CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

Yana Samsudin Bakal Nikah 13 Februari..Tahniah!!

4-2-2015 04:20 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 25346| Komen: 105

Description: Yana Samsudin Turut Menceritakan Yang Fadzil Zahari Menghantar Rombongan Meminang Pada 14 Disember 2014 Yang Lalu Selepas Beliau Membuat Kenyataan Sudah Bersedia Untuk Berkahwin Sekitar Tahun Lalu — ...
Yana Samsudin, Fadzil Zahari Bakal Nikah



Ramai yang suka melihat pasangan ini bersama & tidak kurang mendoakan untuk mereka bertemu jodoh walaupun Yana Samsudin dan Fadzil Zahari sendiri selama ini mengatakan yang mereka sekadar berkawan namun tidak menolak jika berjodoh sesama mereka.


Hari ini menerusi laporan Berita Harian pasangan ini mengesahkan yang mereka bakal bernikah pada 13 Februari ini di Yong Peng, Johor dan majlis resepsi akan diadakan pada keesokan harinya di lokasi yang sama. Diam diam sudah merancang nikah, bagus!

Yana Samsudin turut menceritakan yang Fadzil Zahari menghantar rombongan meminang pada 14 Disember 2014 yang lalu selepas beliau membuat kenyataan sudah bersedia untuk berkahwin sekitar tahun lalu — dan merupakan cubaan kedua selepas kali pertama tahun 2010.


“Bila saya buka mulut sudah bersedia berkahwin tahun lalu, saya tunggu siapa yang melamar dulu. Saya tidak sangka Fadzil masih menyimpan hati dan perasaan kepada saya. Kalau lelaki lain, mungkin sudah lama angkat kaki kerana terlalu lama menunggu”

“Ketika itu, saya sibuk dengan separuh akhir Anugerah Juara Lagu. Saya tahu selepas tiga hari Fadzil menghantar rombongan meminang, itu pun saya terima gambar melalui WhatsApp. Macam nak luruh jantung saya! Sebelum ini Fadzil beritahu mahu bertemu keluarga di Yong Peng”

“Saya tidak terfikir beliau menghantar rombongan meminang. Dalam diam, Fadzil sudah berpakat dengana orang tua saya. Mereka sengaja mahu buat kejutan kepada saya,” ujarnya.

Tahniah diucapkan buat Yana Samsudin dan Fadzil Zahari atas berita baik ini, semoga hubungan kalian akan kekal sehingga akhir masa. Pasti meriah majlis kahwin mereka nanti.



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jerukkedondong 1-2-2015 10:06 AM
Ni ke adik si Farid kamil tu..
Quote slipar_jepon 1-2-2015 10:09 AM
okla tu. kahwin jela yana. tengah org nak tu.
Quote sekel 1-2-2015 10:09 AM
Abg busuk

Adik so-so
Quote doubleA 1-2-2015 10:12 AM
Selamat bakal pengantin baru.

Bak pinang dibelah dua ok la tu.
Quote makton 1-2-2015 10:26 AM
tahniah......
Quote figurae 1-2-2015 10:34 AM
diam-diam je, tahniah
Quote drlinda08 1-2-2015 10:44 AM
congrats.
yana ni lepas kuar dr MIG mcm dh slow down jek..
elok la tu kawin..
semoga bahagia..
minat gak ngan dia ni sb takde gosip merepek merapu sgt..
Quote sepitsiput 1-2-2015 10:44 AM
Ayat dia tu sebut "lepas umum sedia nk berkahwin saya tertunggu2 siapa yg lamar dulu"

Pasang dua kah?? Vasss
Quote pichee 1-2-2015 10:48 AM
Sweetnye..
Quote kenarihitam 1-2-2015 10:55 AM
Selamat pengantin baru ...tahniah pd both of them..kira dd n yana jd biras la ye nnt nih..
Quote Incanto 1-2-2015 11:09 AM
sepitsiput replied at 1-2-2015 10:44 AM
Ayat dia tu sebut "lepas umum sedia nk berkahwin saya tertunggu2 siapa yg lamar dulu"

Pasang dua ...

mcm berderet dok beratur nak masuk meminang Yana
tengok siapa cross the finish line dulu

anyways tahniah
nice couple
Quote belilies 1-2-2015 11:18 AM
Nape yana mcm muka erra fazira?
Quote aderaderker 1-2-2015 11:26 AM
Bajet hot gtewww
Quote emma.giggs 1-2-2015 11:31 AM
sekel replied at 1-2-2015 10:09 AM
Abg busuk

Adik so-so

Walaupun tlh tacap cntik2 ms iklan teh oishin ttp nmpk busuk
Quote maxim 1-2-2015 11:36 AM
[fbv]783880451680965[/fbv]

cam comel gak adik farid nk banding ngan abg die muka busuk
Quote yeos 1-2-2015 11:39 AM
congrats.... pelakon gak ke adik FK nih?
Quote maxim 1-2-2015 11:42 AM
@Syd meran cam lom update pape psl hal ni. blom dpt info kot
Quote de_ikea 1-2-2015 11:42 AM
Tahniah yana.

Menantu pacik zahari smua cntik2 chuols
Quote helmiex 1-2-2015 11:43 AM
Ingat kan farid kamil







Lihat semua komen(105)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-7-2024 04:13 AM GMT+8 , Processed in 0.056031 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top