CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

Firman Af 2014 Nyanyi Sumbang, Hamun Fans Di Fb

6-2-2015 05:32 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 31772| Komen: 186

Firman Af 2014 Nyanyi Sumbang, Hamun Fans Di Fb

Minggu ini Sha ingin berkongsi perihal ketidaksungguhan juara Akademi Fantasia 2014, siapa lagi kalau bukan Firman atau nama sebenarnya Mohd Firman Bansir menjayakan satu persembahan.

Kejadian berlaku pada sidang akhbar dan minum petang bersama Top 5 dan hos Anugerah Meletop Era 2015 yang berlangsung di sebuah hotel terkemuka di ibu kota, baru-baru ini.

Untuk persembahan pembukaan, Firman bergabung dengan band paling popular masa kini, Caliph Buskers menyampaikan lagu popular kumpulan Guns N' Roses, Sweet Child O' Mine.

Pilihan lagu sudah gempak, begitu juga dengan gandingan. Berdasarkan persembahan cemerlang Caliph Buskers bersama Mojo di Anugerah Juara Lagu 29 (AJL29) baru-baru ini, siapa yang tidak teruja apabila mereka muncul di pentas.

Ditambah lagi dengan kehadiran Firman yang berjaya memenangi hati pengikut setia program AF2014 sehingga melayakkannya bergelar juara.


Namun sayang seribu kali sayang, Firman tidak menggunakan peluang itu sebaik mungkin, sebaliknya merosakkan persembahan. Sudahlah nyanyiannya sumbang mambang, boleh terlupa lirik pula. Kecacatan itu bagaimanapun dapat ditutup vokalis Caliph Buskers yang sememangnya memiliki suara 'power'.

Nampak sangat Firman tidak melakukan persediaan secukupnya sehingga boleh terlupa lirik, sekali gus menyebabkan persembahan pada hari itu kurang menyengat. Apa sudah jadi sehingga dia hilang fokus?



Sepatutnya dia mencontohi Caliph Buskers yang bersungguh-sungguh dan tampak ikhlas dalam setiap persembahan yang dilakukan. Walhal band itu hanya pemuzik jalanan dan mereka tidak pernah merakam album atau single sebelum ini.

Tak tahulah pula kalau Firman kurang sihat tetapi menerusi pemerhatian Sha, tak nampak pula dia lemah atau tidak bersemangat selepas turun pentas. Sepanjang gambarnya dirakam jurugambar daripada pelbagai syarikat penerbit, dia nampak cergas dan bertenaga.




Apapun, harap Firman tidak cepat melatah dengan teguran ikhlas Sha. Harap selepas ini Firman lebih peka dan bersungguh-sungguh.

Berada dalam bidang ini tak boleh main-main, apatah lagi anda dilahirkan dari program yang mengetengahkan ramai penyanyi berbakat besar, malah ada antaranya meraih pelbagai anugerah berprestij. Banyak mata memandang dan menilai kemampuan sebenar anda selepas diterima masuk ke dalam industri.

Lagipun saban hari ada saja bakat baru, kalau tidak serius, bimbang nanti anda tercicir. Peringatan ini bukan untuk Firman saja, tetapi semua pendatang baru.


video

3

Bagus
9

Marah
5

Terkejut
3

Sedih
7

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (31 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ellZack 5-2-2015 02:28 PM
tak sanggup nak dengar..
meols dengar opening 5seconds, terus tutup..
Quote myakayina 5-2-2015 02:31 PM
ellZack replied at 5-2-2015 02:28 PM
tak sanggup nak dengar..
meols dengar opening 5seconds, terus tutup..

mmg ketara ke sumbangnya?
Quote sepitsiput 5-2-2015 02:31 PM
ellZack replied at 5-2-2015 02:28 PM
tak sanggup nak dengar..
meols dengar opening 5seconds, terus tutup..

berani mati lahar anak emas kesayangan hattan?

cc @Orix
Quote cik_kembong 5-2-2015 02:31 PM
Iols tak minat firman. Bila nyanyi, he swallow the words. K.bai..
Quote naina 5-2-2015 02:32 PM
firman,kenapa bah ko jawab begitu
ku sangka kau baik berjuruh jah firman
Quote sepitsiput 5-2-2015 02:32 PM
cik_kembong replied at 5-2-2015 02:31 PM
Iols tak minat firman. Bila nyanyi, he swallow the words. K.bai..

bukan menyanyi je, bercakap pun kunyah ayat


Quote sepitsiput 5-2-2015 02:33 PM
myakayina replied at 5-2-2015 02:31 PM
mmg ketara ke sumbangnya?

lebih teruk sumbangnya drpd zamani kene wakenabeb CD  jump tu
Quote sepitsiput 5-2-2015 02:36 PM
kalau si ewal tu nyanyi lagi better agaknya... tp ewal xde kene mngena lak plak dgn AME..

jgn si Aman tu dipaksa nyanyi...nnt lagi teruk kene hencap.

masalahnya, astro perlu ke nk selit jugak retis sendiri yg x prepare suruh nyanyi dgn caliph buskers? tumpang populariti sgt!
Quote arira_arora 5-2-2015 02:36 PM
hurm... bkn saje nyanyi... jawab soklan pn nth pape..
aku ade terdgr kat era ke mana tu hari.. tanya pasal retis2 yg bermula ngn huruf2.. pn failed nk jawab...
Quote Lorra2411 5-2-2015 02:38 PM
firman firman
Quote doubleA 5-2-2015 02:39 PM
retis dan meroyan di sosial media tak dapat dipisahkan zaman sekarang ni.

tapi persembahan tu memang nampak tak prepare, awal2 lagi dah kelaut
Quote enchikfitz 5-2-2015 02:40 PM
Buat malu jah
Quote fcl29 5-2-2015 02:42 PM
kalo tgk diari bintang af tu... mmg ke laut pon si firman ni... nuha pon sama... AF paling teruk lah aku rasa...
Quote datinamanda 5-2-2015 02:50 PM
Kahkah. Selayaknya dihencap
Quote etonjelita 5-2-2015 02:50 PM
Iol Mmg x leh hadam dgn Firman... Mmg hauk Sgt.. Twrasa annoying Sgt suara dia.. Wlaupun lagu dia sodap di dgr... Tgk la karok la kau... Dlm tu pun suara Zarif lg sodap...
Quote haiku 5-2-2015 02:59 PM
Juara yang bakal tenggelam karam ?

Nina tengah training nak jadi host H Live.
Quote maxim 5-2-2015 03:00 PM
Baru tau ke si firman ni sumbang? Iols bkn saje2 nak anti firman ni. Tp sbb mmg dah tau firman ni sampah industri. Makhluk ni mmg hopeless. Tgk je la what happen now. Ni baru permulaan. Xtau knapa ramai sgt bangang2 xnmpak semua ni, sampai tergamak angkat beliau sebagai juara af. They destroyed the industry. Harap mereka semua bertaubat nasuha.
Quote kmelankolia 5-2-2015 03:03 PM
pirman ni 10 minggu kat af lagu kejora bersatu tu jek yg dia nyanyi ok, lain2 hauk
Quote nazhidd 5-2-2015 03:13 PM
aku dengar semua lagu dia nyanyi tak sedap , hahahaha

Lihat semua komen(186)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 07:51 AM GMT+8 , Processed in 0.065262 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top