Peminat Samakan Artis Wanita Ini Dengan Nabi.
Bukan niat nak burukkan sapa-sapa.. Tapi kalau ya pun minat sangat kat artis, jangan sampai terpesong yer. Ni kes seorang minah ni yang mengagungkan seorang artis sampai cakap artis tersebut umpama Nabi.
Korang kenal kan Fyn Jamal? Kalau Gomez tanya macam mana korang boleh kenal dia.. Mesti korang cakap sebab anak dia hensem kan. Tak pun sebab lagu Arjuna Beta yang dibuat khas untuk anaknya, Juna.
Ramai sangat lah yang minat anak Fyn Jamal ni sampai puji Juna melambung-lambung. Amboi tahu la anak dia tu hensem kan. Tapi memang comel plus plus pun haaa.
Tapi ada lah seorang peminat Fyn ni yang taksub sangat dengan familynya sampai sanggup mengaku Fyn Jamal umpama Nabi, tiada langsung cacat cela, katanya menerusi satu komen yang dimuat naik di Instagram Fyn Jamal.
Adek oii.. Tak ada manusia yang sempurna selain Nabi Muhammad S.A.W. Kalau betul lah Fyn Jamal umpama Nabi kan, ada Nabi mendedahkan suaranya menyanyi depan orang ramai?? Ada ka Nabi tunjuk kat semua orang tentang kisah hidup dia apa semua tu.
Haishh.. Lain kali nak komen tu fikir dulu yer. Kalau ya pun nak defend artis yang korang minat, berpadan-padan lah nohh.. Jangan sampai lupa agama kita. Tak pasal-pasal kena troll dengan pengguna laman sosial.
Bukan nak cakap yang Fyn Jamal ni buruk, tidak ! Semua manusia pernah buat silap.. Sedangkan lidah lagi tergigit ini kan pula manusia.
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|