CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Hafiz ukir sejarah di DFP

10-6-2013 10:31 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 13109| Komen: 56

Hafiz

Alyah


Gandingan Hafiz dan Alyah ketika menyanyikan lagu Ombak Rindu
dan Muara Hati nyata menusuk kalbu.

SEJAJAR dengan kejayaan demi kejayaan yang dicapai oleh Hafiz Suip, 23, nyata beraksi di pentas gah, Dewan Filharmonik Petronas (DFP) Kuala Lumpur memberikan satu pengalaman tersendiri buat artis muda ini.

Beraksi menerusi slot DFP Spotlight pada malam Isnin lalu, Hafiz membuktikan bahawa artis baru sepertinya juga mampu menempatkan diri sebaris dengan artis solo berkelas A.

Melahirkan rasa bangga kerana mimpi untuk membuat persembahan konsert sendiri menjadi kenyataan, Hafiz mengaku tidak mampu menggambarkan perasaannya dengan kata-kata apabila ditemui selepas selesai persembahan selama satu jam setengah itu.

“Saya percaya, ramai lagi artis di luar sana yang menyimpan hasrat untuk mengadakan persembahan di pentas berprestij DFP.

“Kalau ditanya, saya sendiri pun masih tak percaya yang saya dah pun jejakkan kaki di DFP dan buat persembahan untuk peminat di sini.

“Macam mimpi... Apa pun, saya berbesar hati dengan peluang dan kepercayaan yang diberikan. Sesungguhnya bukan satu perkara yang dijangka.

“Bagi saya ini adalah satu lagi kejayaan yang mencantikkan lagi perjalanan seni saya," ujarnya.

Mengulas mengenai pengalaman mengadakan konsert pertama kata Hafiz, banyak yang dipelajarinya sebagai artis muda yang belum pernah punya peluang sebegitu.

“Satu yang saya belajar, persembahan konsert tak macam kita buat persembahan di acara biasa.

“Konsert memerlukan tenaga yang banyak. Saya mengaku berlaku kejadian apabila suara saya agak ‘tergelincir’ sedikit semasa menyanyi.

“Itu berlaku kerana saya agak penat sebab menjalani latihan nyanyian sebelumnya.

“Saya mohon maaf. Itu pengajaran buat saya. Selepas ini, Insya-Allah, kalau ada peluang mengadakan konsert lagi, saya akan lebih berhati-hati dan sampaikan yang terbaik," katanya.

Dalam pada itu, anak kelahiran Kuching, Sarawak ini berkata, dia tidak menyangka sokongan padu yang diterima daripada peminat kerana measakan dirinya masih kerdil.

“Jujurnya, saya ingat tak ada orang nak datang ke konsert ini. Ternyata telahan saya meleset. Kerusi dewan semuanya penuh dan saya lihat ramai peminat saya tak kira usia semuanya hadir memberi sokongan.

“Ini menjadi penguat semangat untuk saya memberikan yang terbaik buat semua yang hadir," katanya.

Magis Hafiz

Sepanjang malam persembahan berlangsung, Hafiz berjaya memberikan persembahan bertaraf profesional.

Menyajikan 13 buah lagu tanpa henti, produk yang lahir daripada program realiti televisyen Akademi Fantasia musim ketujuh (AF7) ini mudah mencairkan hati peminat yang setia menunggu sedari awal.

Antara seleksi lagu yang menjadi ‘mainannya’ pada malam itu adalah, Noktah Cinta, Masih Jelas, Ku Akui dan Matahari.

Selain itu, Hafiz juga bijak mengambil hati peminat dengan menyampaikan medley klasik lagu Ilham Pujangga dan Pelangi Petang.

Bagi menampilkan kelainan, dia juga menyelitkan lagu Inggeris seperti When I Was Your Man nyanyian asal Bruno Mars, She Will Be Loved (Maroon 5) dan I Believe I Can Fly (R Kelly).

Lebih menarik, Hafiz juga turut menampilkan penyanyi Alyah dalam gandingan untuk sajian lagu popular Ombak Rindu dan Muara Hati.

Sebelum penonton pulang, Hafiz menghadiahkan lagu Bahagiamu Deritaku dan Awan Nano yang nyata memberikan kepuasan buat penyokongnya pada malam itu.


