CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Ladylista Hiburan Lihat artikel

Saif Tegaskan, Kareena Tidak Masuk Islam

5-2-2015 03:48 PM| Diterbitkan: CMFreporter| Dilihat: 3526| Komen: 0

Description: Selain Saif dan Karena, Shah Rukh Khan dan Amir Khan juga disabitkan dengan 'love jihad' dan ditentangi oleh golongan aktivis agama di India.

Sejak bernikah pada tahun 2012, pasangan Saif Ali Khan dan Kareena Kapoor sering dikecam gara-gara ‘Love Jihad’ iaitu istilah bagi pasangan  yang berkahwin berbeza agama.
Setelah sekian lama berdiam diri, akhirnya Saif membuka mulut soal perkahwinannya selepas ramai pihak mendakwa isterinya itu sudah memeluk agama Islam.

Menurutnya, Kareena sejak berkahwin dengannya sering kali dijadikan sasaran kumpulan agama serta menjadikan Kareena sebagai ‘poster girl’ dengan tagline ‘Love Jihad'(Terma yang digunakan oleh kumpulan agama ini terhadap lelaki Muslim yang mengahwini wanita Hindu). 

"Ramai pihak mendakwa Kareena telah memeluk agama Islam. Ternyata ianya tidak benar. Dia tidak pernah dan belum bertukar agama lagi," ujar Saif seperti dipetik menerusi Pink Villa baru-baru ini.
Menurut Saif, daripada sibuk bertanyakan soal agama lebih baik pihak media lebih peka terhadap perkembangan isterinya menerusi dunia perfileman di India.


"Seharusnya, negara ini perlu berbangga dengan pencapaian Kareena kerana dia sudah memberikan banyak sumbangan terhadap dunia perfileman mahupun masyarakat setempat. Kareena telah berjuang habis-habisan untuk membela hak perempuan dan juga soal kesihatan.

"Segala gosip soal agama ini tidak pernah ada di dalam kehidupan kami. Kareena seharusnya diingat sebagai simbol dari kehidupan individual modern. Dan saya rasa ramai pihak bangga dengan pencapaiannya selama ini," jelas Saif.

Selain Saif dan Karena, Shah Rukh Khan dan Amir Khan juga disabitkan dengan 'love jihad' dan ditentangi oleh golongan aktivis agama di India.



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Sub-category


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 01:51 AM GMT+8 , Processed in 0.032773 second(s), 22 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top