Dua Pembantu Jaga Anak Linda Hashim Di Set Penggambaran
Dalam pada itu, Linda berkata, dia berasa lega kerana pihak produksi memberi kelonggaran kepadanya untuk membawa anak ke lokasi penggambaran selain memberi ruang kepadanya untuk menyusukan Jelita. Kata Linda, dia beruntung biarpun anaknya itu lasak tetapi bayinya jarang meragam sehingga menggangu penggambaran yang sedang berlangsung. "Saya mula-mula risau jugak tetapi Alhamdulillah produksi memahami situasi saya yang terpaksa membawa anak bersama kerana masih menyusu badan. "Setakat ini tiada sebarang masalah dan Jelita pun jarang meragam seperti memahami ibunya perlu bekerja," katanya. Sementara itu, Linda berkata, biarpun sudah kembali aktif berlakon namun dia terpaksa memilih tawaran diberikan kerana perlu mengutamakan anaknya. "Sekurang-kurannya biarlah dia besar sedikit dahulu baharulah saya terima projek drama bersiri dan buat masa ini hanya menerima tawaran yang tidak memerlukan saya berjauhan dengan anak terlalu lama," ujarnya.
|
idadzira replied at 29-1-2015 08:14 AM
dia ni pernah dengar pasal breast pump x?
DayangKirana replied at 29-1-2015 08:19 AM
ade statement dia kat atas tuh, anak dia takmo menyusu pakai botol..
idadzira replied at 29-1-2015 08:21 AM
spoon feed pun boleh yang. kat hospital skrg ni mmg x guna puting botol. depa guna bottol attach d ...
ADVERTISEMENT