CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Israel Jumpa Wang Emas Khalifah Islam

19-2-2015 12:40 PM| Diterbitkan: CMFreporter| Dilihat: 5271| Komen: 18

Description: KEPINGAN syiling emas yang ditemui kumpulan penyelam Israel. TEL AVIV – Sekumpulan penyelam skuba gempar apabila menemui hampir 2,000 keping duit syiling emas berusia lebih 1,000 tahun ketika menyel ...

KEPINGAN syiling emas yang ditemui kumpulan penyelam Israel.
TEL AVIV – Sekumpulan penyelam skuba gempar apabila menemui hampir 2,000 keping duit syiling emas berusia lebih 1,000 tahun ketika menyelam di perairan Mediterranean, Israel, kata pihak berkuasa antikuiti Yahudi kelmarin.

Harta karun itu dipercayai milik khalifah dinasti Islam Fatimiah yang mentadbir sebahagian besar kawasan di Asia barat Timur Tengah dan Afrika Utara dari tahun 909 hingga 1171 masihi.

“Penemuan syiling emas itu adalah yang terbesar di Israel,” kata pihak berkuasa berkenaan dalam satu kenyataan.

Menurutnya, syiling emas seberat sembilan kilogram itu ditemui beberapa minggu lalu di dasar laut sebuah pelabuhan purba, Caesarea, yang wujud pada era pemerintahan empayar Rom.

“Pada mulanya penyelam-penyelam itu menyangka hanya me-nemui syiling mainan sehinggalah mereka sedar ia syiling sebenar. Beberapa keping syiling itu diambil untuk ditunjukkan kepada pengarah kelab selaman mereka bagi memaklumkan tentang penemuan itu,” kata pihak berkuasa.

Pengarah Unit Arkeologi Maritim Pihak Berkuasa Antikuiti Israel, Kobi Sharvit berkata, beberapa ekskavasi akan dilakukan bagi mendapatkan lebih banyak petunjuk dalam usaha mengenal pasti asal usul harta karun tersebut.

“Kemungkinan juga itu adalah bangkai sebuah kapal perbendaharaan yang dalam perjalanan ke pusat pemerintahan di Mesir serta membawa hasil cukai yang telah dikutip.

“Terdapat kemungkinan syiling emas itu berasal dari kapal perbendaharaan yang karam ketika menuju ke pusat pemerintahan Dinasti Fatimiah di Mesir dengan membawa hasil cukai,” kata Sharvit.

“Penemuan tersebut sangat berharga dan tidak ternilai,” kata seorang jurucakap, Yoli Schwartz.

Menurutnya, harta karun itu hak Israel dan tiada ganjaran untuk mereka yang menemuinya. – Agensi



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote TuntungReturn 19-2-2015 08:19 AM
israel telah menang
Quote mbhcsf 19-2-2015 08:21 AM
wah, depa dengan duit laaaa ...this people hehehe.....hahaha ...terus isytihar tu...isk...tak pe dunia dunia...
Quote abangbikerz 19-2-2015 08:28 AM
mbhcsf replied at 19-2-2015 08:21 AM
wah, depa dengan duit laaaa ...this people hehehe.....hahaha ...terus isytihar tu...isk...tak pe dun ...

Berambus lah ko.
Quote BigPanther 19-2-2015 08:44 AM
tiada ganjaran untuk the divers
menyesal seumur hidup depa tu
Quote dubuk 19-2-2015 09:07 AM
tiada ganjaran??

walaupun hadiah sebesar biji sawi??
Quote famri7 19-2-2015 09:22 AM
Win2 situation sis..isle menang,israel pon menang!!..omg ada hubung kait kah diantara isle dn israel?
Quote AbukRokok 19-2-2015 10:21 AM
bolehlah puaka isis start attack serael... tggu apa lg.
Quote AbukRokok 19-2-2015 10:24 AM
famri7 replied at 19-2-2015 09:22 AM
Win2 situation sis..isle menang,israel pon menang!!..omg ada hubung kait kah diantara isle dn israel ...

mistila ada ibarat abg dan adik yg beperang dingin rebut hrta pusaka mak ayoh.
Quote bangcak 19-2-2015 10:25 AM
famri7 replied at 19-2-2015 09:22 AM
Win2 situation sis..isle menang,israel pon menang!!..omg ada hubung kait kah diantara isle dn israel ...

Ada hubung kait dgn syiling purba mudah.my pulau pisang tak?
Quote stilla 19-2-2015 10:28 AM
Israel menang lagi !
Quote jetrofa 19-2-2015 10:29 AM
i wonder what is the current value coin emas tu..
Quote boyagombak 19-2-2015 01:19 PM
Menyesal seumo hidup pencari2 penyelam scuba doo. Ptt senyap2 jer jual. Lgpn itu bkn hasil mashul galian asal dlm tanah ka. Harta karun hak asal kerajaan Islam
Quote AMDTurion 19-2-2015 01:23 PM
Kerajaan islam tu pun dah x wujud. Sapa nk claim?
Quote AbukRokok 19-2-2015 02:56 PM
AMDTurion replied at 19-2-2015 01:23 PM
Kerajaan islam tu pun dah x wujud. Sapa nk claim?

isis bole claim.... klu muka xmalu la
Quote AMDTurion 19-2-2015 03:01 PM
AbukRokok replied at 19-2-2015 02:56 PM
isis bole claim.... klu muka xmalu la

X yah claim. Terus jer pi srg israel tu. Habis citer. Hehe.
Quote BelalangJuta 22-2-2015 10:05 PM
jujur org isreal ni...haha
Quote BelalangJuta 22-2-2015 10:05 PM
jujur org isreal ni...haha
Quote kerunai 22-2-2015 10:42 PM
Mmg dah tahu sejak dulu lagi..mereka mmg dah lama cari emas2 peninggalan khalifah islam..celaka lah kau wahai yahudi dan nasrani yg tak beriman pd Allah

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 12:38 PM GMT+8 , Processed in 0.060121 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top