Boeing 777 itu ditemui.

Malcolm Brenner, seorang pakar dalam hal berkaitan punca bencana penerbangan,  dipetik sebagai berkata pusingan itu "dipercayai" dilakukan seseorang dalam kokpit dengan sengaja yang membawa MH370 keluar dari haluan asal.

"Kemalangan ini menarik perhatian dunia yang  saya sendiri tidak pernah lihat sepanjang penglibatan 40 tahun dalam kerjaya penerbangan,” Brenner dipetik sebagai berkata oleh akhbar UK itu.

Pada 29 Januari, Malaysia mengisytiharkan MH370 hilang dalam kemalangan dan mengorbankan semua 239 penumpang dan anak kapal.

Operasi mencari dan menyelamat awal meliputi Laut China Selatan, Selat Melaka, Laut Andaman dan selatan Lautan Hindi, yang melibatkan 65 pesawat dan 95 kapal dan pakar dari 25 buah negara.

Fasa mencari dan menyelamat beralih kepada carian dalam air yang diketuai oleh Pusat dan Agensi Penyelarasan Bersama Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB).

Pencarian terkini pesawat MAS itu ditetapkan berakhir pada Mei dan Pesuruhjaya ATSB Martin Dolan berkata beliau berharap pasukan akan menemui bangkai itu suatu hari nanti. – 24 Februari, 2015.

4

Bagus
8

Marah
1

Terkejut
4

Sedih
3

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (22 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote balqishku 24-2-2015 10:54 AM
misteri yg masih belum terungkai wpun sudah hampir setahun kejadian berlaku. mudah2an satu hari nanti akan terungkai jua
Quote Modngengade 24-2-2015 11:01 AM
mcm2 spekulasi tetapi yg paling kelakar spekulasi dari sharifah auta....
Quote sekel 25-2-2015 02:16 PM
aq berdoa semoga segala kesulitan & masalah MH370 akan terungkai satu masa nanti

Quote stillen 25-2-2015 02:57 PM
Mcm2 teori, xtahu nak baca mana 1.
Quote Simunggu 25-2-2015 04:06 PM
cerita yg makin pudar tengelam oleh cerita karipap dan nescape...

sekali lagi kamu cakap karipap...saya saman 1 juta....
Quote MengkuduMasam 25-2-2015 04:09 PM
tu laa kalo pakai bomoh diraja aritu mesti boleh setel suma masalah
Quote dragger 25-2-2015 04:15 PM
masih menanti sehingga kini..

Quote hasmania 25-2-2015 05:08 PM
yang suratkhabar nih plakkk tulis je apa yg dia nak tulis ...........dah malas dah nak baca
Quote Jagendas 25-2-2015 05:09 PM
jadi misi mencari ke antarika pulak ke
Quote kelana36 25-2-2015 06:16 PM
Aku dari KL nak balik ke johor pun menghala ke antartika juga...

tapi B777 tu tak akan sampai ke antartika, unless dia guna engine hybrid...
Quote batusembilan 25-2-2015 06:20 PM
jauh gile dia pegi......agaknya dia guna teknik terbang melayang
Quote mattzzx 25-2-2015 06:25 PM
Ada lagi yang nak baca pasal ni??

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 11:04 PM GMT+8 , Processed in 0.155076 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top