CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

Mahkamah Tolak Saman Terhadap Zizan Razak

11-2-2015 03:14 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 18963| Komen: 68

Mahkamah tolak saman terhadap Zizan Razak



KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini, hari ini mengetepikan saman bekas pembantu peribadi pelawak dan pelakon, Zizan Razak (gambar) terhadap artis itu berhubung pembekuan akaun Wire Fame Entertainment Sdn Bhd.

Hakim Datuk John Louis O'Hara membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan Zizan, yang merupakan defendan kedua.

Dalam saman berkenaan, Marina Juki (plaintif) mendakwa beliau mengalami keaiban tetapi tidak menunjukkan bagaimana beliau mengalaminya, kata hakim itu ketika mengumumkan keputusannya.

Beliau berkata, plaintif juga gagal mendapat kebenaran untuk memohon tindakan dikenakan terhadap defenden ketiga seperti yang diperlukan mengikut Seksyen 181 A(1) Akta Syarikat.

Hakim itu memerintahkan kos RM10,000 dibayar kepada Zizan dan RM10,000 kepada Maybank Islamic Berhad.

Pada 30 September tahun lepas, Marina, 31, menyaman Maybank Islamic Berhad, Zizan atau nama sebenarnya Mohd Razizan Ab Razak, 31, dan Wire Fame Entertainment Sdn Bhd kerana peranan mereka dalam membekukan akaun syarikat itu.

Wanita itu mendakwa beliau mengalami kerugian besar dari segi wang kerana artis yang bernaung di bawah syarikat berkenaan tidak lagi berminat membaharui kontrak masing-masing memandangkan pembekuan akaun syarikat itu membayangkan ia menghadapi masalah.

Peguam Harjit Sandhu mewakili Marina, manakala Zizan dan Wire Fame masing-masing diwakili peguam Rishwant Singh dan Jimmy Liew. 


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote judicata 11-2-2015 09:25 AM
adeh... ingat nak dpt duit dari zizan tp alih2 kena bayar plak duit RM10k pada zizan & maybank
Quote lolali 11-2-2015 09:35 AM
x pepasal dia yg kne bayar..
Quote sribayu 11-2-2015 09:36 AM
Marina ni bekas pembantu peribadi ? kenapa selama ni kata pengurus? isehman...x reti beza ke theyoll ni?
Quote iloveyou 11-2-2015 09:47 AM
ingtkn dpt duit, last2 kene byr blek kt zizan, bukti x kuat ke
Quote ResellerMaxis 11-2-2015 09:49 AM
sribayu replied at 11-2-2015 09:36 AM
Marina ni bekas pembantu peribadi ? kenapa selama ni kata pengurus? isehman...x reti beza ke theyoll ...

pembantu peribadi kepada zizan..merangkap pengurus syarikat zizan..
Quote stilla 11-2-2015 09:54 AM
Kah!Kah!Kah! Bagai nak pecah perut! Last-last sendiri rugi 20K kena bayar kerugian!
Ingat boleh lah nak saman berjuta-juta ye?
Quote kucen_miang 11-2-2015 10:06 AM
mesti fanataik jijan beraya welwel hari ini.
Quote amon_79 11-2-2015 10:40 AM
nak saman org bukti kena la kukuh...mcm lisdawati gigih gi sana sini kumpul bukti masa nk saman nadia mustafa tu... sampai 2 hospital gak le sheols pegi nk buktikan masih dara... patutnya sheols move on je la tubuh company sendri bukan mahal pon bayar nk daftar syrikat drpd kena byr rm20k tu...
Quote ecahaha 11-2-2015 10:42 AM
amon_79 replied at 11-2-2015 10:40 AM
nak saman org bukti kena la kukuh...mcm lisdawati gigih gi sana sini kumpul bukti masa nk saman nadi ...

kan.. x memasal je lesap 20k.. sian plk kt marina neh..
Quote sara_thrash 11-2-2015 10:57 AM
itulah niat tu dari mula lagi tak baik kot, nak duit org alih2 duit dia yg terbang.. ko dah ada perintah mahkamah nak langgar pun tak boleh nak tak nak kena bayar jugak
Quote Syd 11-2-2015 11:01 AM
pakcik kayo!!
Quote sekel 11-2-2015 11:11 AM
nawaitu tu dr mula sebenarnya untuk apa >>>>>> AIBKAN Zizang

wahai Marina, ko kuarkan lh 20K, pas tu bayar Zizang & Maybank

Jgn ko plk disaman dia org  
Quote rayna_raynes 11-2-2015 11:22 AM
iloveyou replied at 11-2-2015 09:47 AM
ingtkn dpt duit, last2 kene byr blek kt zizan, bukti x kuat ke

Oriiginating summons tu banyak loophole rasanya. Hire lg lawyer setengah masak.

Quote fredza 11-2-2015 11:26 AM
jijan...jijan
Quote katakau 11-2-2015 11:53 AM
bertabahlah anak pak juki..terbang duit terbang..
Quote PongKang 11-2-2015 12:11 PM
Untung zizan n mbb dpt free 10k each
Quote palmolive 11-2-2015 12:17 PM
banyak tu 20k...leh wat bayar donpeymen rumah dah
Quote noraidil_06 11-2-2015 12:41 PM
Cari mkn melalui zizan, pastu ko nk khianat dia.amik nak.
Quote anno_miss 11-2-2015 12:57 PM
Huhu kesian..bukti x kukuh nk saman ni yg padah sendiri...baik berbincang leklok kt luar

Lihat semua komen(68)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 11:33 PM GMT+8 , Processed in 0.060090 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top