CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

Selebriti Panggil Jaafar Onn 'Bapuk Tua' Diminta Insaf

18-2-2015 12:30 PM| Diterbitkan: CMFreporter| Dilihat: 31311| Komen: 150

Description: PETALING JAYA: Pelakon Jaafar Onn meminta selebriti yang menghinanya dengan memanggil dia sebagai ‘bapuk tua’ agar insaf dengan perbuatan itu kerana ia mencerminkan kelemahan diri sendiri. Jaafar, ...
PETALING JAYA: Pelakon Jaafar Onn meminta selebriti yang menghinanya dengan memanggil dia sebagai ‘bapuk tua’ agar insaf dengan perbuatan itu kerana ia mencerminkan kelemahan diri sendiri.

Jaafar, 64, berkata, dia sedikti pun tidak terkesan dengan hinaan berkenaan kerana sudah lali dengan pelbagai tohmahan sepanjang bergelar artis.

“Saya nak pesan di sini, saya ni orang tua. Bila nak cakap sesuatu, nak kata sesuatu, fikirkanlah dahulu kata-kata itu,” ujarnya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini pada Selasa.

Jaafar berkata demikian apabila diminta mengulas tindakan seorang personaliti hiburan popular mencercanya di laman Instagram dengan memanggil Jaafar sebagai bapuk tua selain meyamakannya dengan anjing.


Jaafar Onn sudah lali dengan hinaan orang.

Personaliti berkenaan dikatakan berbuat demikian selepas mengesyaki Jaafar telah melakukan perbuatan syirik dengan menyihirnya.

Malah personality itu turut memuat naik gambar Jaafar sedang bermain buih sabun dengan kapsyen seolah-olah jijik dengan perbuatan itu.

Bagaimanapun gambar dan status berkenaan telah dipadamkan tetapi telah menjadi viral di Internet.

Dalam pada itu Jaafar berkata dia mengetahui mengenai status hinaan itu selepas dimaklumkan seseorang selain dihubungi ramai wartawan mengenai isu itu.

Kata Jaafar, dia sudah lama tidak berurusan dengan personality berkenaan dan terkejut bagaimana boleh timbul isu kononnya dia menyihir individu tersebut.

Kata Jaafar, tiada sebab dia hendak menyihir artis berkenaan kerana mereka tidak  bersaing dan masing-masing tidak mempunyai apa-apa kepentingan.

“Apa tujuan saya nak sihirkan dia? Siapa dia? Saya tidak pernah ada apa-apa urusan dengan dia pun? Jadi perlukah menuduh saya sedemikian rupa. Saya bersumpah tidak melakukan perbuatan itu,” katanya.



Tambah Jaafar lagi, dia berserah kepada Allah untuk memberi petunjuk kepada personaliti tersebut agar insaf dengan perbuatannya itu.







Bagus
2

Marah
4

Terkejut
9

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (17 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote LiveYourLife 18-2-2015 01:13 AM
Pelakon Jaafar Onn meminta selebriti yang menghinanya dengan memanggil dia sebagai ‘bapuk tua’ agar insaf dengan perbuatan itu kerana ia mencerminkan kelemahan diri sendiri.


mesti jd berpanjangan kes ni...
Quote CrowneGlory 18-2-2015 01:13 AM
Dah 64 thn? Mcm kesian pulak panggil dia bapok tua walau mcm kena pulak
Quote mikimius 18-2-2015 01:14 AM
I love u papa onn
Quote enchikfitz 18-2-2015 01:23 AM
Meols percaya jah JO ni baik. Tak santau orang. Sebab bila tgk dia je, nmpk la dia ni jenis humble gitu.
Quote kimsa-ra 18-2-2015 01:32 AM
jaafar onn ni dh 64 rupanya..dh warga emas
xde kerja dia nk sihirkn org dikala usia begitu
Quote fry_paranoid 18-2-2015 01:46 AM
Xsgke kot dah 64 muke maintain mcm 4oan jer.. btw ckp psl japar on teringt pule cite cili padi.. waktu tu kecik lagi sekolah pun belum.. mmg xperna miss tgk episod by episod sampaila muncul watak zizie izette waktu tu dah xbes sbb byk pelakon lame dah xder
Quote sixret 18-2-2015 01:51 AM
Sedikit demi sedikit, pekung AA terbuka. hmmm.

