CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

Sarimah Lega Pernikahan, Penceraian Sah

16-2-2015 10:24 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 16423| Komen: 56

Description: Sarimah Mengemukakan Permohonan Pengesahan Pernikahan Dan Penceraian Dengan Bekas Suaminya Itu Kerana Artis Itu Bakal Bernikah April Depan.
Sarimah Lega Pernikahan, Penceraian Sah


KUALA LUMPUR - Pengacara dan penyanyi, Sarimah Ibrahim lega selepas Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan mengesahkan pernikahan dan penceraiannya dengan bekas suaminya warga Australia, enam tahun lalu adalah sah dan mengikut hukum syarak.

Hakim Syarie Umamuddin Yunus memutuskan demikian selepas berpuas hati dengan keterangan diberikan pasangan berkenaan.
       
Sarimah dan Amir Andrew John Browning hadir ke mahkamah dua hari berturut-turut bagi mendapatkan pengesahan pernikahan mereka di Islamic Foundation of Ireland pada 13 Mei 2006 dan lafaz cerai yang dibuat Andrew di rumah mereka di Mont Kiara pada 15 Mei 2009.
       
Sarimah mengemukakan permohonan pengesahan pernikahan dan penceraian dengan bekas suaminya itu kerana artis itu bakal bernikah April depan.
       
Pada prosiding semalam, Sarimah dan bekas suaminya memberi kenyataan berhubung penceraian itu.
       
Sarimah menyatakan bahawa Andrew melafazkan “I divorce you” sebanyak tiga kali sambil disaksikan tiga adik lelakinya.
       
Hakim mensabitkan jatuh talak tiga kali pertama terhadap mereka dan mengarahkan penceraian itu didaftarkan.
       
Sementara itu, Sarimah yang diwakili peguam Marlina Amir Hamzah hadir ke mahkamah ditemani tunang dan adik lelakinya.
       
Sarimah dan Amir bercerai selepas berkahwin hampir empat tahun dan tidak dikurniakan cahayamata.
       
Penyanyi yang popular dengan lagu ‘Kini Kau Tiada’ itu bakal melangsungkan pernikahan dengan Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar atau Tunku Jamie.
       
Majlis bakal berlangsung di Hotel Prince ada April depan.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote skymania 14-2-2015 09:23 AM
Punye lama bru di sahkan?
Quote cik_kembong 14-2-2015 09:27 AM
Ni sama kes mcm artis veteren tu...dah nak kawin baru, baru g daftarkan pengesahan penceraian...

Anyway...all the best to sarimah & tengku jamie....moga kekal till jannah...
Quote mixed 14-2-2015 09:36 AM
Gila lama nk sahkan penceraian
Dah jd trend la gamaknya
Cerai thn 2000 bla bla sahkan thn 2020 gitu
Quote GUNDUT 14-2-2015 09:57 AM
Jamie ni la yang kena belasah dengan TMJ tu kan? Royalty yang kena reject dengan rakyat N9.
Quote whadda 14-2-2015 10:27 AM
laaa... baru sah.... punye le lama aku dengar diorang cerai...
Quote alesandra 14-2-2015 10:58 AM
aku amat berharap sgt2 dia sambung balik la kat mixfm nanti2...bosan aku dengar aishah sinclair tu plain,boring nak mampos
Quote batman_2007 14-2-2015 11:38 AM
GUNDUT replied at 14-2-2015 09:57 AM
Jamie ni la yang kena belasah dengan TMJ tu kan? Royalty yang kena reject dengan rakyat N9.

Oh eh..
Bila tu uols..

Jamie bukan duda ke
Quote alieyrina 14-2-2015 12:13 PM
Tekejut aku..bila masa lak dia nikah dgn tengku tu..cita lama rupanya..

aku suka dia hos, dj, belakon becakap...lawak..
Quote ida88 14-2-2015 12:17 PM
alesandra replied at 14-2-2015 10:58 AM
aku amat berharap sgt2 dia sambung balik la kat mixfm nanti2...bosan aku dengar aishah sinclair tu p ...

iols ingat iols sorg je rse aishah tu bosan
i prefer sarimah lagi dr aishah


Quote alesandra 14-2-2015 12:50 PM
ida88 replied at 14-2-2015 12:17 PM
iols ingat iols sorg je rse aishah tu bosan
i prefer sarimah lagi dr aishah

kann.rod dah ok.aishah tu ya ampun... boring beno.dulu2  kdg2 sarimah on leave..ada je diorg gantikan dgn nadine.dia pun okey lagi.suka dengar mix pepagi sbb selection lagu2 dia sesuai ngan iols.terpksa la layan hitz ke era johara...
Quote beatgirlX 14-2-2015 01:14 PM
semoga sarimah temui sinar bahagia dengan tengku j ni
Quote Aya_Osman 14-2-2015 01:41 PM
smg pernikahan kali ni kekal till jannah...








Quote sponges 14-2-2015 02:46 PM
Tu dia talak 3 terus. Lamanya nak sahkan
Quote aina_shaira 14-2-2015 03:32 PM
alesandra replied at 14-2-2015 12:50 PM
kann.rod dah ok.aishah tu ya ampun... boring beno.dulu2  kdg2 sarimah on leave..ada je di ...

Hi sis, nak tanya. U duk dgr radio omputeh, English u improve x?
Quote GUNDUT 14-2-2015 06:06 PM
http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2009/09/17/perang-besar-dua-keluarga-diraja/
Quote ramura 15-2-2015 12:10 AM
Samsengnya tmj
Quote noraidil_06 15-2-2015 01:08 AM
GUNDUT replied at 14-2-2015 09:57 AM
Jamie ni la yang kena belasah dengan TMJ tu kan? Royalty yang kena reject dengan rakyat N9.

Nape rejek? Tu ganti yg skrg ek? Bagus gak sistem undang luak bagai ni.x de la ntah sape2 je naik jd raja.
Quote darlingangel 15-2-2015 01:16 AM
cantik dia dalam gambar ni. elegant, classy, manis
Quote moocoww 15-2-2015 01:30 AM
sarimah ni kalau dah start bercakap mmg x reti berenti...pok pek...pok pek...apa2 pun mmg suka sgt tgk dia..

Lihat semua komen(56)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-7-2024 08:13 AM GMT+8 , Processed in 0.749410 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top