CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

Farah Quinn Tak Kisah Dikritik

30-1-2015 10:06 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 27453| Komen: 93

Farah Quinn Tak Kisah Dikritik


                        
NAMA Farah Quinn, 34, mungkin agak janggal kedengaran berbanding rakan senegaranya, Luna Maya yang pernah memegang tampuk kerusi juri di program realiti TV, Maharaja Lawak Mega (MLM) sebelum ini.
        
Menggantikan tempat Luna untuk musim baharu MLM 2014, Farah atau nama sebenarnya Farah Farhanah Quinn dilihat makin selesa dengan tugasnya itu.
        
Biarpun di awal kemunculannya menerusi program itu sering kali dikritik peminat setia MLM, namun Farah tetap optimis dengan pendiriannya dan enggan mengambil pusing pandangan-pandangan negatif itu.
        
"Walaupun terpaksa berulang alik dari Kuala Lumpur ke Jakarta setiap minggu, namun ia satu kepuasan bagi saya.
        
"Ketika ditawarkan untuk menjadi juri, saya tidak ragu-ragu untuk menerima tawaran dari pihak Astro. Bahkan menyoal balik mereka, adakah keputusan Astro tepat dengan memilih saya sebagai juri," katanya dengan nada berseloroh.
        
Akui kurang fasih dengan bahasa Melayu, maka kerana itulah Farah dilihat lebih selesa menggunakan bahasa Inggeris untuk memberi komen kepada peserta.
        
Bagaimanapun selepas 11 minggu bersama MLM, Farah berkata, dia semakin menyedari kebolehan untuk bertutur dalam bahasa Melayu bertambah baik dengan bantuan juri lain, Datuk Jalaluddin Hassan, Taufik Batisah dan Nur Fazura.
        
Ditanya mengenai cabaran besarnya menerusi MLM, Farah memberitahu, persembahan mengikut tema paling sukar baginya untuk memahami sketsa para peserta.
        
"Semuanya mengenai filem atau perkara terkini di sini, agak sukar untuk saya fahami kerana masa berada di Malaysia agak singkat.
        
"Banyak perkara yang saya tidak tahu ada kalanya membuatkan saya terpinga-pinga. Namun saya bernasib baik, ada peserta yang memahami kekurangan saya dan melakukan sketsa yang mudah untuk difahami," ujarnya yang menyukai masakan Malaysia seperti asam sotong dan sambal ikan bilis.
        
        
        Bukan mudah untuk 'survive'
        
        Memegang status ibu tunggal bukanlah perkara mudah bagi Farah, apatah lagi jadual hariannya penuh dengan aktiviti seni termasuklah program masakan.
        
        Walaupun bergelar chef selebriti, ia tidak bermakna Farah melupakan masanya bersama buah hati tercinta Armand Fauzan Quinn.
        
        Malah menurut Farah, dia banyak menghabiskan masa bersama Armand selepas bercerai dengan bekas suaminya, Carson Quinn.
        
        "Bukan mudah untuk ibu tunggal seperti saya untuk survive jika tiada pendapatan tetap.
        
        "Namun saya bernasib baik kerana rezeki sentiasa ada selepas berpisah dengan bekas suami.
        
        "Untuk itu, saya sentiasa sibukkan diri dengan kerja demi membesarkan Armand dengan sempurna," katanya.
        
        Menurut Farah, selepas program MLM 2014 berakhir, segala aktiviti yang tergendala di negara asalnya kembali berjalan seperti biasa.
        
        "Buat masa ini, tumpuan saya kepada pelbagai rancangan masakan kerana Armand sedang bercuti di Amerika Syarikat.
        

