Tasha Shilla Perjelas Isu 'Escort Girl' KUALA LUMPUR - Pelakon sensasi, Natasha Sheila Abdul Razak atau lebih dikenali sebagai Tasha Shilla, 28, tampil mengadakan sidang akhbar untuk menjelaskan situasi yang mengaitkannya sebagai gadis peneman (escort girl). Menafikan perkara tersebut, Tasha tegas mahu mengambil tindakan terhadap sebuah stesen televisyen yang telah mencalarkan maruah dan reputasinya menerusi siaran pada 8 Februari lalu. "Sepatutnya soalan yang diajukan tidak merujuk terus kepada saya atau mendakwa saya sebagai escort girl kerana saya tidak pernah dipanggil oleh sesiapa mahu pun terbabit dengan kegiatan tersebut. "Namun, selepas saya menjawab soalan tersebut nama saya menjadi buruk dan kecoh diperkatakan di media sosial dan internet seolah-olah memperlihatkan saya bersalah. "Jadi, saya akan menghantarkan surat amaran kepada pihak terbabit dalam minggu ini juga dan akan melihat tindakan susulan daripada mereka," katanya yang ditemui di Delicious, Bangsar pagi tadi. Tasha hadir bersama teman lelakinya, Hans dan peguam Fahda Nur Ahmad Kamar.
|
ADVERTISEMENT