Hairi Teruja Bakal Bergelar Bapa JUARA Anak Wayang musim pertama, Hairi Safwan mengakui teruja untuk bergelar bapa setelah isterinya, Fara Afiza Azman kini sedang hamil enam bulan. Memandangkan ia merupakan pengalaman pertamanya, pelakon telefilem Sopeah Jin ini banyak meminta nasihat daripada keluarganya bagi memastikan kandungan isterinya dalam keadaan baik. “Alhamdulillah, isteri saya dijangka bersalin pada awal Jun nanti. “Saya tak tahu sifat ibu mengandung macam mana, jadi saya lebih suka merujuk pada keluarga. Biasanya, saya akan layankan apa saja kehendak isteri terutamanya jika ia membabitkan makanan.
“Jika Fara teringin makan masakan saya, saya akan cuba masakkan. Buat masa ini, saya pernah memasak lauk mudah-mudah seperti masak lemak ketam, tomyam dan masak kicap,” katanya ketika pelancaran teater Mek Mulung, Putera Cahaya Bulan. Pasangan yang bernikah pada Mac 2014 di Pulau Pinang ini juga tidak kisah dengan jantina bayi anak mereka itu kelak. “Ketika melakukan imbasan hari itu, kami masih tidak nampak jantinanya. Kalau ikutkan saya, saya mahukan sepasang anak kembar. “Tapi, tak kisahlah, asalkan bayi ini nanti dapat menggembirakan kami dan kedua-dua belah keluarga kami,” kata Hairi. Hairi juga bakal terlibat dalam pementasan Mek Mulung, Putera Cahaya Bulan yang akan dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya, 28 Februari dan 1 Mac. Meskipun hanya tampil dalam satu babak, Hairi memberitahu, tawaran ini diterima kerana mahu membalas budi Persatuan Penggerak Warisan Seni Budaya Negeri Kedah (Akrab) yang juga penggerak teater ini. “Saya membawa watak Wak Nujum yang hanya ada satu babak dan muncul seketika. “Tapi, itu bukanlah hal yang besar, saya bersama Akrab sejak 2001. Banyak pengalaman yang saya timba ketika menganggotai kumpulan ini sebelum melanjutkan pengajian dalam jurusan teater di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara), " katanya. |
13
Bagus |
Marah |
Terkejut |
Sedih |
9
Lawak |
2
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
etonjelita replied at 12-2-2015 10:35 AM
Sian si hairi dlm hlive . dia dok canang x da sponsor nk beranak kt private.. Terpaksa bini kesayang ...
cahayahati replied at 12-2-2015 07:58 AM
Geram betul iols lau tgk hairi ni berlakon jd jahat.....rse nak hempuk2 die...
Btw,tahniah dah ...
etonjelita replied at 12-2-2015 08:35 AM
Sian si hairi dlm hlive . dia dok canang x da sponsor nk beranak kt private.. Terpaksa bini kesayang ...
etonjelita replied at 12-2-2015 10:35 AM
Sian si hairi dlm hlive . dia dok canang x da sponsor nk beranak kt private.. Terpaksa bini kesayang ...
etonjelita replied at 12-2-2015 10:35 AM
Sian si hairi dlm hlive . dia dok canang x da sponsor nk beranak kt private.. Terpaksa bini kesayang ...
ADVERTISEMENT