CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Ladylista Tips Cantik Lihat artikel

Lakukan Ini Jika Bayi Anda Selsema

4-2-2015 01:34 PM| Diterbitkan: CMFreporter| Dilihat: 3885| Komen: 0

Description: LadyLista - Bayi terkena jangkitan selsema. Susah juga ibu-ibu apabila baby kesayangan kita terkena jangkitan selsema ini. Nak makan pun susah. Asyik meleleh sahaja mukus dihidung. Kita sebagai ibu pu ...

LadyLista - Bayi terkena jangkitan selsema. Susah juga ibu-ibu apabila baby kesayangan kita terkena jangkitan selsema ini. Nak makan pun susah. Asyik meleleh sahaja mukus dihidung. Kita sebagai ibu pun lihat seksa. Bagaimana yea untuk meredakan selsema pada bayi, mari LadyLista kongsikan kepada anda:

Apa yang mungkin anda boleh lakukan ialah: 
  • Sapukan sedikit ibu kunyit di batang hidung bayi. Jika boleh, lakukan sekerap mungkin. Sapukan sedikit sahaja pada bayi yang kecil, ini kerana kunyit akan membuatkan bayi rasa tidak selesa.
  • Elakkan memberi sebarang makanan yang berminyak kepada bayi selsema.
  • Ambil sedikit daun kaduk, hancurkan dan campur sedikit sahaja kapur makan menggunakan hujung jari kelingking anda. Tambahkan sesudu air jika perlu dan ramas-ramaskan campuran tadi dan sapukan di bahagian dada dan belakang bayi semasa bayi sedang tidur.
  • Sebolehnya elakkan membasah kepala bayi sewaktu mandi. Jika perlu, keringkan dengan sekering-keringnya.
  • Pemakaikan topi (warm cap) untuk mengelakkan ubun-ubun bayi sejuk.
  • Sediakan makanan panas seperti sup ayam atau sayur untuk bayi anda.
  • Sapukan Vikcs atau minyak kayu putih di bahagian dada, belakang dan hidung bayi.
  • Sapukan minyak telon selepas mandi dibahagian ubun-ubun dan juga tapak kaki bayi.

Untuk Ibu Bapa sila pastikan:
  • Sentiasa bersihkan tangan anda sekerap mungkin. Ini membantu membunuh kuman yang boleh menyebabkan common cold dan menjangkiti anda dan bayi.
  • Sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga apabila bayi anda diserang penyakit. Bawa dan dapatkan nasihat daripada doktor.
  • Bersihkan alat permainan bayi anda untuk membunuh kuman dengan disinfectant seperti Detol.


Untuk ibu-ibu yang ingin belajar cara mudah untuk keluarkan cairan selsema di hidung, mari lihat video ini:



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Sub-category


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 01:39 AM GMT+8 , Processed in 0.026610 second(s), 22 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top