CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Ladylista Hiburan MENARIK Lihat artikel

Dulu Dia Seorang Bapa, Kini Dia Seorang Ibu?

11-2-2015 11:32 AM| Diterbitkan: CMFreporter| Dilihat: 4250| Komen: 0

Description: LadyLista - Di Amerika syarikat, dua ibu tinggal bersama dan membesarkan 2 anak lelaki tidak menjadi masalah, namun yang menjadi masalah apabila salah seorang daripada ibu itu sebenarnya merupakan bap ...

LadyLista - Di Amerika syarikat, dua ibu tinggal bersama dan membesarkan 2 anak lelaki tidak menjadi masalah, namun yang menjadi masalah apabila salah seorang daripada ibu itu sebenarnya merupakan bapa kandung anak mereka.

Mengelirukan bukan? Chloe Prince tinggal bersama sebagai wanita dan ibu sejak 9 tahun yang lalu bersama pasangannya Rene (dahulu merupakan isterinya). Lahir sebagai Ted prince, Chloe menjalani pembedahan penukaran jantina di Thailand pada May 2008.

"Tiada sebarang isyarat sebelum dia bertukar jantina, ia sememangnya perempuan," kata Chloe yang memandang dirinya sebagai 'Magis, Ianya sangat magis."

Namun, ia jauh dari sesuatu keajaiban bagi Rene untuk melihat suaminya berubah menjadi Chloe, melihat suaminya bertukar menjadi seorang wanita untuk pertama kali.

"Saya bertemu dia di lapangan terbang selepas dia menjalani pembedahan, saya sangat takut jika saya tidak dapat mengecam rupa barunya," kata Rene apabila ditemubual.

Kekeliruan jantina dirasai oleh Chloe sejak kecil, ini kerana Chloe yang membesar sebagai Ted secara rahsia memakai baju kanak-kanak perempuan dan sentiasa ingin tahu bagaimana perasaan menjadi seorang perempuan. Pada 2003, selepas menjalani diagnosis, dia dikejutkan dengan berita yang dia mempunyai lebih kromosom X yang membolehkan dia untuk menjadi wanita.

Berakhir sebuah hubungan antara suami dan isteri?

Walaupun hidup bersama kerana memikirkan kepentingan anak-anak mereka, Rene tidak lagi selesa untuk rapat lebih intim dengan Chloe. Menerusi perkahwinannya dahulu sebagai Ted yang berkahwin dengan Rene, mereka dikurniakan 2 anak lelaki bernama Logan dan Barry.

"Saya beri Chloe amaran. Cukup sekadar ini. Saya tidak boleh teruskan. Saya berasa dia berfikir saya akan berubah sepertinya, tapi itu tidak akan terjadi. Walaupun kadang-kadang saya masih rasa ingin melakukan hubungan intim. tapi saya tidak lakukannya," tambah Rene.

Chloe dan Rene masih lagi peluk dan berciuman dikhalayak ramai tetapi perasaan itu padam disitu.

"Saya rindu saat bertemu janji dengan suami dan duduk disebelahnya berpelukan dan bercium. Saya tidak selesa melakukan itu sekarang," kata Rene.

Pada Chloe, dengan pertukaran jantinanya, dia menghadapi masalah hubungan dengan Rene kerana dia masih merasakan dia perlu melakukan kerja-kerja berat sama sewaktu dia adalah Ted. Ini kerana dia percaya dia merupakan ibu baru kepada anak-anaknya dan bukan ayah mereka. 





Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Kategori Berkaitan


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 07:09 AM GMT+8 , Processed in 0.100527 second(s), 22 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top