CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bank HSBC digeledah pihak berkuasa

19-2-2015 12:40 PM| Diterbitkan: CMFreporter| Dilihat: 3415| Komen: 6

Description: GENEVA – Pihak berkuasa menggeledah beberapa pejabat bank Britain, HSBC di sini sebagai sebahagian siasatan kes penggubahan wang haram susulan dakwaan HSBC membantu sejumlah pelanggan untuk mengelak ...
GENEVA – Pihak berkuasa menggeledah beberapa pejabat bank Britain, HSBC di sini sebagai sebahagian siasatan kes penggubahan wang haram susulan dakwaan HSBC membantu sejumlah pelanggan untuk mengelak cukai berjumlah berjuta-juta dolar, kata pendakwa raya Switzerland.

“Susulan pendedahan baru-baru ini berkaitan Bank Persendirian HSBC (Switzerland), pihak pendakawa raya mengumumkan siasatan jenayah terhadap bank berkenaan kerana penggubahan wang haram,” kata pendakwa raya Geneva dalam satu kenyataan.

Operasi menggeledah itu dilakukan di ibu pejabat HSBC di sini yang diketuai oleh pendakwa raya, Olivier Jornot dan Yves Bertossa.

Pengumuman itu dibuat seminggu selepas HSBC Switzerland terjebak dalam skandal global susulan penyiaran beberapa fail rahsia.

Pendedahan umum itu yang dikenali sebagai kes SwissLeaks mendakwa cawangan HSBC Switzerland membantu sejumlah klien di lebih 200 buah negara untuk mengelak cukai melibatkan akaun berjumlah AS$119 bilion (RM428 bilion).

Fail itu yang turut mengandungi nama selebriti, penjual senjata dan ahli politik pada asalnya dicuri oleh bekas pekerja IT HSBC, Herve Falciani.

Menurut dokumen berkenaan, berbilion-bilion dolar disalurkan ke bank berkenaan selepas pelanggan di seluruh dunia cuba mengelak daripada membayar cukai di negara masing-masing. – AFP


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote revolusi_30 19-2-2015 08:10 AM
Harap siasat HSBC malaysia sekali la, tentu banyak pelanggan yg P&C.
Quote helmiex 19-2-2015 08:27 AM
Elok check semua bank.










Quote belilies 19-2-2015 11:05 AM
Dah tak boleh simpan duit haram kat swiss lagi ke maksudnya ni?
Quote kentel 19-2-2015 12:57 PM
belilies replied at 19-2-2015 11:05 AM
Dah tak boleh simpan duit haram kat swiss lagi ke maksudnya ni?

takpe...pulau cayman adee
Quote jengkoil 19-2-2015 01:04 PM
Kebal di tanah air..hanya ibarat kelkatu bertebangan di peringkat internazionale...

di padang matsirat hanya ibarat lipas yang merayau rayau ditepi kitchen cabinet..
Quote belilies 19-2-2015 01:37 PM
kentel replied at 19-2-2015 04:57 AM
takpe...pulau cayman adee

Hahaaa terbaekkk!

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 08:10 PM GMT+8 , Processed in 0.044920 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top