CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

Rozita Rohaizad Ikut Jejak Saloma

4-2-2015 04:03 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 12316| Komen: 25

Rozita Rohaizad Ikut Jejak Saloma


PENYANYI dan pelakon Rozita Rohaizad akan membawa lagu rentak Rap pada Festivall Pelbagai Budaya Nasional Canberra 2015 selama dua hari bermula 13 Februari ini.
            
Anak seniwati Mariani atau nama sebenarnya Mariam Ismail berkata ia satu cabarang memandangkan bukan mudah untuk membawa lagu Rap memandangkan beliau memiliki suara yang lembut, namun menyahut cabaran itu bagi membuktikan dirinya penyanyi serba boleh.
            
Rozita berkata lagu lagu versi rap 'Kenek-Kenek' itu dirakamkannya pada tahun lepas bersama penyanyi rap Dior dan Doul, dan untuk persembahan di Canberra beliau akan menyampaikan secara solo.
            
"Saya beraksi dalam kategori melibatkan konsep persembahan 'Flavour of Malaysia' meliputi lagu-lagu berentak tradisional seperti Joget Budaya, Kenek-Kenek, Manusia dan Jelingan Manja.
            
"Persembahan selama 30 minit akan diiringi oleh kumpulan penari terdiri daripada pelajar Malaysia yang menuntut di Canberra, Melbourne dan Sydney," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.
             
Rozita berkata, tujuan festival itu bagi mempamerkan  pelbagai bentuk kebudayaan dari seluruh dunia.
       
"Saya mengikuti jejak langkah mama (ibu saudaranya Allahyarhamah Seniwati Saloma) yang pernah menyanyi di Australia pada 1958, jadi saya tak sangka akan mengikuti jejak arwah mama ke negara yang sama," katanya yang bakal mengayakan dua busana tradisional rekaan pereka fesyen terkenal, Salikin Sidek.
       
Mengulas mengenai pemilihannya ke Canberra Rozita berkata, dia menghantar portfolio mengenai penglibatannya dalam seni suara kepada pihak yang menguruskan dirinya di Australia sebelum terpilih mewakili Malaysia dalam festival tersebut.
       
Rozita terlibat dalam arena seni suara sejak 1978 dengan  komposer Ahmad Nawab banyak menaikkan namanya dalam industri seni melalui lagu-lagu ciptaannya.
       
Antara album lagu yang pernah dihasilkan beliau ialah Hari Yang Kunantikan Kekal Abadi, single Kenek-Kenek serta single lagu hari raya berjudul Raikan Lebaran. - Bernama

1

Bagus
1

Marah

Terkejut
6

Sedih
5

Lawak

Bosan

Friends Rank (13 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote enchikfitz 3-2-2015 10:08 AM
Rozita berkata lagu lagu versi rap 'Kenek-Kenek' itu dirakamkannya pada tahun lepas bersama penyanyi rap Dior dan Doul, dan untuk persembahan di Canberra beliau akan menyampaikan secara solo.


@sepitsiput dan @putehkundor pasti suka ni
Quote sepitsiput 3-2-2015 10:19 AM
enchikfitz replied at 3-2-2015 10:08 AM
@sepitsiput dan @putehkundor pasti suka ni

X perlu ya... @putehkundor je fanatik heshe

Pelik betul... bawak satu bas penari boleh.. tp nk angkut dua rapper joun skali x boleh.. kang x pasal2 kene nyanyi rap... dior dgn doul tu byk show sgt ke mslhnya? Apa salahnya angkut skali.. kerajaan sponsor kot.
Quote enchikfitz 3-2-2015 10:28 AM
sepitsiput replied at 3-2-2015 10:19 AM
X perlu ya... @putehkundor je fanatik heshe

Pelik betul... bawak satu bas penari boleh.. tp nk  ...

Khennn.....nak kaut sorang je kot. Tak best kalau duit show kena bahagi2. Walaupun sendu
Quote pittjie 3-2-2015 12:43 PM
sepitsiput replied at 3-2-2015 10:19 AM
X perlu ya... @putehkundor je fanatik heshe

Pelik betul... bawak satu bas penari boleh.. tp nk  ...

penari2 tu bkn terdiri dr pelajar2 Msia kat OZ nun ke kaka? x de la byk belanja transport bwk penari pun nmpknya.
Quote sepitsiput 3-2-2015 01:13 PM
pittjie replied at 3-2-2015 12:43 PM
penari2 tu bkn terdiri dr pelajar2 Msia kat OZ nun ke kaka? x de la byk belanja transport bwk pena ...

ooh konsepnya...

ni kira trip jimat kos la ni? choy...klu meols, buang jah part rap tu
Quote makciktijah 3-2-2015 02:20 PM
teruknya suara si dior ni. makcik bukak youtube cari video dia menyanyi.

dia tak nak stop menyanyi ke? suara tak sedap langsung.
Quote budakshinchan 3-2-2015 02:38 PM
ok.. shin suka suara siti rohaizad ni.. maybe sbb shin minat saloma + Katrina dahari kot
Quote shalola 3-2-2015 06:44 PM
ok next.....
Quote tomet05 3-2-2015 09:45 PM
x  bape kenalah makcik nih kan
Quote nekjah 3-2-2015 11:23 PM
Hebat jugak sheols punye usaha meng'international'kn diri, hantar portfolio ke oz...anyway mampoo ke acik nih rap...panjang napas beliau...
Quote danieladam 4-2-2015 01:32 PM
Kenapa x penah dgr? Di luar liga uji rashid, tok pah, tok kathy, dan yg swwaktu dgnnya
Quote maxim 4-2-2015 01:43 PM
wajahnya persis raja azura
Quote julia5094 4-2-2015 05:01 PM
Mati2 ingatkan kak engku versi tersalah injek..
Quote DayangKirana 4-2-2015 05:02 PM
pernah tgk vid si dior tuh..aduh..betul2 membazir beberapa minit dalam hidup aku.. fail tahap dewata raya...
Quote apiang 4-2-2015 05:13 PM
huhuhu kak engku katako
Quote CrowneGlory 4-2-2015 06:29 PM
Tgk rupa je sedih... Anyway all d best la acik ya...
Quote mitnick 4-2-2015 07:16 PM
bila bc komen2 br perasan muka she mcm sape... hihih
Quote fire_place 11-2-2015 08:54 AM
baru tgk acik ni nyanyi kat mhi..

nak nangis tgk menari..seksi plk tbelah suar nampk peha.siap ala2 rap..umur plk lg tua dr mak aku.
Quote ubat_batok 11-2-2015 12:27 PM
pagi tadi aku dok tuko pampers anak. bukak tv3. nampak acik ni.
terkejut kejap.

sapekah.

laki aku kata "dah tua rasanya akak ni, takkan nak menyanyi lagi.."

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-10-2024 07:16 AM GMT+8 , Processed in 0.035628 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top