Pelakon Jaafar Onn meminta selebriti yang menghinanya dengan memanggil dia sebagai ‘bapuk tua’ agar insaf dengan perbuatan itu kerana ia mencerminkan kelemahan diri sendiri. Jaafar, 64, berkata, dia sedikti pun tidak terkesan dengan hinaan berkenaan kerana sudah lali dengan pelbagai tohmahan sepanjang bergelar artis. “Saya nak pesan di sini, saya ni orang tua. Bila nak cakap sesuatu, nak kata sesuatu, fikirkanlah dahulu kata-kata itu,” ujarnya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini pada Selasa. Jaafar berkata demikian apabila diminta mengulas tindakan seorang personaliti hiburan popular mencercanya di laman Instagram dengan memanggil Jaafar sebagai bapuk tua selain meyamakannya dengan anjing. Jaafar Onn sudah lali dengan hinaan orang. Personaliti berkenaan dikatakan berbuat demikian selepas mengesyaki Jaafar telah melakukan perbuatan syirik dengan menyihirnya.
Malah personaliti itu turut memuat naik gambar Jaafar sedang bermain buih sabun dengan kapsyen seolah-olah jijik dengan perbuatan itu. Bagaimanapun gambar dan status berkenaan telah dipadamkan tetapi telah menjadi viral di Internet.
|
ADVERTISEMENT