CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

Ummi Nazeera kembali aktif berlakon

19-2-2015 11:41 AM| Diterbitkan: CMFreporter| Dilihat: 18161| Komen: 82

Description: Ummi Nazeera kembali aktif PELAKON berbakat besar, Ummi Nazeera mengakui sudah bersedia untuk kembali aktif di dalam bidang seni tahun ini. Sebagai permulaan, dia akan menjalani sesi penggamba ...
Ummi Nazeera kembali aktif


PELAKON berbakat besar, Ummi Nazeera mengakui sudah bersedia untuk kembali aktif di dalam bidang seni tahun ini.

Sebagai permulaan, dia akan menjalani sesi penggambaran drama Cik Puan Sinderella bersama aktor, Aeril Zafril minggu hadapan.

“InsyaALLAH minggu hadapan saya akan memasuki set penggambaran untuk drama yang difahamkan akan disiarkan di Astro.

“Selepas ini saya akan terus kembali aktif di dalam bidang seni,” ujarnya yang ditemui pada majlis pelantikannya selaku Duta Muhibah Kehormat Persatuan Bulan Sabit merah (PBSM) Negeri Terengganu.

Menurut aktres berusia 25 tahun ini, dia bertuah kerana mendapat tawaran lakonan yang sesuai dengan imejnya yang kini sudah dua tahun bertudung.

“Dulu memang saya risau apabila bertudung tidak banyak watak yang boleh saya bawa, tapi syukur Alhamdulillah, watak yang saya ditawarkan kepada saya sentiasa disesuaikan dengan imej saya sekarang.

“Malah dalam drama ini, saya tetap menutup aurat waima babak pada waktu tidur.

“Tak janggal untuk saya melakonkan babak bertudung di rumah kerana saya sudah biasa. Keluarga ada mengambil pembantu rumah lelaki (butler) jadi bila saya keluar bilik, saya akan pastikan saya bertudung,” ujarnya yang kini bernaung di bawah syarikat pengurusan artis, Uprising Entertainment Sdn Bhd.

Di tebak mengenai imejnya kini, Ummi berkata, biarpun bergelut dengan perasaan sendiri pada  mulanya, pemilik nama sebenar Ummi Nazeera Nur Hidayah Zainul Abadin ini mengakui semakin tenang.

“InsyaALLAH  saya akan pastikan inilah imej saya sampai bila-bila. Macam sekarang saya masih susah mencari pakaian yang sesuai dengan imej saya.

“Tapi apa yang penting, saya tahu ke mana hala tuju saya dan saya selesa dengan imej saya kini,” jelas pemilik Sarjana Muda Perniagaan dari Royal Melbourne Institute of Technology (RMIT) di Melbourne, Australia.

Sementara itu, berkongsi perasaannya dilantik sebagai duta PBSM negeri Terengganu, Ummi berkata, dia berharap pelantikannya itu sebagai galakan kepada golongan belia menyertai bidang kesukarelawan.

Ummi yang juga Pengarah Eksekutif Pointray (M) Sdn Bhd berkata, dia berharap dengan pelantikan itu dapat memberi lebih banyak ruang buatnya bagi menyertai aktiviti sukarelawan sekiranya berlaku bencana.

“Saya harap selepas ini saya berpeluang untuk turun padang membantu mereka-mereka yang terlibat bencana sekali gus dapat menarik minat golongan belia dan muda mudi di negeri ini untuk sama-sama menjadi sukarelawan,” katanya.




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote aseela 18-2-2015 03:14 PM


Quote aseela 18-2-2015 03:15 PM
dia ni dah kaya lagi raya...still respect bole ngaji dgn baik (program quran tv9)
keep it up ummi
Quote royaldanish 18-2-2015 03:19 PM
very humble...
Quote MistrezHermanaz 18-2-2015 03:21 PM
cantik sgt lepas berhijab..dulu2 x minat dia even mase dia berlakon Nur Kasih
Quote jerukkedondong 18-2-2015 03:29 PM
Dia berwajah perempuan melayu sejati...
Quote mawibotak 18-2-2015 03:36 PM
muka dia mcm vanidda imran...pompuan melayu terakhir
Quote aseela 18-2-2015 03:37 PM
mawibotak replied at 18-2-2015 03:36 PM
muka dia mcm vanidda imran...pompuan melayu terakhir

vee mamak ye..bukan melayu
Quote ajunara 18-2-2015 03:37 PM
bila pakai tudung lagi cantik
Quote barto 18-2-2015 03:40 PM
suka tgk ummi ngn diana amir lepas bertudung
Quote stania83 18-2-2015 03:41 PM
Agaknya dia ada hati tak dgn remy ishak lagi?
Quote kimsa-ra 18-2-2015 03:42 PM
MistrezHermanaz replied at 18-2-2015 07:21 AM
cantik sgt lepas berhijab..dulu2 x minat dia even mase dia berlakon Nur Kasih

sama la gn iols.. iols knal dia dlm awan dania.. skrg ni suka je tgk dia..
Quote DaisyD 18-2-2015 03:43 PM
bertambah cantik je dia ni. suka tengok
Quote hani_rose85 18-2-2015 03:45 PM
sejuk je nengok air mukanya...
watak dlm nur kasih mmg mjadi sgt..
Quote masnona 18-2-2015 03:57 PM
iols pun suka tgk die lps bhijab. manis je muka. go go go...
p/s: abg umi dh ada yg punya ke? iols nk masuk jarum. dpt naik kete pink jd la
Quote far_sya 18-2-2015 03:58 PM
wah sejak da berhijab makin cantik dia...lg cantik dr kakak dia tiz zaqiah...
Quote blairchuck 18-2-2015 03:58 PM
manisnya sheolss
Quote madeinborneo 18-2-2015 04:06 PM
Sekali tengok macam muka wardina. From certain angle. Cantik!
Quote biozipstar 18-2-2015 04:07 PM
ok.. aku nak komen satu je.. SIAPA YANG MENULIS ARTIKEL DEWASA KINI ? ASYIK GUNA PERKATAAN "DITEBAK"... semalam pun.. lupe artikel mane.. asyik2 ditebak ditebak ditebak... adeiii

ayat : "ditebak dengan soalan.... bla2" ditebak atau kata seerti, diajukan... oi.. ko baru taw gune perkataan ditebak ke??? tu je ko gune kan.. menyampah wey.. dua tiga kali repeat ditebak ditebak.. ku tembak kang.. hahahhaa.. kalau ko nak ayat power kan.. tukar tukar la.. apabila diajukan.. then perenggan kedua, ditebak.. lagi perenggan lain... hahahaha
Quote aseela 18-2-2015 04:15 PM
masnona replied at 18-2-2015 03:57 PM
iols pun suka tgk die lps bhijab. manis je muka. go go go...
p/s: abg umi dh ada yg punya ke? iols  ...

very the stylo brader...hi taste...ko kena statu-esque  type...bole la dia apply kebolehan dia kat ko..hahaha
macam bernard chandran dan his beautiful wifey...

Lihat semua komen(82)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-7-2024 02:45 AM GMT+8 , Processed in 0.052466 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top