CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

Guru Trauma Ditampar Ibu Murid Depan Bilik Guru

9-2-2015 03:37 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 14776| Komen: 126

Guru Trauma Ditampar Ibu Murid Depan Bilik Guru



NIBONG TEBAL – Seorang guru sekolah vernakular, L. Vanitha berusia 37 tahun di Sungai Bakap dekat sini berada dalam keadaan trauma selepas dia ditampar di pipi sebelah kiri oleh ibu salah seorang pelajarnya.


Ketika kejadian, mangsa yang tinggal di Taman Berjaya di sini berada dalam bilik guru sebelum guru penyelia petang memaklumkan kepadanya bahawa ibu kepada seorang pelajarnya ingin berjumpa dengannya pada hari Isnin pukul 5.15 petang.

Sebaik sahaja mangsa keluar daripada bilik guru, terdapat empat orang individu termasuk seorang pelajar berusia 9 tahun, dua wanita yang mana salah seorang daripadanya adalah ibu serta ayah kepada pelajar berkenaan.

Wanita berkenaan beberapa kali bertanya kepada anak lelakinya sama ada wanita tersebut merupakan gurunya.

Sebaik sahaja anaknya mengesahkan Vanitha merupakan gurunya, ibu pelajar berkenaan segera menampar pipi mangsa.

Guru penyelia petang yang berada berhampiran dengan tempat kejadian telah memarahi wanita berkenaan kerana bersikap biadap terhadap guru malang itu, sebelum wanita berkenaan mengatakan sesuatu dalam bahasa Cina.

Guru penyelia petang yang enggan dikenali itu memaklumkan keluarga pelajar berkenaan mendakwa guru tersebut telah mencubit anak lelakinya.

Berikutan insiden tersebut mangsa telah membuat laporan di balai polis Nibong Tebal pada pukul 6.40 petang Isnin.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Prai Selatan, Supritendan Wan Hassan Wan Ahmad ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut dan pihaknya telah menerima laporan daripada mangsa.

Beliau berkata kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan secara sengaja dan jika didapati bersalah tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara maksimum setahun atau denda maksimum RM 2,000 atau kedua-duanya sekali.

Bapa mangsa, V. Loganathan, 82, yang juga bekas guru berkata dia sungguh terkejut dengan kejadian berkenaan.

Dia berkata ibu kepada pelajar berkenaan sepatutnya berbincang dengan cara yang baik ketika bertemu dengan anak perempuannya.

“Saya berharap pihak polis akan mengambil tindakan tegas sekiranya wanita berkenaan didapati bersalah,” katanya.

Loganathan berkata anak perempuannya telah mendapatkan rawatan di Hospital Sungai Bakap pada hari kejadian.

Pada Jumaat, mangsa sekali lagi mendapatkan rawatan lanjut kali ini di sebuah hospital swasta di Pulau Pinang.

7

Bagus
15

Marah
9

Terkejut

Sedih
8

Lawak
10

Bosan

Friends Rank (49 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hyie 7-2-2015 06:26 PM
lenkali ludah je balik kat muka dia
Quote jazaa 7-2-2015 06:28 PM
Aiyoo Ahso......simpan saja lu punya anak kat lumahh......
Quote saladin780 7-2-2015 06:30 PM
jazaa replied at 7-2-2015 06:28 PM
Aiyoo Ahso......simpan saja lu punya anak kat lumahh......

Cina vs india la ni..
Quote AMDTurion 7-2-2015 06:31 PM
Confirm lepas tu budak tu akan diabaikan oleh gurunya kerana sikap maknya sendiri.
Quote ajinomotonosuga 7-2-2015 06:36 PM

tak kire bangsa, benefit of the doubt mesti pada para guru

kalo depa bersalah sekali pun tak pe.. di maafkan, maybe over gitu masa mengajar or ada masalah tertentu

sebagai murid ni, macam sebagai hamba rakyat jelata

so ibu bapa kene ajaq anak depa frame thinking cam tu..selagi apa guru suruh buat tu baik pekerjaan nya..buat je jangan bantah..nanti ayah sendiri yang belasah anak yang degei..baru ler anak murid hormat guru

ari ni hanya sebab jarang2 jumpa anak sendiri..hanya dapat jumpe sekejap..dapat jumpe sekejap aje tu ler malah anak jadi manja sekali dan percaya je apa anak cakap

ramai yang buat anak tapi tak mau ajar anak sendiri..seme serah kat guru dan bila tak menjadi salahkan guru padahal depa ibu bapa guru yang pertama

nak nak ORANG ISLAM.. nabi dok kabo dah seme ni, mak ayah ler yang pembentuk anak tu..tapi dah kita orang islam lalai dan degei..sibuk raja lawak
Quote matahari7001 7-2-2015 06:36 PM
alaa cubit jek laaa.. kecoh bacin betul.. mcm tu ajar la anak ko sendiri kt umah huhu
Quote catalina 7-2-2015 06:42 PM
Mak ajar anak jadi samseng
Jangan pelik anak beso nanti jadi taiko kawasan
Quote shalola 7-2-2015 06:43 PM
siannya cikgu tu...
Quote tomatome 7-2-2015 06:51 PM
so mak dia kena terima la kalo cgu2 x endahkan anak dia.. x psl2 je kena pulau yela takut slh ckp terusik sikt leh kena tampar ooo
Quote famri7 7-2-2015 06:59 PM
Parents pprt oriental selayaknya kekal jinjang jah..anak perangai hzab hasil didikan rahim ko jugak..

Bertabahlah cikgu.xpa boleh blas dendam dgn failkan budak pprt itu,biar cikgu2 lain pulau saja..sampai drop out lalu jadi penjenayah..cash lah.
Quote noor2 7-2-2015 07:04 PM
mudah ja..biar anaknya jadi bodoh...usah ajar langsung....biar dia main
Quote lavapuma 7-2-2015 07:06 PM
jazaa replied at 7-2-2015 06:28 PM
Aiyoo Ahso......simpan saja lu punya anak kat lumahh......

kalau kat sweden mesti cikgu tu kena jail..

Tak caya...tanya la barua2 sweden kat sini..

Quote lazaruz6024 7-2-2015 07:09 PM
tu dia..tak tanya apa2 pun kt cikgu tu terus tampar.
Quote leman_idrus 7-2-2015 07:14 PM
Membesar bagai sang tenuk laaa anak ko...
Quote sabbath_shalom 7-2-2015 07:19 PM
Ummah perangai prc tampar orang lebih kurang Meleis rotan anak saja.

Kononnya tampar dan rotan tu sebahagian silibus pendidikan
Quote Knowlee 7-2-2015 07:30 PM
Wow... Dia ingatkan dia hebat sangat nak lempang org camtu je.
Quote bungarose 7-2-2015 07:34 PM
Saman saja bangsa yg biadap ni. Jgn bagi muka.
Quote mamiayu 7-2-2015 07:39 PM
ajarlah anak tu jadi samseng
Quote mamiayu 7-2-2015 07:40 PM
nanti bila anak tu besar, tak berkenan apa2 sikit pi pukul orang tu, ikut teladan yg mak pak ajar

Lihat semua komen(126)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 05:55 AM GMT+8 , Processed in 0.409157 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top