LadyLista - Johan Arrif As'ari, 29, mengakui wujud 'cinta lokasi' diantara dia dengan Puteri Najwa, bekas kekasih Shahiezy Sam ketika mereka sama-sama menjayakan drama bersiri terbitan Temenggong Pictures Sdn Bhd. "Sebagai seorang pelakon, 'cinta lokasi' itu perlu ada dalam memberikan komitmen kepada watak yang dijayakan bersama heroin sesebuah drama atau pun filem. Jelas Johan lagi, dia menghormati Puteri Najwa dan hubungan mereka kelihatan akrab selepas bersama terlibat dalam penggambaran drama bersiri Wasih Kasih dimana mereka bergandingan memegang watak pasangan kekasih. Jelasnya juga dia mengakui wujud hubungan itu dengan Puteri Najwa tidak lebih dari mendapatkan keserasian dalam mendalami watak. Dalam perkembangan lain, Johan berkata, dia kini sedang berehat seketika sebelum memasuki set penggambaran drama berjudul Megat Panji Alam untuk siaran TV Al-Hijrah.
Selain itu katanya, empat buah filem lakonannya iaitu Juvana 2, Juvana 3, Tujuh dan Kanang Anak Langkau: The Iban Warrior bakal ditayangkan dipawagam pada tahun ini. |
ADVERTISEMENT