CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Suami Sergah,Acu Dan Tampar Isteri Main Telefon

25-9-2014 03:03 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 12621| Komen: 93

Description: Dalam Kejadian Kira-Kira Jam 2 Petang Kelmarin Di Taman Pakatan, Ulu Kinta, Di Sini, Mangsa Berusia 23 Tahun Yang Sedang Bermain Telefon Bimbitnya Terkejut Apabila Disergah Suaminya Yang Berusia 38 Ta ...

Suami Sergah,Acu Dan Tampar Isteri Main Telefon

Gambar hiasan



Ipoh: Cemburu dengan tindakan isterinya sering bermain telefon bimbit, seorang suami tergamak mengacukan pisau serta menampar wanita itu kerana mengesyaki isterinya ada hubungan sulit dengan lelaki lain.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang kelmarin di Taman Pakatan, Ulu Kinta, di sini, mangsa berusia 23 tahun yang sedang bermain telefon bimbitnya terkejut apabila disergah suaminya yang berusia 38 tahun dalam keadaan marah sebelum menuduh mangsa bermain kayu tiga.

Sumber berkata, mangsa kemudian ditampar sebelum suaminya itu mengambil pisau untuk mengugut agar mangsa tidak keluar rumah tanpa kebenarannya.
Katanya, suaminya juga mengingatkan mangsa agar tidak lagi bermain telefon bimbit sekiranya tidak mahu sesuatu berlaku terhadapnya.“Mangsa memberitahu hanya bermain mesej dengan rakan-rakan wanitanya, namun timbul salah faham sehingga menyebabkan suaminya berprasangka buruk.

Mangsa ditempeleng di kepala sehingga menyebabkan kepalanya sakit.

“Tindakan suami mangsa mengeluarkan pisau menyebabkan mangsa takut berlaku sesuatu tidak diingini dan bertindak membuat laporan di Balai Polis Bercham sejurus selepas kejadian,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ipoh Asisten Komisioner Sum Chang Keong ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kes berkenaan.

3

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
2

Sedih
1

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (11 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Dark_Vampire 25-9-2014 08:05 AM
tu lah laki panas baran.... still berani curang
Quote haryatie 25-9-2014 08:07 AM
mesti bini minah tipon tegar ni..
ramai jerk bini org2 atau sesiapa saja..tipon asyik kat tgn jerk..
ntah apa yg dibelek@dimesej x brenti pun ntah la...
Quote pumpkingirl 25-9-2014 08:07 AM
Bahana kahwin dgn org tua,sikit2 jeles,sikit2 cemburu.apa pun tak blh.
Quote sayawifenikmie 25-9-2014 08:13 AM

tapi
memang menyakitkan hati la kalau tengok anak2 dan / atau pasangan kita asyik membelek hp ... bayangkanlah .. kalau ada beberapa group chat whatsapp ... line lagi .. wechat lagi .. telegram lagi .. belum lagi fb dan instagram ...

apapun .... takkanlah sampai nak mengacukan pisau ...
ambil hp tu .. dan hempaskan kelantai sampai pecah berderai sudahh ....
atau rendamkan dalam air
paham lah dia nanti ...
Quote ladyxez 25-9-2014 08:22 AM
Haruslah diberikan acuan dah asyik bertelefon je
Quote AbukRokok 25-9-2014 08:29 AM
kerap main telefon bimbit
xbagi sentuh telefon

antara tanda2 curang
Quote mikasa 25-9-2014 08:31 AM
Ni mesti dah lama bini tak makan sama...


Muda bini dia yer
Quote Crystars 25-9-2014 08:33 AM
Bersangka baik......bini dia layan kendi keras pun nk jeles
Quote nidzrain 25-9-2014 08:33 AM
haha.. teringat kejadian baru2 ni abg sedara aku sound bini dia...

"lagi sekali sy nmpk awk main hp smp pkl 2-3 pagi, sy lempar hp tu masok dlm jamban"


ngok gak bini org ni kenkadangkan... gigih nak nelek hp 24/7 walhal laki ada dpn mata..

Quote faraway1 25-9-2014 08:35 AM
main game kot tak pun senang menuai di farm virtual.

but musim lempang melempang ke sekarang ni...
emm raya haji nanti minta maaf ya
Quote Vellfire 25-9-2014 08:35 AM
erk skit2 main tampar lah pukul lah...
bawakler bincang elok2
Quote amiraira 25-9-2014 08:40 AM
Laki mcm ni patut humban dlm kandang harimau je, kalau dh dgn Bini x caya wat pe simpan, lepaskn je. Tunjuk yg awok tu jantan...
Quote Dia_Yuni 25-9-2014 08:50 AM
Bini muda mmg la x lekang dgn hp. lain kali belikan 3310 je.
Quote hanie_z 25-9-2014 08:55 AM
yang si suami panas baran, yang si isteri macam budak2.
haila duniaa..
Quote Fantaghiro 25-9-2014 09:01 AM
aku kalo laki ada depan mata n beliyaw asek belek tepon, mmg aku kurang bekenan gak..tapi idak la nak marah..sbb selalu dia belek tepon pun tgk dok baca porem..grup2 wasap tu mmg asek bunyi jah, tapi tak nampak lak dia mereply..

+ xde pasal nak marah2 gak pun..sbb aku pun kekadang bz gak ngan tepon kalo time bertalu2 customer dok wasap..dia pun ada tegur2 gak..bg tau je la aku dok sembang ngan sapa..lagi pun tepon aku tu kalo kat umah, duduknya pun bersepah2..bebila masa en T nak godek pun tarak masalah..aku nak cek tepon dia pun tarak masalah..cumanya skrg ni mood nak mengecek tepon tu belum mari..

buat masa skrg ni memasing percaya jah kat sesama sendiri..
Quote hayrin86 25-9-2014 09:02 AM
pumpkingirl posted on 25-9-2014 08:07 AM
Bahana kahwin dgn org tua,sikit2 jeles,sikit2 cemburu.apa pun tak blh.

Kahwin dengan yang jauh lebih tua tu atas pilihan ibu bapa ke? Kalau ya, jangan terima.. Pilih sendiri pun ok la tuh..
Quote nobito 25-9-2014 09:05 AM
hayrin86 posted on 25-9-2014 09:02 AM
Kahwin dengan yang jauh lebih tua tu atas pilihan ibu bapa ke? Kalau ya, jangan terima.. Pilih sen ...


Kawin nak wang hantaran je...mas kawen x cukup... ckit...nak kene ada wang hantaran baru nampak pomouan tu ada harga/nilai tinggi..kate umah Melayu Last edited by nobito on 25-9-2014 09:06 AM

Quote Mulan 25-9-2014 09:06 AM


kalau dah cemburu buta tu apa saja boleh jadi sebab nak belasah bini kan??

i pun tak kasi org belek hp i... kang abis kena delete clip lagu/gambar yg i sayang dalam tu.. nak transfer masuk hp punyalah hazab lamanya

hp ku = nyawa ku



Quote Jagendas 25-9-2014 09:08 AM
Mangsa ditempeleng di kepala sehingga menyebabkan kepalanya sakit. <---- ini kelakar


ni mesti laki ajak bersenggama bini bz dgn henpon

Lihat semua komen(93)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 04:37 PM GMT+8 , Processed in 0.069135 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top