CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

Zain (Ruffedge) Usaha Rujuk Bekas Isteri... Masih Tinggal Serumah

30-1-2015 05:45 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 34820| Komen: 133

Zain (Ruffedge) Usaha Rujuk Bekas Isteri... Masih Tinggal Serumah


KUALA LUMPUR: Pelakon dan penyanyi Zain Ruffedge memberitahu dia kini masih lagi dalam usaha untuk memperbaiki hubungannya dengan bekasi isteri yang berpisah sejak November lalu.

Zain atau nama sebenarnya, Mohd Kamaruzaman Zain Abdul Hamid, 36, berkata, mereka masih lagi tinggal bersama dalam tempoh edah yang berbaki dua minggu sahaja lagi.

"Isya-Allah saya minta doakan kami untuk kembali rujuk dan buat masa ini kami masih lagi tinggal bersama. Sebelum tempoh edah habis lagi dua minggu saya tak berani untuk cakap apa-apa.

"Mungkin orang lain bercerai terus membawa haluan masing-masing, tetapi bagi saya tempoh edah adalah masa terbaik untuk kita perbaiki hubungan," katanya kepada mStar Online.


Gambar kenangan ketika hari perkahwinan mereka pada 8 Ogos 2008.

Zain ditemui selepas tayangan media filem terbaharu terbitan syarikatnya berjudul Bangunan yang diadakan di GSC Nu Sentral, di sini, malam Khamis.
Zain dan Khazmira Anuar bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat pada 13 November tahun lalu.

Tempoh edah bagi pasangan bercerai ialah kira-kira tiga bulan.

Dalam pada itu jelas Zain, hubungan rumah tangga mereka bermasalah sejak awal tahun 2014 dan sudah menjalani beberapa kali sesi kaunseling.

Bagaimanapun, hubungan tersebut tidak dapat diselamatkan hingga meraka membuat keputusan secara baik untuk berpisah pada 13 November lalu.

 


"Kami bercerai mengikut prosedur yang betul dan ia mengambil masa agak panjang iaitu pada April kami beberapa kali cuba meminta nasihat dan kaunseling.

"Selepas itu pada 13 November barulah kami mengambil keputusan untuk berpisah secara baik," ujarnya.

Zain mengakui emosinya agak terganggu terutama selepas lima hari berpisah kerana bapanya pula meninggal dunia.

Dalam pada itu, berkaitan penjagaan anaknya Arriana Rania, 6, masih lagi belum dibincangkan secara terperinci.



"Sekarang dia pun tidak tahu kami sudah berpisah dan kami belum berbincang tentang penjagaan anak sebab masih lagi tinggal bersama.

"Kalau tiada jodoh habis tempoh dua minggu ini saya terpaksa keluar daripada rumah itu dan biar bekas isteri dan anak tinggal di situ," ujarnya.

Sementara itu, Zain berkata, dia turut meminta nasihat daripada rakan baiknya Sein Ruffedge yang pernah mengalami pengalaman bercerai dan rujuk semula pada tahun 2011.

Katanya, Sein banyak memberi kata-kata semangat dan nasihat sepanjang berhadapan dengan keadaan tersebut.

"Ketika saya tertekan Sein banyak memberi nasihat dari segi mental untuk berhadapan situasi itu kerana dia ada pengalaman seperti saya lalu ini," ujarnya.


Bagus
2

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote fiezameysekali 30-1-2015 02:42 PM
alannn...hehehehehe...suke tgk zain dalam keluarga iskandar

btw xtahu lak die bercerai..huhuhuh..hope settle bebaik la ye
Quote anno_miss 30-1-2015 02:43 PM
Moga bertabah n mncapai solusi yg baik utk keluarga
Quote edoraixora 30-1-2015 02:46 PM
maaf bertanya

kalau dalam edah, masih boleh duduk sekali ke?
Quote skymania 30-1-2015 02:49 PM
zain ker?? ingt sein...
Quote alinone78 30-1-2015 02:53 PM
aiyooo back to the root
why bercerai?

settlekan masalah kepada jawapan tu


Quote Orix 30-1-2015 02:53 PM
skymania replied at 30-1-2015 02:49 PM
zain ker?? ingt sein...

sein kan mmg dh rujuk balik...

anyway zain ni ad rupa, cuma dia ni kalo berlakon nampak busuk... tak tau kenapa..
Quote lazim 30-1-2015 02:58 PM
Orix replied at 30-1-2015 02:53 PM
sein kan mmg dh rujuk balik...

anyway zain ni ad rupa, cuma dia ni kalo berlakon nampak busuk.. ...

sebab zain dh gemuk

dlm keluarga iskandar zain duda. realiti pon menduda jgk rupanya
Quote asamjawa 30-1-2015 03:04 PM
aku confuse tetiba..salah satu tujuan edah ialah untuk si isteri membersihkan rahim nak make sure tak pregnant.
kena bukak semula kitab munakahat ni..

