LadyLista - Berapa banyak anda tahu mengenai bawang putih? tenyata, semua mesti ada bawang kan. selepas bawang merah, mesti ada bawang putih. Tak kira dari mana budaya semua berasal, kehadiran bawang putih sememangnya tidak dapat disangkal lagi. Selain dalam menyedapkan masakan, bawang putih ini dikatakan sebagai makanan uang super oleh orang dahulu. ""Bawang putih pada dasarnya adalah makanan super. Ini merangsang sistem kekebalan tubuh dan membantu menepis penyakit," kata Nicole Contone Jolly dalam videonya How Does It Grow, mengenai bagaimana perjalanan penanaman bawang putih sejak tahun 1950. Seperti yang ditulis didalam Yahoo!Food, teori membuktikan bahawa bawang putih merupakan super food!Mungkin anda pernah mendengar kisah atlet Yunani yang makan bawang putih terlebih dahulu sebelum bertanding di kejuaraan Olympic, atau tentara Roman yang mengunyah bawang putih sebelum ke medan perang.
Kemudian juga tukang batu yang membangunkan piramid di Mesir, memiliki pola makan berdasar pada roti dan bawang putih. Bahkan di abad ke-20, petugas perubatan Perang Dunia II menggunakan pasta bawang putih untuk mengubati luka para pejuang kerana kekurangan penisilin. Bawang putih memiliki sifat antibakteri dan anti radang. Jadi, jika anda ingin membuat hidangan istimewa dari bawang putih yang sangat enak dinikmati saat udara dingin seperti ini, Anda boleh mencuba membuat sendiri Sup Bawang Roti Tawar. |
ADVERTISEMENT