KEPINGAN syiling emas yang ditemui kumpulan penyelam Israel. TEL AVIV – Sekumpulan penyelam skuba gempar apabila menemui hampir 2,000 keping duit syiling emas berusia lebih 1,000 tahun ketika menyelam di perairan Mediterranean, Israel, kata pihak berkuasa antikuiti Yahudi kelmarin. Harta karun itu dipercayai milik khalifah dinasti Islam Fatimiah yang mentadbir sebahagian besar kawasan di Asia barat Timur Tengah dan Afrika Utara dari tahun 909 hingga 1171 masihi. “Penemuan syiling emas itu adalah yang terbesar di Israel,” kata pihak berkuasa berkenaan dalam satu kenyataan. Menurutnya, syiling emas seberat sembilan kilogram itu ditemui beberapa minggu lalu di dasar laut sebuah pelabuhan purba, Caesarea, yang wujud pada era pemerintahan empayar Rom. “Pada mulanya penyelam-penyelam itu menyangka hanya me-nemui syiling mainan sehinggalah mereka sedar ia syiling sebenar. Beberapa keping syiling itu diambil untuk ditunjukkan kepada pengarah kelab selaman mereka bagi memaklumkan tentang penemuan itu,” kata pihak berkuasa. Pengarah Unit Arkeologi Maritim Pihak Berkuasa Antikuiti Israel, Kobi Sharvit berkata, beberapa ekskavasi akan dilakukan bagi mendapatkan lebih banyak petunjuk dalam usaha mengenal pasti asal usul harta karun tersebut. “Kemungkinan juga itu adalah bangkai sebuah kapal perbendaharaan yang dalam perjalanan ke pusat pemerintahan di Mesir serta membawa hasil cukai yang telah dikutip. “Terdapat kemungkinan syiling emas itu berasal dari kapal perbendaharaan yang karam ketika menuju ke pusat pemerintahan Dinasti Fatimiah di Mesir dengan membawa hasil cukai,” kata Sharvit. “Penemuan tersebut sangat berharga dan tidak ternilai,” kata seorang jurucakap, Yoli Schwartz. Menurutnya, harta karun itu hak Israel dan tiada ganjaran untuk mereka yang menemuinya. – Agensi
|
mbhcsf replied at 19-2-2015 08:21 AM
wah, depa dengan duit laaaa ...this people hehehe.....hahaha ...terus isytihar tu...isk...tak pe dun ...
famri7 replied at 19-2-2015 09:22 AM
Win2 situation sis..isle menang,israel pon menang!!..omg ada hubung kait kah diantara isle dn israel ...
famri7 replied at 19-2-2015 09:22 AM
Win2 situation sis..isle menang,israel pon menang!!..omg ada hubung kait kah diantara isle dn israel ...
AMDTurion replied at 19-2-2015 01:23 PM
Kerajaan islam tu pun dah x wujud. Sapa nk claim?
AbukRokok replied at 19-2-2015 02:56 PM
isis bole claim.... klu muka xmalu la
ADVERTISEMENT