Quote Orix 30-1-2015 03:08 PM
lazim replied at 30-1-2015 02:58 PM
sebab zain dh gemuk

dlm keluarga iskandar zain duda. realiti pon menduda jgk rupanya

aaron pn dh makin gemuk tp maintain je nmpk wangi.. zain ni adehh... klau dia jaga penampilan mesti pmpan BBNU pn minat kt dia ni
Quote ellZack 30-1-2015 03:09 PM
iols tanya colleague, heols kata tak boleh duduk sekali..
boleh la call jais suruh serbu..
dapat kawin balik..
Quote pittjie 30-1-2015 03:13 PM
lazim replied at 30-1-2015 02:58 PM
sebab zain dh gemuk

dlm keluarga iskandar zain duda. realiti pon menduda jgk rupanya

u mean dlm keluarga iskandar yang baru ni .. dia dah duda? iols tak tengok yg baru ni. tak langgan channel tu. kalau episode dulu .. dia baru kawin dgn janda anak satu. yang jadi bini dia Kuni. adik Kuza.

Quote biozipstar 30-1-2015 03:14 PM
dalam cerita iskandar tu die cerai gk kan..
Quote sepitsiput 30-1-2015 03:15 PM
pittjie replied at 30-1-2015 03:13 PM
u mean dlm keluarga iskandar yang baru ni .. dia dah duda? iols tak tengok yg baru ni. tak langgan ...

alan dah cerai dgn bini lama dia si kunie tu... skrg ni dah bertunang dgn huzairah (raja ema) yg double his age... pastu abang long alan tu plak yg tetiba ada kuch kuch hota hai dgn huzairah...
Quote lazim 30-1-2015 03:17 PM
pittjie replied at 30-1-2015 03:13 PM
u mean dlm keluarga iskandar yang baru ni .. dia dah duda? iols tak tengok yg baru ni. tak langgan ...

a;a first episod dah bercerai kalau xsilap sbb kuni balik pada ayah jojo.

sekarang alan tgh urus majlis nk kahwin dengan raja ema .. alan minat pompuan tua.. mak jah dah runsing
Quote qqOfficial 30-1-2015 03:20 PM
Edited by qqOfficial at 30-1-2015 03:21 PM

meols taste k ngan zain zaman2 ruffedge dulu...  taste jugek pada amer munawer tu...

tp now..dia nampak macam...........errrr...... heeee..

semoga kembali bahagia abam zain....
Quote izat123 30-1-2015 03:23 PM
Dia ni dulu aku tak suka dia berlakon sebab dia macam serabai je. Tapi sejak keluarga iskandar aku suka. Alan anak mak
Quote Athrun.Zalaa 30-1-2015 03:24 PM
Adakah "I still need ur body even with no soul"...
Tinggal serumah...
Hehehe...
Quote anak_jati007 30-1-2015 03:24 PM
ellZack replied at 30-1-2015 03:09 PM
iols tanya colleague, heols kata tak boleh duduk sekali..
boleh la call jais suruh serbu..
dapat k ...

boleh je duduk sekali selama dalam eddah. adam dgn fiza dlu pun duduk sekali ms dalam eddah kan?

ni iols jumpa kat web ustaz zaharuddin:

Perempuan yang dicerai wajib tetap tinggal di rumah suaminya selama dalam 'iddah. Dia diharamkan keluar rumah, dan suami diharamkan mengeluarkan bekas isterinya itu dari rumah tanpa suatu alasan yang dapat dibenarkan. Hal ini disebabkan suami, selama dalam 'iddah, masih diperkenankan merujuk dan mengembalikan isteri kepada perlindungan perkawinan untuk sekali lagi --apabila talaq ini baru satu atau dua kali.

Seorang isteri yang masih tinggal bersama di dalam rumah suami membuka ruang untuk membangkitkan perasaan suami dan mengingat-ingat serta berfikir sebelum habis 'iddah itu, dan sebelum berakhirnya bulan-bulan 'iddah dimana perempuan diperintahkan supaya menunggu agar yakin akan bersihnya rahimnya dari benih suami serta melindungi hak suami dan kehormatan isteri. Sebab hati selalu berubah, fikiran selalu baru, seorang yang sedang marah kadang-kadang menjadi rela, orang yang naik pitam kadang-kadang menjadi dingin dan orang yang benci kadang-kadang menjadi cinta.


Quote beatgirlX 30-1-2015 03:25 PM
alahai...
tak pa la zain
insyaallah perbanyakkan doa kepadaNya..
kalau ada jodoh rujuk la balik

Lihat semua komen(133)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-10-2024 01:28 AM GMT+8 , Processed in 0.039238 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top