Salma Sah Nikah Dengan Azri AF9
Tahniah diucapkan kepada bekas juara 'Mentor 5' Salma apabila telah selamat bergelar isteri dengan kekasihnya, Azri AF9 pada 31 Januari 2015. Majlis pernikahan mereka diadakan di Masjid Al Kautsar, Tawau Sabah tepat jam 11 pagi. Salma yang berwakil walikan bapanya menerima mas kahwin bernilai RM300 berserta wang hantaran berjumlah RM10 ribu termasuk tujuh dulang hantaran. Sementara itu, Salma membalas dengan sembilan dulang hantaran. "Alhamdulillah, majlis kami berjalan lancar. Jujurnya, tidak ada perancangan rapi untuk majlis kami kerana selepas Azri melamar dan masuk meminang, saya dan keluarga terus terima," kongsi Salma yang ditemui Media Hiburan sebentar tadi.
Untuk rekod, ini merupakan perkahwinan kedua Salma dan telah dikurniakan seorang cahaya mata perempuan hasil perkahwinan terdahulu. "Anak Salma memanggil saya Papa," ujar Azri ringkas. Tahniah daripada Media Hiburan buat Salma dan Azri, semoga perkahwinan ini akan kekal ke jannah.
|
enchikfitz replied at 2-2-2015 12:12 AM
Wow..this is suprising. Nampaknya radar @Ferr_Remy rosak kot selama ni
ADVERTISEMENT