CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

Johan Asari Nafi Cinta Puteri Najwa

9-2-2015 10:18 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 17585| Komen: 53

Johan Asari Nafi Cinta Puteri Najwa

Salah satu babak Johan dan Puteri Najwa dalam drama bersiri Waris Kasih yang bakal disiarkan di slot Azalea TV3.


PETALING JAYA: Pelakon Johan As'ari mengakui wujudnya 'cinta lokasi' diantaranya dengan aktres Puteri Najwa ketika mereka sama-sama menjayakan drama bersiri terbitan Temenggong Pictures Sdn Bhd iaitu Waris Kasih.

Johan atau nama sebenarnya Johan Arrif As'ari, 29, bagaimanapun berkata, perasaan itu wujud hanya semata-mata untuk menjiwai watak memandangkan mereka bergandingan sebagai pasangan kekasih dalam drama bersiri itu.

"Sebagai seorang pelakon, 'cinta lokasi' itu perlu ada dalam memberikan komitmen kepada watak yang dijayakan bersama heroin sesebuah drama atau pun filem.

"Saya akui wujud hubungan itu dengan Puteri Najwa tetapi ia sekadar untuk kami mendapatkan keserasian dalam mendalami watak yang diamanahkan," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi pada Ahad.

Johan mengulas laporan ruangan gosip sebuah akhbar pada Ahad yang mendakwa Johan cuba bermain cinta dengan Puteri Najwa dan tindakannya itu mendapat perhatian daripada produksi.

Drama bersiri Waris Kasih bakal bersiaran menerusi slot Azalea di TV3 tidak lama lagi.

Johan mengakui tidak mempunyai teman wanita.

Dalam pada itu, menjelaskan mengenai perkara itu, Johan berkata, hubungannya dengan Puteri Najwa kelihatan akrab berkemungkinan faktor hanya mereka berdua terlibat ketika penggambaran diadakan di Sungai Lembing, Kuantan Pahang.

Jelas Johan, dia tidak mempunyai sebarang niat tidak baik terhadap aktres itu apatah lagi cuba memikatnya kerana menghormati wanita berkenaan.


"Kami rapat sebab tiada pelakon lain ketika penggambaran di sana kerana banyak babak hanya melibatkan kami sahaja. Itu pun Puteri Najwa tidak berada lama di Sungai Lembing.


"Mungkin apa yang orang lain lihat cuma tanggapan mereka sahaja wahal tiada apa-apa berlaku diantara kami," jelasnya lagi.


Johan turut menegaskan 'cinta lokasi' itu tidak terbawa-bawa sehingga ke luar lokasi dan menjelaskan hubungannya mereka sekadar teman biasa sahaja.


Malah kata Johan, selepas beberapa kali kecundang dalam percintaan dia kini tidak terlalu memikirkan soal cinta sebaliknya ingin memberi fokus kepada kerjaya lakonannya.


"Banyak pengajaran yang saya dapat daripada pengalaman lalu dan saya sekarang tidak mempunyai teman istimewa dengan mana-mana wanita termasuk Puteri Najwa.

"Selepas selesai penggambaran Waris Kasih kami juga tidak ada berjumpa," katanya.


Dalam perkembangan lain, Johan berkata, dia kini sedang berehat seketika sebelum memasuki set penggambaran drama berjudul Megat Panji Alam untuk siaran TV Al-Hijrah.


Selain itu katanya, empat buah filem lakonannya iaitu Juvana 2, Juvana 3, Tujuh dan Kanang Anak Langkau: The Iban Warrior bakal ditayangkan dipawagam pada tahun ini.

5

Bagus
8

Marah
3

Terkejut
6

Sedih
2

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (28 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ais_kosong 9-2-2015 09:52 AM
mamat ni teda gosiip len ka?
memajang gosip becinta..
cemuih meols
Quote kiss_darr 9-2-2015 09:56 AM
membosankan....
Quote alinone78 9-2-2015 09:59 AM
untunglaaaaaaaaaaaa boleh berkasih2 di lokasi
Quote whadda 9-2-2015 10:00 AM
sape pulak puteri najwa nih bertutup muka bagai... ingat tadi najwa latip...
Quote chaintea 9-2-2015 10:05 AM
Bosan kisah dia ni
Nexttt
Quote kenarihitam 9-2-2015 10:12 AM
Puteri najwa pls jangan terjatuh cinta kt johan nih..
Quote matahari7001 9-2-2015 10:38 AM
johan ni mcm perasan die hot stuff eak?! huhu
Quote Lorra2411 9-2-2015 10:40 AM
Edited by Lorra2411 at 9-2-2015 10:42 AM

ex Girlfriend Shaheizy Sam kah? yg berlakon jadi jahat dalam drama Playboy itu Suami Aku.




Quote Star_el 9-2-2015 10:51 AM
Aku suka watak Hud dalam Cinta Ilahi *tetiba*
Aku ada kenal jenis orang cam Johan ni, mulut manis dgn semua org walaupun dah ada girlfriend.
Jenis suka perhatian kot, nak rasa disayangi gitu.
Quote sunquick 9-2-2015 11:11 AM
dia ni asyik gosip pasal pompuan je....
Quote olaoliolu 9-2-2015 11:13 AM
johann johannn
Quote alaa 9-2-2015 11:48 AM
eee jantan ni takde cite pasal lain ke. menyampah betul
Quote DayangKirana 9-2-2015 11:58 AM
edisi buaya ya..?
memang selayaknyer..

Quote aseela 9-2-2015 12:00 PM
si johan ni kot terlebey excited...
tahkan puteri najwa ni play along je hehehe
Quote apiang 9-2-2015 12:08 PM
geli sey phuih
Quote elmen 9-2-2015 12:25 PM
plssssss la johan.. geli lah!
Quote wookiehoney 9-2-2015 12:27 PM
asal gosip je pasal pompuan.
boring

next.
Quote silampumeja 9-2-2015 12:27 PM
orang kurang perhatian kan... patutnya tajuk edisi gatal..haha
Quote beatgirlX 9-2-2015 12:37 PM
Puteri Najwa ni comei...gf sam kah?

Lihat semua komen(53)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 04:31 AM GMT+8 , Processed in 0.054266 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top