CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Oku Umpan Keropok Sebelum Liwat!

6-2-2015 11:51 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 8899| Komen: 38

Muhammad Rozi Saat, mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan meliwat seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun 10 bulan.
        

KUALA TERENGGANU - Seorang lelaki OKU akal berdepan dua pertuduhan meliwat seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun 10 bulan, di mahkamah sesyen, semalam.

Bagaimanapun, Muhammad Rozi Saat, 34, dari Dungun, mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan atas kedua-dua pertuduhan tersebut.

Berdasarkan pertuduhan pertama, dia yang juga seorang buruh itu didakwa telah melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii (liwat) terhadap mangsa di sebuah rumah kosong di Jalan Gong Pasir, Dungun, antara jam 6 hingga 6.30 petang, 24 Januari lalu.

Bagi pertuduhan kedua pula, dia didakwa mengulangi perbuatan sama di lokasi sama pada keesokan harinya, iaitu 25 Januari lalu, antara jam 6 hingga 6.30 petang.

Dengan itu, Muhammad Rozi yang memiliki kad OKU itu didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 377 C Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan maksimum 20 tahun dan serta sebatan, jika sabit kesalahan.

Hakim Wan Nor Zanuar Wan Ahmad menetapkan 10 Mac depan sebagai tarikh sebutan semula kes.


Gambar hiasan


Sebarang jaminan tidak ditawarkan kerana bimbang tertuduh akan mengganggu mangsa serta saksi-saksi pendakwaan.

Berdasarkan laporan diterima sebelum kejadian, tertuduh yang mengenali mangsa telah mengajak kanak-kanak malang itu pergi membeli keropok lekor bersama beberapa orang rakannya.

Semasa dalam perjalanan pulang, suspek dipercayai telah membawa mangsa singgah di sebuah rumah kosong dan telah melakukan perbuatan terkutuk itu.

Ketika itu, salah seorang rakan suspek yang turut sama berada di situ cuba menghalang tindakannya, namun suspek tidak mengendahkan dan rakannya itu telah bertindak mengambil rakaman video menggunakan telefon bimbit miliknya.

Rakan suspek menyerahkan rakaman tersebut kepada ahli keluarga mangsa pada malam kejadian dan mendakwa suspek sebelum ini ada melakukan perkara sama terhadap mangsa.

ejurus melihat rakaman video tersebut, keluarga mangsa membuat laporan polis dan beberapa jam kemudian, suspek ditahan untuk siasatan

11

Bagus
13

Marah
5

Terkejut
7

Sedih
13

Lawak
7

Bosan

Friends Rank (56 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ice_sky92 6-2-2015 11:30 AM
I don't want to live on this planet anymore...
Quote PongKang 6-2-2015 11:35 AM
Kejam dan binatang!!
Quote perang_sivil 6-2-2015 11:36 AM
banyaknye kes seumpama dari pantai timur! why must from terengganu?
Quote mssuci 6-2-2015 11:36 AM
Babeeeeeeeee budak lg wehhhh tumoku tu...klu normal pe lg ko wat..xleh trima aku
Quote primemova 6-2-2015 11:38 AM
Edited by primemova at 6-2-2015 11:42 AM

Jom migrate ke planet lain ..
Quote GhostWalking 6-2-2015 11:49 AM
Aku rasa kadang2 bila di sekat sangat dengan taboo (tanpa penerangan asas) last2 orang akan lagi mengganas
Quote Lorra2411 6-2-2015 11:52 AM
ya Allah, kesian budak yang kena liwat tu. kejam sungguh si pelakunya
Quote FanTasyCreaTioN 6-2-2015 11:54 AM
keji sunguh perangai

4tahun tau apa ja huhhuhu


Quote FanTasyCreaTioN 6-2-2015 11:55 AM
GhostWalking replied at 6-2-2015 11:49 AM
Aku rasa kadang2 bila di sekat sangat dengan taboo (tanpa penerangan asas) last2 orang akan lagi men ...
yang terlarang tu godaan


Quote saladin780 6-2-2015 11:57 AM
Apa la nasib budak 3 thn tu..
Quote GhostWalking 6-2-2015 11:59 AM

macam tulah nampak gaya.sebab cara larangan tu pun sendiri (approach)tak betul.makin la orang curious
Quote luvpierre 6-2-2015 12:02 PM
ini oku jenis apa? pekak/bisu/kudung?
ada ati nk meliwat, liwat budak2 plak tu
jijik btul
Quote Knowlee 6-2-2015 12:02 PM
Bodoh gila.
Quote FanTasyCreaTioN 6-2-2015 12:02 PM
GhostWalking replied at 6-2-2015 11:59 AM
macam tulah nampak gaya.sebab cara larangan tu pun sendiri (approach)tak betul.makin la orang curi ...
rasa nya sekarang kena ajar la budak2
camne nak mengelak diri dari orang gila camni

tapi ..

tapi ... budak tu 4 tahun ja
apa laaa dier tau

Quote FanTasyCreaTioN 6-2-2015 12:04 PM
luvpierre replied at 6-2-2015 12:02 PM
ini oku jenis apa? pekak/bisu/kudung?
ada ati nk meliwat, liwat budak2 plak tu
jijik btul
sebab budak2 la senang d kontrol
lagi2 sekecik tu
bukan tau mengadu pun


Quote setia00 6-2-2015 12:04 PM
scarylah orang macam ni.
merosakkan masa depan budak yang dia liwat tu..
Quote batman_2007 6-2-2015 12:06 PM
perang_sivil replied at 6-2-2015 11:36 AM
banyaknye kes seumpama dari pantai timur! why must from terengganu?

Perlu ker kenegerian mcm kau ni..



Quote ratu_bunga 6-2-2015 12:06 PM
tganu lg??????? apa sana ni byk kes liwat rogol???apa sudah jd>>dhla OKU..xsedar diri!! geram plak aku..apala nasib bdk kecik tu???dasar OKU bodoh bangang!!!dr kecik xmampos!!
Quote olaoliolu 6-2-2015 12:22 PM
Perghh. Sedihnya baya anak aku tu 3 tahun. :

Lihat semua komen(38)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 03:59 PM GMT+8 , Processed in 0.050878 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top