CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Operasi Mencari Mh370 Perlu Dihentikan

3-3-2015 04:45 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 4284| Komen: 10

Description: Menurutnya, Satu Perbincangan Akan Diadakan Dalam Tempoh Beberapa Minggu Lagi Antara Australia Bersama Malaysia Dan China Bagi Memutuskan Kemungkinan Misi Pencarian Dihentikan.
Operasi Mencari Mh370 Perlu Dihentikan

GAMBAR bertarikh 10 April 2014 ini menunjukkan anggota tentera Laut Australia menyertai misi mencari pesawat MH370 di Lautan India.

CANBERRA – Timbalan Perdana Menteri Australia, Warren Truss menegaskan, pencarian pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 yang hilang bersama 239 penumpang dan anak kapalnya tidak boleh diteruskan untuk selama-lamanya.


Menurutnya, satu perbincangan akan diadakan dalam tempoh beberapa minggu lagi antara Australia bersama Malaysia dan China bagi memutuskan kemungkinan misi pencarian dihentikan.

“Satu keputusan perlu dibuat sebelum tarikh akhir misi pencarian pada Mei ini sama ada untuk meneruskan pencarian di kawasan 1.1 juta kilometer (km) persegi di sekeliling kawasan pencarian utama atau tidak.

“Waris-waris mangsa pasti sedih selagi pesawat dan mayat mangsa masih tidak ditemui, tetapi kita tidak boleh terus mencari selamanya. Cuma, apa yang boleh kita lakukan adalah melakukan sebaik mungkin dalam proses pencarian ini,” kata Truss yang juga Menteri Pengangkutan di Australia.

Beliau turut membandingkan misi pencarian MH370 yang merupakan paling mahal dalam sejarah dengan pencarian besar-besaran pesawat juruterbang wanita pertama, Amelia Earhart yang hilang pada 1937 ketika cuba mengelilingi dunia secara bersendirian.

Malaysia dan Australia akan berkongsi kos pencarian sekitar AU$52 juta (RM146 juta) tetapi Truss menegaskan mustahil untuk meneruskan pencarian tanpa bantuan antarabangsa. Faktor kewangan mungkin menjadi penentu sama ada tapak pencarian akan diluaskan selepas ini.

Sehingga kini, masih tiada petunjuk ditemui melibatkan pesawat MH370 yang hilang dari radar hampir setahun lalu pada awal pagi 8 Mac dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing, sekali gus dianggap kejadian paling misteri dalam sejarah industri penerbangan dunia.

Pasukan penyiasat percaya, pesawat itu terus terbang beribu-ribu kilometer dari laluan asalnya sebelum terhempas ke Lautan Hindi selepas kehabisan minyak. Misi pencarian melibatkan kawasan dasar laut seluas 60,000km persegi, kira-kira 1,600km dari bandar Perth.

15

Bagus
7

Marah
9

Terkejut
9

Sedih
6

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (50 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote BotakChinPeng 3-3-2015 01:57 PM
Setuju....
Quote buragazz 3-3-2015 02:04 PM
Setuju... mungkin aku tak faham perasaan keluarga mangsa tapi sangat membazir sbb klu terhempas mesti jumpa..
Quote Changa 3-3-2015 02:12 PM
buragazz replied at 3-3-2015 02:04 PM
Setuju... mungkin aku tak faham perasaan keluarga mangsa tapi sangat membazir sbb klu terhempas mest ...

tak semesti nya.
ada jah pesawat yg hilang tanpa dapat di kesan selama ini.
ini bukan kejadian yg pertama kali dalam sejarah duniawi ini.
Quote Nokiaman 3-3-2015 02:17 PM
Kalo ilang tang Segamat tapi cari kat Alor Setaq ..pehal....hentikan jerrr
Quote Muntz 3-3-2015 02:32 PM
Sepatutnya buat mcm Indon, lepas sebulan mencari, stop jah. No need to proceed further. Lagipun kena fikir dari sudut ekonomi. Buat kiraan pampasan dan insurans setiap mangsa dan pihak terlibat, jika jumlahnya sbg contoh RM100 juta. Kalau kos mencari lebih RM100 juta, stop jah.
Quote AMDTurion 3-3-2015 03:36 PM
So keluarga mangsa kena paham ler.
Quote retnoel 3-3-2015 05:05 PM
Harap kuarga mangsa dh bleh trima hakikat dan redha dgn ketentuan..
Quote magnus 3-3-2015 05:09 PM
Lg 5 hari genapla setahun...kan...sedih...
Quote sub5zero 4-3-2015 04:06 PM
95% blh jmpa bak kata orang tu...knp nk dihentikan?
Quote supernaturalee 4-3-2015 04:17 PM
pergi tak kembali

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 11:13 PM GMT+8 , Processed in 0.056204 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top