CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Ladylista Hiburan Lihat artikel

Belasah Kekasih Selepas Tahu Rupa Sebenar

9-2-2015 12:09 PM| Diterbitkan: CMFreporter| Dilihat: 3063| Komen: 5

Description: Terpegun dengan foto Xiaojin yang menunjukkan muka berbentuk bujur, mata besar dan kulit cerah, Huang memutuskan untuk bertemu cinta hatinya.

LadyLista - Seorang lelaki di China menghabiskan ribuan ringgit untuk bertemu teman wanita yang dia kenali menerusi alam maya, hanya untuk mengetahui rupa wanita itu tidak pun serupa.
Menurut forum Viral Cham, kedua-dua mula mengenali di rangkaian sosial aplikasi WeChat, sebelum mula berpacaran sebulan yang lalu.

Lelaki itu, Huang, berasal dari Harbin di Timur Laut China, manakala wanita itu, Xiaojin, dari Suzhou dan bekerja di Wenzhou Bridge. Terpegun dengan foto Xiaojin yang menunjukkan muka berbentuk bujur, mata besar dan kulit cerah, Huang memutuskan untuk bertemu cinta hatinya.

Huang menghabiskan beberapa ribu dolar dan terbang ke Wenzhou untuk bertemu 'dewi', kemudian ternganga bila melihat wanita itu.

Bukan sahaja Xiaojin berbeza berbanding foto, wanita itu juga gemuk. Wajah bulatnya juga gelap dan dipenuhi jerawat.


Xiaojin menjelaskan dalam foto dia memakai mekap dan ini adalah wajahnya yang tulen.

Kedua-dua mereka kemudian dilihat terus bertengkar di khalayak ramai. Dalam keadaan marah, Huang menyerang Xiaojin.

Kekecohan itu menyebabkan mereka dibawa ke balai polis, di mana isu kemudiannya diselesaikan secara baik.

Huang yang kecewa kembali ke Harbin pada hari yang sama, dan menegaskan "Selepas hari ini, saya tidak akan percaya percintaan dalam talian lagi!

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini

Komen Terbaru

Quote gadispemalu 12-2-2015 04:44 PM
teringin nak tgk muke laki tersebut
Quote Kidal.Kasih 12-2-2015 03:23 PM
padanla mukaa..hadap sgt perempuan yg cantik yg belum pasti wajah sebenar..huhu
Quote garyura 11-2-2015 07:29 PM
hahaha hati2 kalau bercinta dgn minah korea dan china
Quote kupkapp 10-2-2015 09:46 PM
hahaha betul la tu teknik solekan leh la ubah wajah jd comel. booyeahhh
Quote ajunara 10-2-2015 03:11 PM
penangan media sosial...

Lihat semua komen(5)

Sub-category


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 01:42 PM GMT+8 , Processed in 0.166533 second(s), 22 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top