Kita yang bukan di sekeliling AA, pasti tertanya-tanya kenapa la ramai yang bergaduh dengan AA. Masalah sikap dan tak boleh kontrol mulut sebenarnya.

Kita yang tak kenal AA 100% terhibur je ngan AA. Sebab dia lawak. Tapi kalau kita rapat ngan dia, baru tahu.
Quote toxicated 18-2-2015 02:27 AM
Ntah2 ustaz tu sebenanye ckp aa santau diri sendiri.maybe clue ustaz ni bapok tua kot..tp aa salah pangkah jo..
Quote eyansss 18-2-2015 03:34 AM
entah nape aku rasa AA ni macam dah gila meroyan...  he needs help...  kena jumpa psychiatrist ni...
Quote Toppaz 18-2-2015 07:04 AM
Apa tujuan saya nak sihirkan dia? Siapa dia? Saya tidak pernah ada apa-apa urusan dengan dia pun? Jadi perlukah menuduh saya sedemikian rupa. Saya bersumpah tidak melakukan perbuatan itu,” katanya.


Hahh.. khen! kena sebijik.. J.O sendiri persoalkn sapa diva AA iteww utk di sihir..
Quote yusryimran 18-2-2015 07:11 AM
Jangan dilayan Si AA ni baik buat x reti aje..
Quote makneng 18-2-2015 07:27 AM
Jakpa on: AA who????
Quote de_ikea 18-2-2015 07:36 AM
toxicated replied at 18-2-2015 02:27 AM
Ntah2 ustaz tu sebenanye ckp aa santau diri sendiri.maybe clue ustaz ni bapok tua kot..tp aa salah p ...

Punchline uols mmg win.
Tp iols setuju 200%

:lol
Quote revolusi_30 18-2-2015 07:42 AM
Sapa yg sebut nama Jafar On ?
Quote aireen24 18-2-2015 07:53 AM
enchikfitz replied at 17-2-2015 05:23 PM
Meols percaya jah JO ni baik. Tak santau orang. Sebab bila tgk dia je, nmpk la dia ni jenis humble g ...

Dia ni biasa jr. Kalau sapa dia, dia elok jr layan, walaupun bukan peminat dia.

Anak dia jadi p.a dia. Anak dia dah besar dah. Dia kata baik anak dia kerja dengan dia, at least dia boleh jaga anak dia punya time solat etc dari biar anak dia kat luar terhuhuhaha..

walaupun  dia lembut, dia dah berjaya didik anak dia..

Anak dia hensem...
Quote MatDeghem 18-2-2015 07:54 AM
lebih baik jadi bapok tua dari jadi bapok sewel. Tua memang semua org akan jadi tua. Tapi hanya segelintir je yg boleh jadi sewel
Azwan Ali dah chronic sewel dia. Sewel to the highest level.
Yg rajin layan dia kan reporter & TV station untok panaskan issue. Business strategy. Tapi si bapok sewel tak sedar yg dia di pergunakan oleh media2 . Tah2 yg santau dia akak dia si umi halfidah. Keluarga sendiri haru beru.
Quote MatDeghem 18-2-2015 08:01 AM








bapok sewel negara telajak laris

Quote MatDeghem 18-2-2015 08:09 AM


suka main bomoh lah si bapok sewel
Quote honeybee1802 18-2-2015 08:16 AM
aireen24 replied at 18-2-2015 07:53 AM
Dia ni biasa jr. Kalau sapa dia, dia elok jr layan, walaupun bukan peminat dia.

Anak dia jadi p ...

Walaupun jo nampak lembut tp still anak aku ckp physically dia lg...tp kalo aa mmg anak aku kerut dahi confused takleh ckp jamtan betina....so yg bapok?

Lihat semua komen(150)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-7-2024 06:03 PM GMT+8 , Processed in 0.175529 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top