1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote beta_carotene 9-6-2013 10:50 PM
ingatkan Royal Albert Hall kaa..

















Quote schmashion11 9-6-2013 10:51 PM
buruknye baju.skali tgk macam jersi.
Quote skymania 9-6-2013 10:52 PM
beta_carotene posted on 9-6-2013 10:50 PM
ingatkan Royal Albert Hall kaa..

ko jgn.. ada hati nak buat seken konsert kat RAH tuh... kau ada..dok hangkut punggah seme orng dr mesia gi tgk situh..
Quote achik2009 9-6-2013 10:53 PM
beta_carotene posted on 9-6-2013 10:50 PM
ingatkan Royal Albert Hall kaa..

motip?....
takpe...kita tunggu Ana Raffali perform kat RAH nanti ye...pasti meletop gitu....
Quote achik2009 9-6-2013 10:54 PM
skymania posted on 9-6-2013 10:52 PM
ko jgn.. ada hati nak buat seken konsert kat RAH tuh...  kau ada..dok hangkut punggah seme or ...

sapakah iteww?...
Quote beta_carotene 9-6-2013 10:57 PM
achik2009 posted on 9-6-2013 09:53 PM
motip?....
takpe...kita tunggu Ana Raffali perform kat RAH nanti ye...pasti meletop gitu....

tak paham sarkastik ko neh.. xpelah.. i'll pass

@skymania

Quote achik2009 9-6-2013 11:05 PM




Quote beta_carotene 9-6-2013 11:06 PM
skymania posted on 9-6-2013 09:52 PM
ko jgn.. ada hati nak buat seken konsert kat RAH tuh...  kau ada..dok hangkut punggah seme or ...

kannnnn.. kang yang datang? set2 belacan jugak..
Quote achik2009 9-6-2013 11:07 PM








Credits: Fanpage Hafiz AF7
Quote beta_carotene 9-6-2013 11:10 PM
okkay lah.. respek hafiz neh ..
muda2 dh leh wat konsert besar2..
Quote bantal_busuk 9-6-2013 11:11 PM
ingat kan dfp tu luar negara.. ta tahu singkatan tu apa.. baru je nak bangga sekejap.
Quote September14 9-6-2013 11:14 PM
wow teringn nak dgr alyah ngn hafiz duet, 2-2 iols minat, klu ada utube tu tepek la cni...
Quote September14 9-6-2013 11:16 PM
aku rasa dia dah leh masuk senarai A-list artis.. hebat la artis muda dpt buat konsert solo zaman skg nih..
Quote achik2009 9-6-2013 11:17 PM
September14 posted on 9-6-2013 11:14 PM
wow teringn nak dgr alyah ngn hafiz duet, 2-2 iols minat, klu ada utube tu tepek la cni...

ada kat YT tapi audio je sbb katanya kat dlm dewan tu penonton tak bole nak rakam gambar atau video....
Quote September14 9-6-2013 11:22 PM
achik2009 posted on 9-6-2013 11:17 PM
ada kat YT tapi audio je sbb katanya kat dlm dewan tu penonton tak bole nak rakam gambar atau vide ...

bagi link leh achik?
Quote September14 9-6-2013 11:23 PM
achik2009 posted on 9-6-2013 11:17 PM
ada kat YT tapi audio je sbb katanya kat dlm dewan tu penonton tak bole nak rakam gambar atau vide ...

tp ada tertgk dia nyanyi lagu when i was ur man kt utube, ada jugak yg curi2 rakam..
Quote achik2009 9-6-2013 11:25 PM
September14 posted on 9-6-2013 11:22 PM
bagi link leh achik?

[youtube]RZSOJvY-Ugc[/youtube]

[youtube]hpYQV-U4H2w[/youtube]
Quote achik2009 9-6-2013 11:26 PM
September14 posted on 9-6-2013 11:23 PM
tp ada tertgk dia nyanyi lagu when i was ur man kt utube, ada jugak yg curi2 rakam..

ha'ah....curi2 rakam...
Quote lina21 9-6-2013 11:26 PM
best hafiz nyanyi(dengar kat YT)
tapi kenapa baju hafiz buruk sgt

Lihat semua komen(56)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 05:54 AM GMT+8 , Processed in 0.039431 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top