CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Astro Pecat 60 Kakitangan Dalam Tempoh 24 Jam?

4-2-2015 05:54 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 19855| Komen: 108

Astro Pecat 60 Kakitangan Dalam Tempoh 24 Jam?

                                            
KUALA LUMPUR – Majlis Perhubungan Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia (UNI-MLC) mengecam tindakan Astro Productions Sdn. Bhd. (Astro Productions) memberhentikan seramai 60 kakitangan syarikat itu dalam tempoh 24 jam.

Presidennya, Mohamed Shafie BP Mammal berkata, syarikat itu tidak sepatutnya memberhentikan pekerja terbabit hanya dengan memberi notis 24 jam kerana itu satu perbuatan yang sangat kejam.


“Mereka seharusnya menggunakan pendekatan yang lebih terhormat kerana pekerja-pekerja yang di berhentikan ada di antara mereka yang berkhidmat lebih 20 tahun dibuang begitu sahaja.

“Mereka yang di berhentikan berasa amat kecewa. UNI-MLC membantah sekeras-kerasnya tindakan Astro Productions dan meminta Menteri Sumber Manusia menyiasat tatacara yang diguna pakai syarikat besar itu bagi menamatkan perkhidmatan kakitangannya serta merta,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.


Mohamed Shafie menjelaskan, pihaknya menerima aduan daripada pekerja yang diberhentikan tersebut mereka menerima surat Penamatan Perkhidmatan Pekerja Tanpa Notis pada 30 Januari lalu.

Dakwa beliau, pengurusan Astro Productions bertindak memanggil 60 orang pekerja terbabit dan memberitahu bahawa perkhidmatan mereka ditamatkan serta merta dan diberi surat pemberhentian untuk ditandatangani.

Beliau mendakwa, pekerja terbabit yang bersetuju untuk berhenti pada hari terbabit diberi pampasan dibayar pada masa yang sama. 
4

Bagus
5

Marah
8

Terkejut
3

Sedih
3

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (26 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote noor2 4-2-2015 05:14 PM
Kejam......
Quote beatgirlX 4-2-2015 05:15 PM
eh..kenapa plak?
tapi kalau contract pun boleh ke pecat 24 jan?
unless contract for service..part time etc
Quote mak_wa95 4-2-2015 05:17 PM
huhhh

siannya...
Quote siti_kus 4-2-2015 05:19 PM
kenapa astro. takutnya. betul ke ekonomi malaysia makin teruk ni.
Quote sepiITUindah 4-2-2015 05:22 PM
jomm boikot astro
Quote sabbath_shalom 4-2-2015 05:23 PM
Semua tukar ke njoi la...dapat astro awani dan ria.
Quote prettyuglybabe 4-2-2015 05:24 PM
kan dia terminate dengan pampasan
klu tak bagi pampasan, tu ye la kejam
tapi tengok jugak la pampasan banyak mana
kalu ciput sangat, memang tak patut la
Quote alesandra 4-2-2015 05:24 PM
persoalannya ..berani ke gomen nak amik tindakan??
Quote Loxlaxman 4-2-2015 05:25 PM
Astro banyak duit .. dia boleh terminate bila bila masa mak bapak dia suka. Bila kes di rujuk ke Seksyen 20, Akta Perhubungan Perusahaan .. paling banyak Astro nak kena bayar pun 24 bulan gaji. So Astro yang banyak duit ni mmg berlagaklah .. dia offer lebih sikit kepada yang setuju berhenti 24 jam, tapi pada yang nak lawan .. Astro kata see you in industrial court .. I'll pay your dues there.

So, Astro jimat duit bila dia buang "non-productive" or "poor-discipline" staffs... dia tak kena tanggung kos cuti sakit, kos bayar bonus, kos EPF, kos Socso, kos naik gaji, kos elaun tu elaun ni ... hmmm ape ape pun Astro mmg tak de hati perut lah kalau main "pediah" 24 jam lagu tu ..


Quote Changa 4-2-2015 05:31 PM
Edited by Changa at 4-2-2015 05:33 PM

akak syak ini mesti staff2 yg hauk tak perform, tak buat kerja etc,
selayak nya lah, kamu sendiri pun tak kesian pada diri sendiri bajet kerja gomen la kan takkan kena buang gitu

mmg ada jah abang2 yg stok kerja style gomen ini aka biawak hidup di tempat kerja, kawan2 akak yg kerja GLC selalu cerita.

ada tu dah la kerja hauk selalu ponteng, sewa rumah kawan akak pun tak bayar. memang perangai taraf hanjeng la kan.
selayak nya la di layan macam hanjeng pun.
jangan bagi muka kat beruk2 biawaik hidup di tempat kerja ini sis.
Quote Modngengade 4-2-2015 05:39 PM
tanda2 awal kemelesetan ekonomi
Quote Lorra2411 4-2-2015 05:40 PM
mak oiii, 60 org dalam tempoh 24 jam? sungguh dasyat Astro ni.
Quote kenarihitam 4-2-2015 05:42 PM
Kesiannya pada mereka yang terlibat
Quote batmana 4-2-2015 05:49 PM
mesti 60 pekerja tu terus potong astro lpas dipecat..

Quote sepiITUindah 4-2-2015 05:51 PM
Modngengade replied at 4-2-2015 05:39 PM
tanda2 awal kemelesetan ekonomi

memandai jer
kita dilandasan yang betul

Quote AbukRokok 4-2-2015 05:52 PM
alesandra replied at 4-2-2015 05:24 PM
persoalannya ..berani ke gomen nak amik tindakan??

lg mau tanya

kang ananda krisna xjadi tolong 1mdb farking tu kang..... se sia jer
Quote zjen 4-2-2015 06:01 PM
iols mmg x pasang astro,  sejak tv rosak dah malas beli yg baru   

rasa nye di masa depan makin byk kompeni ikut stail amik staff dgn cara kontrak,  bila dah sampai tarikh kontrak tamat,  kompeni boleh pilih minat ke tak buat kontrak baru dgn staff tu

org korea ramai yg bunuh diri bila kompeni x mau lagi buat kontrak baru,  ummah suci lebih bertuah sbb masih ada kepercayaan kat elohim boleh bagi bidadari,  so x kisah sgt kontrak lakan
Quote ultra78 4-2-2015 06:04 PM
Adakah ini jarum-jarum halus hindu sedang mencucuk?
Quote mattzzx 4-2-2015 06:09 PM
Apa kes sampai notis 24jam?

Lihat semua komen(108)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 11:12 PM GMT+8 , Processed in 0.104488 second(s), 51 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top