1. Anemia (Buah) Kandungan zat besi dalam 100 gram buah kedondong mencapai 30 mg,yang dapat membantu proses pembentukan sel darah merah. 2. Kecantikan Kulit Wajah dan Tubuh (Buah) Oleh kerana kaya dengan zat besi, buah kedondong dapat membantu proses pembaharuan kulit serta berperanan meningkatkan kolegen serta menganjalkan kulit. 3. Kudis dan Luka Terbakar (Daun) Daun kedondong juga digunakan secara tradisional untuk mengubati kudis, luka perih dan luka terbakar. 4. Mengatasi cirit-birit (Daun) Untuk mengatasi cirit-birit, gunakan kurang lebih 15 gram kulit batang kedondong segar yang telah dicuci bersih. Dipotong kecil dan rebus dengan 2 gelas air selama 15 minit. Tunggu sampai sejuk dan tapis dan air hasil tapisan dapat diminum 2 kali sehari. 5. Menjaga Saluran Pencernaan dan Diet (Buah) Kandungan serat pada 100 gram buah kedondong yang mencapai 0.83-3.60 mg sangat bermanfaat untuk melancarkan fungsi pencernaan.
6. Menurunkan Berat Badan (Buah) Dengan kandungan lemak, protein dan karbohidrat dalam jumlah rendah, buah kedondong juga dapat membantu bagi mereka yang sedang menjalani program diet untuk menurunkan berat badan. Untuk kesan yang lebih baik, pengguna disarankan memakan kedondong muda. 7. Ubat Batuk Alami (buah) Untuk mengubati batuk, gunakan 3 biji buah kedondong yang telah dicuci bersih. Diparut dan perah airnya tanpa ditambahkan air. Tambah sedikit garam pada air perahannnya dan ramuan siap utnuk diminum 2 kali sehari. 8. Penambah Tenaga (Buah) Buah kedondong memiliki unsur gula dalam bentuk sukrosa yang bermanfaat sebagai penambah tenaga tubuh. Jom tambah kedondong dalam menu buah anda. Semoga bermanfaat untuk semua. |
ADVERTISEMENT