        "Saya bersyukur dengan adanya team sendiri banyak membantu menguruskan hal kerjaya dan peribadi dalam masa yang sama," katanya.

sumber:sinar harian

               
            

17

Bagus
6

Marah
12

Terkejut
12

Sedih
7

Lawak
8

Bosan

Friends Rank (62 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote siape_aku 30-1-2015 09:14 AM
so she carry her ex husband name???
Quote fiezameysekali 30-1-2015 09:16 AM
berapa bintang yaaaaaaaa

suke tgk farah ni.. cntik,gojes
Quote krustykrab 30-1-2015 09:20 AM
astrok ni pun satu...dh org tu x reti berbahasa melayu, gi ambik buat per...MLM ni bukan international program pun...
Quote sepitsiput 30-1-2015 09:31 AM
siape_aku replied at 30-1-2015 09:14 AM
so she carry her ex husband name???

julia perez atau nama sebenarnya yulia rahmawati rilex ja carrry nama perez...wlaupun dh nk kawen dgn gaston castano
Quote toxicated 30-1-2015 09:34 AM
lor ingat masih dengan husband dia..anak dia comel jugak mata mcm dia..mcm mata kucing gitu
Quote toxicated 30-1-2015 09:36 AM
Quote toxicated 30-1-2015 09:37 AM
armand quinn

Quote MsCinderella 30-1-2015 09:37 AM
dulu  x suka tgk dia jd host memasak...tp lama2 tgk mcm best..
campur cakap bhs indonesia dgn inggeris..
pastu masuk ceruk kampung lak...
jamu org2 kampung makan...

ohh dah berceria dia rupanya....
Quote toxicated 30-1-2015 09:43 AM




Quote toxicated 30-1-2015 09:51 AM
ni contoh kritikan

Michael Ang @MichaelAng38  ·  Jan 23
Juri indonesia ni bangang binti bodoh ke apa? Datuk bagi 3 dgn lawak mcm tu u pulak bagi Jugak 3? U should base on what was given earlier!
Quote azelinaputeri 30-1-2015 09:56 AM
oh chef celebriti rupanya....kalau film star pun boleyy...lawa sangat muka dia..
Quote fifie_olin 30-1-2015 09:58 AM
MsCinderella replied at 30-1-2015 07:37 AM
dulu  x suka tgk dia jd host memasak...tp lama2 tgk mcm best..
campur cakap bhs indonesia dgn ingge ...

aku pon x ske...
tiap kali masak...mak aii seksi tu x sesuai plk utk rancgn masak
sembul2 buah2 an dia

Quote sepitsiput 30-1-2015 09:58 AM
azelinaputeri replied at 30-1-2015 09:56 AM
oh chef celebriti rupanya....kalau film star pun boleyy...lawa sangat muka dia..

sheols pernah diinterview kt tv indon...sheols x nak berlakon filem sbb bahasa indonesia nya nggak lancar dong

gigih meols kan? tiap kali pegi indon, layan tv sana...best kot
Quote toxicated 30-1-2015 10:00 AM
krustykrab replied at 30-1-2015 09:20 AM
astrok ni pun satu...dh org tu x reti berbahasa melayu, gi ambik buat per...MLM ni bukan internation ...

sebab dulu konsepnya peserta dari malaysia singapore indo...tu psl guest jury ada dari sana..
Quote azelinaputeri 30-1-2015 10:03 AM
sepitsiput replied at 30-1-2015 09:58 AM
sheols pernah diinterview kt tv indon...sheols x nak berlakon filem sbb bahasa indonesia nya nggak ...

enggelis dia pun superb...dok besar kat obersea kot...
Quote GhostWalking 30-1-2015 10:03 AM
siape_aku replied at 30-1-2015 01:14 AM
so she carry her ex husband name???

dah cerai??
Quote BebeQ 30-1-2015 10:06 AM
i suka tengok rancangan masak dia ni walaupun kadang i tak paham apa dia cakap. seksi masa memasak tu macam trademark dia pulak sebab every episode menyeksi je.
Quote missyqaldina 30-1-2015 10:07 AM
suke tgk gg die...lain dr yg lain...tajam2 gitu..
Quote tomet05 30-1-2015 10:22 AM
wau la kan

Lihat semua komen(93)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 01:41 PM GMT+8 , Processed in 0.049963 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top