CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Ladylista Tips Cantik Lihat artikel

Bila Waktu Sesuai Buang Kosmetik Anda?

10-2-2015 12:37 PM| Diterbitkan: CMFreporter| Dilihat: 2167| Komen: 2

Description: KOSMETIK akan juga melalui proses menuaan.Walaupun tiada satu undang-undang untuk pengeluar barangan kosmetik meletakkan tarikh luput pada alat kosmetik, namun hati kecil mengakui alat kosmetik memang ...
LadyLista - KOSMETIK akan juga melalui proses penuaan.Walaupun tiada satu undang-undang untuk pengeluar barangan kosmetik meletakkan tarikh luput pada alat kosmetik, namun hati kecil mengakui alat kosmetik memang mempunyai waktu dan jangka hayat sendiri.


Nasib baik, kita mempunyai teknologi internet, sekarang teknologi membantu kita untuk menjejaki tarikh pembuatan dengan hanya memasukkan 'bar code'. Kadang-kadang tu, seperti rasa baru beli semalam, tapi dah tak sedap nak guna. Tekstur rasa semacam sahaja

Tips, jika anda mahu mengekalkan alat kosmetik anda lebih lama, simpan ia di tempat yang sejuk, bersihkan selepas menggunakan. Dengan cara ini, kosmetik anda akan kekal lebih lama.

Maskara
Fakta ini sangat mengejutkan. Jangka hayat untuk maskara hanya 4 bulan sahaja? Semua tahu maskara tidak murah ya!Mungkin boleh fikrikan untuk bertukar kepada pelentik bulu mata.


Gincu
Tahukah kamu, gindu boleh menjadi tengik? Bukan ketiak sahaja tau. berita baik untuk semua adalah, jangka hayat gindu boleh dipanjangkan dengan menyimpan gindu anda di dalam peti sejuk. Secara sains, suhu yang sejuk dapat mengurangkan tindak balas kimia yang akan menukarkan gincu anda kepada minyak.

Pembayang mata
Pembayang mata antara kosmetik yang paling lama bertahan. Asalkan kamu bersihkan berus secara kerap, anda boleh gunakannya sehingga 3 tahun.

Bedak asas
Budak sahaja untuk menentukan sama ada bedak asas anda masih boleh digunakan atau tidak. Biasanya ia boleh digunakan sehingga 6 - 12 bulan. Tai sebenarnya bagaimana nak menentukan ianya masih elok untuk digunakan tanpa menyebarkan sebarang bakteria? Lihat pada kandungan bedak tersebut, jika ketika anda gunakan ia seakan terpisah dengan kandungan asal. Berhenti gunakannya.

Lip Gloss
Campuran antara minyak dan lilin menyebabkan kosmetik ini sangat mudah rosak. Lip gloss harus diganti setiap dua tahun dan jika anda sentiasa tinggal lip gloss di dalam kereta, ia akan memendekkan jangka hayat lip glos ke 6 bulan.

Eyeliner
Kunci untuk menjaga eyeliner kamu adalah dengan kerap mengasah pensil eyeliner. Ini juga akan membuatkan ia bebas daripada bakteria. Dengan syarat sentiasa bersihkan pengasah pensil kamu. Jika anda menggunakan eyeliner berbentuk cecair, jangka hayatnya sama seperti maskara.

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini

Komen Terbaru

Quote farahothman 16-2-2015 12:59 PM
thanks for sharing
Quote girly.. 12-2-2015 11:40 AM
gd info

Lihat semua komen(2)

Sub-category


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 01:17 AM GMT+8 , Processed in 0.034223 second(s), 22 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top