Adakah anda selalu mencapai pengering rambut untuk 'menjinakkan' rambut anda yang kusut, tanpa sedar kamu tidak boleh hidup tanpa pengering rambut? Cara paling mudah tentunya hanya dengan mengikat rambut anda, namun mengikat rambut anda dengan kerap bakal mengakibatkan rambut anda senang putus kerana urat rambut tercedera. Rambut yang bakal tumbuh pula tidak secantik rambut yang lama. Cucilah rambut sekurangnya 2 hari sekali. Gunakan syampu yang sesuai dengan masalah rambut anda. Gunakan perapi yang mengandungi protein dan humectants untuk rambut berminyak sebaiknya elakkan perapi kena kulit kepala.
Amalkan perawatan khusus seperti memakai 'hair mask' sekurang-kurangnya dua minggu sekali untuk memperbaiki keadaan rambut. Menitiskan serum silikon khusus untuk melembutkan kutikel di samping menjadikan rambut bercahaya Melakukan pelurusan atau pengerintingan rambut sendiri dirumah. Sebaiknya lakukan di salun-salun profesional jika tidak mungkin anda akan mengalami kerosakan rambut. Teknik pelurusan rambut yang salah juga boleh menyebabkan rambut anda patah dan luruh. Pilihlah salun yang terbaik untuk rambut anda kadang kala mereka ini bukan yang benar-benar profesional dan tahu pasal rambut jadi berhati-hati memilih salun. Lindungilah rambut anda ketika menaiki motorsikal dengan rambut terurai dari asap-asap kenderaan dan sinaran matahari yang terik itu.Mengeringkan rambut mengunakan tuala hingga rambut tergeser antara satu sama lain boleh menyebabkan rambut terputus. Sebaiknya usaplah rambut anda dengan lembut. Menggunakan sikat yang telalu halus terutama bagi yang berambut panjang sebaiknya gunakanlah sikat yang jarang. |
ADVERTISEMENT