SHAH ALAM - Inisiatif kerajaan Malaysia sepanjang tahun 2014 berjaya merangsang pertumbuhan peluang pekerjaan, menurut sebuah laporan Indeks Pekerjaan Asia. Berdasarkan laporan itu, suku ke-empat 2014, pusat membeli-belah baru dan kemasukan produk antarabangsa menyumbang 31 peratus kenaikan untuk perkerjaan berkaitan pengiklanan dan jual-beli. Pengiklanan pekerjaan untuk pemasaran profesional berkembang sebanyak 55 peratus untuk mengikut kehendak syarikat dalam menarik lebih ramai pelanggan dan meningkatkan jualan. Bidang IT pula kekal sebagai antara bidang popular yang menyaksikan peningkatan sebanyak 75 peratus permintaan tenaga kerja. Peranan Malaysia sebagai hub logistik di Asia Tenggara juga menyumbang sebanyak 33 peratus peluang pekerjaan dalam bidang berkaitan. "Malaysia antara negara yang berkembang pesat dalam pemasaran di Asia Tenggara. Inisiatif oleh kerajaan Malaysia dan peningkatan operasi pemasaran terus menarik orang luar ke negara tersebut," kata Sally Raj, Pengarah Urusan Robert Walters Malaysia. "Syarikat-syarikat terus-menerus menarik bakat-bakat baru. Untuk memastikan peningkatan berterusan, pengambilan pengurus-pengurus memberi kesan elok dalam strategi mengekalkan prestasi. "2015 akan menjadi tahun yang menarik selepas ramai pihak mula mengambil berat mengenai cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang akan dilaksanakan April nanti." tambah beliau. http://www.sinarharian.com.my/nasional/indeks-pekerjaan-asia-it-kekal-bidang-popular-1.361483
|
21
Bagus |
21
Marah |
19
Terkejut |
10
Sedih |
14
Lawak |
8
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
makneng replied at 18-2-2015 07:47 AM
hikssssssss
makneng replied at 18-2-2015 08:24 AM
Nape? X percaya ke?
dino replied at 18-2-2015 08:56 AM
keje cyber cafe tak masuk list.... hrp maklong
cc @razhar @MissNigga @pyropura
ultra78 replied at 19-2-2015 12:32 PM
Kerja IT lebih bertumpu kepada service oriented, bukan lagi production. Kerja di call-center buat cu ...
melinda_kerr replied at 19-2-2015 12:35 PM
Sikitnya starting rm3k jer?
spiderman80 replied at 19-2-2015 12:10 PM
Spidey suspek ramai yang menyumbang kenaikkan sektor IT adalah mereka yang terlibat dalam bianes onl ...
ADVERTISEMENT