CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

Gadis Umur 14 Ditahan Nak Ke Syria Untuk Jihad

23-2-2015 02:06 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 10900| Komen: 47

Bakar mahkamah: Dua penuntut IPT ditahan polis berkaitan poster  provokasi

Khalid memaparkan poster provokasi tertera perkataan 'Mercunkan Mahkamah'  beserta dengan tarikh serta waktu yang beliau maksudkan. -Foto Twitter  @KBAB51


Polis menahan dua pelajar  institut pengajian tinggi susulan tindakan memuat naik risalah berbentuk  poster berunsur provokasi dalam media sosial yang dikaitkan dengan bantahan  terhadap sistem mahkamah.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar  berkata dua individu itu, seorang dari Universiti Selangor (Unisel) dan  seorang dari Universiti Sains Malaysia (USM), ditahan semalam.

@PDRMsia semalam telah menahan dua penuntut, (dari) Unisel  dan USM kerana muat naik itu. Mereka  akan direman,” kata Khalid dalam posting di akaun Twitternya pada jam 11.20  malam tadi.


Dalam tweet itu juga, Khalid memaparkan poster  provokasi tertera perkataan ‘Mercunkan Mahkamah’ beserta dengan tarikh serta  waktu yang beliau maksudkan.

Dalam pada itu, kira-kira sejam kemudian pada  jam 12.46 pagi tadi, Khalid sekali lagi membuat hebahan dalam akaun Twitter  beliau mengenai tangkapan seorang remaja perempuan bawah umur yang mahu berlepas  untuk berjihad bersama kumpulan millitan Islamic State (IS) di Syria.

@PDRMsia semlm telah  menahan seorg gadis b’umur 14 thn yg akan berlepas ke Syria melalui Mesir, utk  berjihad,” tweet Ketua Polis Negara itu.

Seorang  remaja perempuan bawah umur yang mahu berlepas untuk berjihad bersama kumpulan  millitan Islamic State (IS) di Syria, turut ditahan. -Foto Twitter  @KBAB51
Namun setakat ini tiada sebarang maklumat lanjut  disalurkan kepada media mengenai gadis berkenaan.

Sebelum itu pada Ahad, berkaitan kes membantah  sistem kehakiman juga, satu klip video berdurasi kira-kira satu minit  dimuat naik ke laman Youtube menggunakan akaun ‘Isis Malaysia 69′.

Seorang daripada empat lelaki dalam video itu  bertindak selaku juru cakap mengisytiharkan bahawa mahu meletupkan mercun di  mahkamah pada jam 11.30 malam ini sebagai memberi isyarat awal protes  mereka.

Dalam video yang turut dipamerkan beberapa botol  kaca menyerupai bom petrol atau molotov  cocktail itu, mereka juga mendakwa sistem demokrasi negara  ini dikatakan telah rosak.

Polis kini sedang bekerjasama dengan Suruhanjaya  Komunikasi dan Mulitimedia (SKMM) bagi menjejaki pemilik akaun  YouTube ‘Isis Malaysia 69′ itu serta empat lelaki dalam rakaman klip video  berkenaan.


Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote BotakChinPeng 18-2-2015 04:34 PM
Bagus lah
Quote nagapompuan 18-2-2015 04:37 PM
Lepaskan adja si gatal pooh key itu ke syria. Sudah berkecai lobang urine dan rektum bersatu jadik terowong, barulah tahu langit tinggit atau rendah.

Produk kebangkitan Isle songsang luaran, ginilah rupanya. Buta hati, baghal dan cetek rohaninye. Yg penting asal tutup litup. Bonjolan dijaga. Diharap nyah lah deme semua.
Quote chinta89 18-2-2015 04:39 PM
kite tgk nanti camana.
Quote ultra78 18-2-2015 04:40 PM
Parodi katanya. But who's laughing now?

Quote white_musk 18-2-2015 04:42 PM
kenapa 69 dikkkk?
Quote dinamokiev 18-2-2015 05:17 PM
Kesian budak-budak ni, boyfriend diorang kene penjara, xde sapa nak meliwat mereka
Quote AbukRokok 18-2-2015 06:00 PM
lepaskan lah dia...pergi meletupkan diri kt sana...kang dah besar dia pergi meletupkan diri kat pasar malam malaysia pulak
Quote yayaji 18-2-2015 06:01 PM
biar lah klu depa nak pi syria tu..lepaskan aje..tp jgn bagi masuk balik mesia w/pon merayu-rayu, biaq pi kat depa! sendiri yg nak pi kan..
Quote magnus 18-2-2015 06:05 PM
Dorang ni teringin nak jd hero..tp tak guna akal..emo je memanjang...yg budak 14 tahun tu mak ayahnya terrorist juga atau mcm mana tu?
Quote mattzzx 18-2-2015 06:05 PM
Biar betul 14 tahun??
Quote musangcomel 18-2-2015 06:22 PM
14thn dah nak menyerah diri ikut isis
spender pon mak ko beli lg dekk
otak kat lutut agaknya
Quote ultra78 18-2-2015 08:22 PM
Pergi ke sana untuk mengangkang la kan?
Quote Knowlee 18-2-2015 08:49 PM
ultra78 replied at 18-2-2015 08:22 PM
Pergi ke sana untuk mengangkang la kan?

Sah-sah kalo dia ke sana jadi lauk.
Quote dani-rox 18-2-2015 09:53 PM
lelaki cukup umur dr india yg student engineering tu pon setakat jadi kuli cuci jamban IS jah. Ni budak pompuan 14thn? jadi lauk lah ko dekk.

Quote primemova 18-2-2015 09:57 PM
Pergi sana tu x de masalah,,, nanti lepas 5 tahun dia balik malaysia yg jd masalah ... Masa tu dh jd hardcore isis... dan sebarkan lagi fahaman isi di malaysia
Quote saladin780 19-2-2015 12:27 AM
dani-rox replied at 18-2-2015 09:53 PM
lelaki cukup umur dr india yg student engineering tu pon setakat jadi kuli cuci jamban IS jah. Ni bu ...

X lah..nak jd bird of paradise ka birds of jannah apa nama tu..haha
Quote kimsa-ra 19-2-2015 12:39 AM
kesian muda lg..
actually bdk ni xfhm..
kurg didikan agama..
Quote dani-rox 19-2-2015 12:44 AM
saladin780 replied at 19-2-2015 12:27 AM
X lah..nak jd bird of paradise ka birds of jannah apa nama tu..haha

terinspirasi dgn bird of jannah dpt somi syria yg kendo githooo


Quote melinda_kerr 19-2-2015 01:01 AM
Yg duk buat hal sgt tu jgn lupa byr pinjaman ptptn sebelum diberhentikan. Sia2 byr tax bg pinjaman kt mangkuk2 mcmni.

Lihat semua komen(47)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 05:10 PM GMT+8 , Processed in 0.203935 second(s), 48 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top