View: 12710|Reply: 126
|
[Tempatan]
Guru Trauma Ditampar Ibu Murid Depan Bilik Guru
[Copy link]
|
|
NIBONG TEBAL – Seorang guru sekolah vernakular, L. Vanitha berusia 37 tahun di Sungai Bakap dekat sini berada dalam keadaan trauma selepas dia ditampar di pipi sebelah kiri oleh ibu salah seorang pelajarnya.
Ketika kejadian, mangsa yang tinggal di Taman Berjaya di sini berada dalam bilik guru sebelum guru penyelia petang memaklumkan kepadanya bahawa ibu kepada seorang pelajarnya ingin berjumpa dengannya pada hari Isnin pukul 5.15 petang.
Sebaik sahaja mangsa keluar daripada bilik guru, terdapat empat orang individu termasuk seorang pelajar berusia 9 tahun, dua wanita yang mana salah seorang daripadanya adalah ibu serta ayah kepada pelajar berkenaan.
Wanita berkenaan beberapa kali bertanya kepada anak lelakinya sama ada wanita tersebut merupakan gurunya.
Sebaik sahaja anaknya mengesahkan Vanitha merupakan gurunya, ibu pelajar berkenaan segera menampar pipi mangsa.
Guru penyelia petang yang berada berhampiran dengan tempat kejadian telah memarahi wanita berkenaan kerana bersikap biadap terhadap guru malang itu, sebelum wanita berkenaan mengatakan sesuatu dalam bahasa Cina.
Guru penyelia petang yang enggan dikenali itu memaklumkan keluarga pelajar berkenaan mendakwa guru tersebut telah mencubit anak lelakinya.
Berikutan insiden tersebut mangsa telah membuat laporan di balai polis Nibong Tebal pada pukul 6.40 petang Isnin.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Prai Selatan, Supritendan Wan Hassan Wan Ahmad ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut dan pihaknya telah menerima laporan daripada mangsa.
Beliau berkata kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan secara sengaja dan jika didapati bersalah tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara maksimum setahun atau denda maksimum RM 2,000 atau kedua-duanya sekali.
Bapa mangsa, V. Loganathan, 82, yang juga bekas guru berkata dia sungguh terkejut dengan kejadian berkenaan.
Dia berkata ibu kepada pelajar berkenaan sepatutnya berbincang dengan cara yang baik ketika bertemu dengan anak perempuannya.
“Saya berharap pihak polis akan mengambil tindakan tegas sekiranya wanita berkenaan didapati bersalah,” katanya.
Loganathan berkata anak perempuannya telah mendapatkan rawatan di Hospital Sungai Bakap pada hari kejadian.
Pada Jumaat, mangsa sekali lagi mendapatkan rawatan lanjut kali ini di sebuah hospital swasta di Pulau Pinang.
|
|
|
|
|
|
|
|
lenkali ludah je balik kat muka dia |
|
|
|
|
|
|
|
Aiyoo Ahso......simpan saja lu punya anak kat lumahh......![](static/image/smiley/default/shocked.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
jazaa replied at 7-2-2015 06:28 PM
Aiyoo Ahso......simpan saja lu punya anak kat lumahh......
Cina vs india la ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
Confirm lepas tu budak tu akan diabaikan oleh gurunya kerana sikap maknya sendiri. |
|
|
|
|
|
|
|
tak kire bangsa, benefit of the doubt mesti pada para guru
kalo depa bersalah sekali pun tak pe.. di maafkan, maybe over gitu masa mengajar or ada masalah tertentu
sebagai murid ni, macam sebagai hamba rakyat jelata
so ibu bapa kene ajaq anak depa frame thinking cam tu..selagi apa guru suruh buat tu baik pekerjaan nya..buat je jangan bantah..nanti ayah sendiri yang belasah anak yang degei..baru ler anak murid hormat guru
ari ni hanya sebab jarang2 jumpa anak sendiri..hanya dapat jumpe sekejap..dapat jumpe sekejap aje tu ler malah anak jadi manja sekali dan percaya je apa anak cakap
ramai yang buat anak tapi tak mau ajar anak sendiri..seme serah kat guru dan bila tak menjadi salahkan guru padahal depa ibu bapa guru yang pertama
nak nak ORANG ISLAM.. nabi dok kabo dah seme ni, mak ayah ler yang pembentuk anak tu..tapi dah kita orang islam lalai dan degei..sibuk raja lawak![](static/image/smiley/default/titter.gif)
|
|
|
|
|
|
|
|
alaa cubit jek laaa.. kecoh bacin betul.. mcm tu ajar la anak ko sendiri kt umah huhu |
|
|
|
|
|
|
|
Mak ajar anak jadi samseng
Jangan pelik anak beso nanti jadi taiko kawasan |
|
|
|
|
|
|
|
so mak dia kena terima la kalo cgu2 x endahkan anak dia.. x psl2 je kena pulau yela takut slh ckp terusik sikt leh kena tampar ooo |
|
|
|
|
|
|
|
Parents pprt oriental selayaknya kekal jinjang jah..anak perangai hzab hasil didikan rahim ko jugak..
Bertabahlah cikgu.xpa boleh blas dendam dgn failkan budak pprt itu,biar cikgu2 lain pulau saja..sampai drop out lalu jadi penjenayah..cash lah. |
|
|
|
|
|
|
|
mudah ja..biar anaknya jadi bodoh...usah ajar langsung....biar dia main |
|
|
|
|
|
|
|
jazaa replied at 7-2-2015 06:28 PM
Aiyoo Ahso......simpan saja lu punya anak kat lumahh......
kalau kat sweden mesti cikgu tu kena jail..
Tak caya...tanya la barua2 sweden kat sini..
|
|
|
|
|
|
|
|
tu dia..tak tanya apa2 pun kt cikgu tu terus tampar. |
|
|
|
|
|
|
|
Membesar bagai sang tenuk laaa anak ko... |
|
|
|
|
|
|
|
Ummah perangai prc tampar orang lebih kurang Meleis rotan anak saja.
Kononnya tampar dan rotan tu sebahagian silibus pendidikan![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Wow... Dia ingatkan dia hebat sangat nak lempang org camtu je. |
|
|
|
|
|
|
|
Saman saja bangsa yg biadap ni. Jgn bagi muka. |
|
|
|
|
|
|
|
ajarlah anak tu jadi samseng |
|
|
|
|
|
|
|
nanti bila anak tu besar, tak berkenan apa2 sikit pi pukul orang tu, ikut teladan yg mak pak ajar |
|
|
|
|
|
|
| |
|